Naurah Learning Progress


Aku pasti korang jugak aware tentang cerita baby boleh membaca. Kan? Kann? Kalo tak aware, sila ke laman web Brill Kids. Masa aku terjah Parents Expo kat Mid Valley last month, pon ada booth dari Brill Kids nih. Tengok la video baby belum setahun dah pandai sebut banyak words. Umur 2 tahun dah pandai membaca story book. 

Sape ibu bapa yang tak jeles tengok anak org lain pandai membaca kecik-kecik sila angkat tangan? T_T Ade ke? Kalo ade mmg ibu bapa tue ada masalah mental. Hahaha =b

Di sebabkan aku nie dah lama berjinak-jinak dengan program Noddy, maka aku pandang sebelah mata jelah program-program lain. Bukan apa, dah melabur banyak kat Noddy. Mane aku nak cekau duit beli program lain tu weh? Walaupon dalam hati nie Allah jelah yang tahu betapa nak nya aku tengok Naurah boleh membaca bila usia menginjak 2 tahun nanti.

Kadang-kadang membeli program utk anak-anak nie memanglah boleh kita ibu bapa usahakan. Tapi tugas kita tak habis setakat itu saja yer. Kita kena luangkan masa  juga utk ajar anak-anak. At least 2 sessi dalam sehari. Aku baru buat 1 sessi pon dah macam malas T_T 

So, sebelum menambah program yang sedia ada, aku cuba disiplinkan diri aku dulu utk perkenalkan Naurah dgn Noddy, Al Furqan & Smart Readers yg kt rumah tue. Itu pon dah rasa jenuh =.=

Sebenarnya apa yang aku nak sampaikan kat sini pada korang ialah, segala penat lelah mengajar anak & setelah berhabis duit yang bukan jugak sedikit tu, adalah sangat sangat sangat berbaloi setelah anda melihat hasilnya.

Alhamdulillah, walau aku tak se disiplin mana dalam mendidik Naurah dari dia berumur 8 bulan, pd usia Naurah hampir mencecah 1 tahun 4 bulan ini, Naurah dah boleh menyebut most of the words dalam buku bergambar yang aku belikannya 2 bulan lepas.

Sapa yang tak teruja bila selak je setiap helai buku yang ada gambar haiwan & word, anak dah pandai sebut dengan betul. Tak kisahlah samada dia tangkap dr gambar or words, yang penting dia memang tahu apa bendanya.

Eventho sebutannya tidaklah tepat, tapi dah ada bunyi-bunyik sebutan yang betul pon, aku dah cukup puas hati. Aku dulu masa darjah 1 pon belom tau sebut 'Farmer' or 'Tractor'. Naurah baru 1 year+ dah tahu. Bijak sungguh otak budak kecik nih. Kagum aku!

Buku bergambar with words nie aku beli kat MPH 2 bulan lepas. Skrg Naurah dah hafal & boleh sebut pelat-pelat word yang aku ajar dgn menunjuk pd word & picture yg sebelah menyebelah.
Cth: aku akan tanya ' Naurah, whats this?'

1.seesaw-----------gambar 2 kanak2 main jongkang jongkit

Naurah pon akan sebut --------> chi cho -------- so cute weh bile dia sebut tuh!! hehe =p

then aku selak page sebelah & tanya lagi ' whats this?'

2.birthday party----------gambar budak lelaki ada belon2, pakai tiara king

Naurah pon sebut---------- pa tee!!!------eventho birthday nya hilang, at least betul jugak yg belakangnya tu

Aku memang amazed sgt dlm tempoh 2 bulan, Naurah dah boleh memorize most of the pics & words yang tak selalu aku ajar tuh. Rasa terharu macam nak menangis. Hahaha. Over tak aku? =B

Tapi 1 la yang aku tak tahan. Dulu masa mula-mula ajar, bila tang word clown & gambo clown kt sebelahnya, aku buat la macam suara clown bunyik cam ' ho ho ho' (pesal can santa claus nye bunyik nih? gasak!). Sampai skrg Naurah bukan sebut clown. Tapi buat bunyi ' ho ho ho'. Hahahaha. Aku tak tahan nak gelak guling-guling sebelah dia. 

Bila dia nampak aku gelak guling-guling, dia pon sengih kat aku macam nie.


Pastu sebut ' lagiiii....lagiiiii....' Tangan tunjuk kat buku yang lagi satu pulak.

Aku beli buku bergambar camni 2 buah. Mmg dok ulang 2 buku nie jelah 5-6 kali sebab everytime 1 buku habis, dia akan sebut ' lagiii...lagiiii.....'. Adusss...poneng kepalo aku nk ulang byk kali. Itu jelah yang lecehnya ngajor Naurah nie. Asek nak lagi aje. Ibu dah lapo nie nak makan malam sama Ayah. Hehehe.

Now petang-petang, MIL ajar Naurah sebutan dalam Al Furqan Buku 1. Banyak dah Naurah pandai sebut sbb sebutannya senang-senang jer. 

Cth:- Ba-ba, Ma-ma, Da-da, A-na

Memang dah boleh sangat ajor pd anak baya-baya Naurah nie. Kalau lagi cepat lagi bagus sbrnya. Aku pon cuma sempat ajor Naurah Al Furqan masa weekend jer. Progressnya dah sangat membanggakan hati aku. 

Dalam kereta & bila-bila masa mmg aku soh Naurah sebut jer perkataan yang aku ingat dalam Al Furqan nih. Dia ikot je sambil main-main dgn toys tu semua. Senang kan? =D

Sebenarnya utk melatih anak-anak supaya minat dengan ilmu nie senang aje. Latih dari kecil. Macam Naurah nie aku yakin jadi ulat buku macam aku jugak dah besar nanti. Skrg nie pon pantang nampak buku, mulalah suruh aku bacakan. Duduk siap-siap kat pangku aku. Tak sampai hati nak tolak eventho badan penat.

Kalau boleh aku nak jadikan sesi menimba ilmu nie 1 perkara yang menyeronokkan bagi Naurah. Biar jadi hobi dia. Bukan belajar sebab wajib mcm yg aku rasa masa kecik-kecik dulu. Rasa dipaksa. Tapi aku tak salahkan mak abah aku dalam hal nie sebab zaman-zaman aku lain keadaannya. Mak suri rumah. Abah peneroka felda. So aku nak expect apa dr diorang kan? Dpt pegi sekolah sampai masok U pon dah cukup baik weh! Thank you Mak. Thank you Abah!

Tp seiring dengan zaman skrg, yang mana parents kebanyakannya adalah bijak-bijak belaka, persaingan bg anak-anak adalah amat sengit. Dlm hal pelajaran lah yer. So, aku rasa terpanggil utk berusaha lebih sikit utk memastikan at least Naurah berdaya saing bila dah start bersekolah nanti. Kalau dia jd pelajar yang ketinggalan, aku akan rasa bersalah. Itulah yang aku cuba nak elakkan.

Aku doa moga Allah beri aku kekuatan dalam mendidik Naurah menjadi budak yang cintakan ilmu. Samada ilmu dunia, mahupun ilmu akhirat. Amin.

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat