Life Balance

Full time housewife. Menjaga anak, mengemas rumah & memasak. Rasanya itulah antara rutin harian yang dilakukan oleh suri rumahtangga. Betol tak?

Soalan aku nie, rasanya lebih layak di tanya pada Pja & Zuris. Kerana mereka yang menghadapi situasi sebagai full time housewife setiap hari. Kan? Kann? =)

Suatu ketika dahulu, aku pon pernah bercita-cita untuk menjadi full time housewife. Sejak aku belum kahwin lagi, dah pon berangan. Rasa macam heaven gile kalo tak payah every morning siap-siap nak pergi kerja. Sudah lah sejak mula bersekolah, wajib bangun pagi-pagi.

Masa study kat U, ada masanya boleh bangun lewat. Bergantung pada subjek yang diambil. Bilakah kelasnya akan di adakan. Sometimes kelas bermula pukul 10pagi. Sometimes ada juga yang bermula seawal 7.30pagi. Ikot naseb badan la kan. 

Kalo cepat daftar subjek, dapatlah pilih kelas yang jadualnya lewat sikit. Tapi selalunya kalau dah last-last minute, belasah ajelah kelas mana yang tinggal. Dapat la belajar dengan lecturer yang tak berapa best. Sangap sepanjang semester nak hadap kelas yang membosankan T_T

Tiba-tiba aku terimbas semula masa minggu daftar subjek. Makmal komputer yang ada, selalunya tak dapat menampung student yang maha ramai. Punyelah berebut-rebut nak masok dalam lab. Kes ada student pengsan memang dah jadi perkara biasa. Aku pon pernah merasa paru-paru macam nak pecah sebab kena himpit dgn ramai student lain. Perghh! Nak daftar subjek time zaman aku dulu, macam menandakan minggu utk berperang. Semuanya berebut nak dapatkan kelas yang masanya best & lecturer yang power.

Heee. Kenangan sungguh. Belom lagi bab berebut nak bas nak ke fakulti. Seb baek bila dah final year, kereta JHT dah ada. Senang sikit hidup aku =D

Ok. Sudah melalut banyak. Gomene! =B

Menjadi full time housewife tetap menjadi impian aku sehinggalah aku melahirkan Naurah Zayanie tanggal 18 Februari 2010. Lepas bersalin, dapat cuti bergaji selama 2 bulan. Sebulan pertama tuh ok lagi. Masih syok lagi lah tak payah nak bersiap pagi-pagi nak pergi kerja. Tapi bila masok bulan yang ke-2, aku dah start nak meroyan sikit.

Masa tuelah aku dapat tahu yang aku tak betah duduk rumah & jaga anak sahaja. Aku sayang pada Naurah. Bukan aku tak sayang. Tapi aku memang tak sabar sangat nak datang opis & mula bekerja kembali. Cuma part nak tinggalkan anak kat nursery tue jelah yang macam sedih. Tapi aku tetap excited nak datang kerja. Aku pernah juga terfikir, am I a bad mother for having that kind of feelings?

Am I? Hmm....

Minggu pertama masuk bekerja, memang tak boleh nak concentrate sangat. Asyik terfikir macam manalah Naurah kat nursery. But I still consider my self as lucky sebab my MIL, for every luch hour, akan datang menjenguk keadaan Naurah di nursery. Her office adalah sangat dekat dengan the nursery. Jadi hati tu ada lega sikit sebab ada orang yang kita percaya boleh tolong tengok-tengokkan keadaan anak.

Bukan tak best mengadap anak 24 jam sehari. Best. Tapi tidak bagi aku tanpa ada membuat kerja lain selain dari kerja-kerja rumah. Aku memang kena keluar dari rumah. Tak betah duduk rumah sepanjang hari or dalam tempoh yang terlalu lama. Tak boleh! Memang tak boleh!

Aku pon tak tahu kenapa aku jadi macam tu. Padahal cita-cita dulu punyelah nak jadi suri rumah. Tapi bila dah mengalaminya walaupon dalam waktu yang singkat, aku dah rasa boring tahap cipan.

Habi cakap, maybe sebab anak baru 1. Maybe kalau dah 2-3, barulah tak boring sangat. Sebabnya tak menang tangan nak buat macam-macam. Tau-tau jer dah petang. Ada kemungkinan betul jugak cakap habi tuh. Hehe.

Sementelah dengan kehidupan sekarang nih, yang mana kos hidup adalah sangat tinggi, makanya aku memang tersangatlah perlu utk terus bekerja. Mana nak bayar hutang PTPTN, installment kereta & personal insurance. Semua tue masih menjadi tanggung jawab diri aku sepenuhnya. 

Tak tergamak aku nak suruh habi tanggung hutang belajar dulu. Ishkhh. Tak sampai hati ohh! Lainlah kalau aku kawen dengan suami yang ada harta berjuta-juta. Kalo itu macam, aku jd suri rumah berhias lah nampaknya. Sebok dengan aktiviti persatuan macam mak-mak Datin. Keh kehh =B



Honestly, aku pon bukanlah suka sangat pun menjadi wanita bekerjaya nih. Sebabnya aku masih tak mahu mempunyai kerja yang boleh membuatkan hidup aku stress. Yang mahu tidur malam terfikir-fikirkan tentang kerja di pejabat. Pada aku, bekerja kerana ianya keperluan hidup & tanggung jawab peribadi. Juga utk memenuhi kehendak dalam diri. Asal gaji yang ada dapat menampung keperluan & kehendak. Thats good enough for me.

Aku bukan perempuan yang bercita-cita tinggi. Utk memiliki kerjaya yang gah & duit yang banyak utk hidup mewah. Aku cuma perempuan yang sederhana & mahukan hidup yang seimbang. Well, tak seimbang sangat sebenarnya. Haha. Kerja & keluarga. 70% is for family & 30% for work. I am as simple as that =)



Tapi aku ada anganan yang baru. Untuk bekerja 4 hari di office & 3 hari bercuti di rumah. Bukan macam sekarang nih. 2 hari aje cuti. Atau, masa berkerja di pendekkan dari 8.30-5.30 kepada 9.00-4.30. Hehe. Am I asking too much? =B

But if 1 hari nanti aku ditakdirkan utk menjadi suri rumah, aku pastikan akan ada kerja lain yang aku buat selain dari membuat kerja-kerja rumah sahaja. Maybe aku ade butik sendiri ker. Hehehe. Verangan tak salah.

Korang pulak macam mana? What say u? =)

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat