Tepuk Dada Tanya Selera

PD Water Chalet - 1st Anniversary (2010)

Dalam hidup setiap manusia, mesti ada tarikh-tarikh penting bagi dirinya kan? 

Sebelum berkahwin, pastinya tarikh lahir lah yang selalu kita raikan. Birthday diri sendiri, family, kawan-kawan, boyfriend & girlfriend. Ada jugak bagi yang makwe pakwe nie, meraikan tarikh declare bercouple. Kunun-kununnya lah kann. Huhh..Lantok!

Bila dah berkahwin, tarikh ulangtahun perkahwinan membawa seribu makna. Bagi aku, wedding anniversary nie lagi power kuasanya dari tarikh lahir diri sendiri mahupon untuk habi. Sama pentingnya dengan sambutan birthday anak. Lagi-lagi kalau anak baru sorang nih. Hehe. Adat la kan =b

Cara kami, wedding anniversary disambut dengan memanjakan diri kami. Percutian tahunan bagi kami sekeluarga. Memang inilah tarikh yang di tunggu-tunggu. Tarikh utk holiday & honeymoon. Hihi.
Kenangan percutian terbesar = Kenangan anniversary setiap tahun. Nice =D

Kuching, Sarawak - 2nd Anniversary (2011)

For birthdays, selalunya kami pergi makan aje. Entah kenapa kami tak berapa biasa dengan kebiasan memberi hadiah. Seronok & jeles jugak bila tengok ada pasangan lain yang dapat hadiah mahal-mahal dari suami or isteri sempena anniversary. Tapi kami memang bukan jenis macam tu kot!

Play time @ Critter Land, Serdang

Untuk Naurah pulak, bila tarikh hari lahirnya tiba, kami ambil cuti semata-mata utk seharian melayan karenahnya. Kemudian, adalah makan-makan sikit dengan ahli keluarga terdekat. Beli kek. Itu saja. Takde hadiah-hadiah jugak. Hehe. Pelik ker? Gasak lah!

Naurah 1st Birthday Makan-makan (18/2/2011)

Hadiah, kami belanja diri pasangan mengikut keadaan kewangan. Ada duit, boleh lah offer diri belikan apa yang dia nak. Takde duit, duduk diam-diam. Haha. Tak kira masa or tarikh lansung. Thats us.

Apa-apa pon, bagi aku, ikot cara sendiri lebih bagus. Apa yang kita rasa sesuai dgn diri kita. Tak payah nak ikot-ikot cara orang lain. Setiap orang ada caranya sendiri bukan? Tak ada salah or kurangnya. Terpulang pada keselesaan masing-masing. Tepuk dada, tanya selera.

Seronoknya hidup berumah tangga. Rugi sungguh bagi pasangan-pasangan kekasih yang sudah mampu dari segala segi, sengaja melengah-lengahkan waktu utk berada dalam ikatan perkahwinan yang halal. Rugi sebab tiada lesen utk melahirkan anak yang comel dari rahim secara halal. Sangat ruginya kamu semua.

Jika orang kata perkahwinan itu tidak selalunya indah, well, kalau hanya bercouple, pon tak selalunya indah juga. Di mana yang banyak buruknya tentang perkahwinan jika hendak dibandingkan dengan hanya berpacaran?

Bila kita berkahwin, at least bila sesuatu pergaduhan berlaku di antara suami isteri, kita tak cepat membuat keputusan untuk berpisah. Banyak yang kita kena fikir sebelum membuat sebarang keputusan. Cara yang paling mudah, berdamai. Tak kisahlah silap & salah siapa pun. Sama-samalah kita saling bermaafan.

Itulah yang aku berjaya lakukan bila dah berkahwin. Kalau masa bercouple dulu, jangan harap aku nak mengalah. Merajuk lah berhari-hari. Berbaldi air mata tumpah macam esok tiada lagi. Muka masam mencuka. Orang lain tengok pon rasa nak pelempang. Hahaha.

But amazingly after getting married with my hubby, cepat sangat hati aku nie sejuk. Aku rasa susah hati sangat sangat bila habi buat tak layan. Cakap dengan aku pon nak taknak aje. Senyum manis pon tak ada. Yang ada cuma wajah kelat. Senyum pon bagai di paksa-paksa bila di hadapan orang lain. Nampak sangat cuma nak cover aje.

Tak lama lepas tu, walaupun hati nie sakit tak terperi, entah semacam ada kuasa ghaib yang mendorong aku untuk meminta maaf pd suami. Peluk dia. Menangis di dadanya. Lega. Terus jadi loving couple balik. Hehe.

Aku pon tak tahu macam mana aku boleh jadi macam tu. Mudah sangat mengaku kalah bila bergaduh dengan habi. Nak merajuk lama-lama macam dah tak terdaya. Tak kuasa kot. Entahlah. 

But since memang itulah yang sepatutnya seorang isteri buat apb bergaduh dengan suami, aku pon redha ajelah. Dah nama Syurga aku sekarang pon kat bawah tapak kaki dia. Layankan ajelah. Hihi =B

Pernah di ceritakan tentang kewajipan isteri taat pd suami sehingga ada hadis dari Rasulullah yang mengatakan sekiranya ada manusia yang layak di sembah di dunia ini, tentulah ianya untuk suami bagi isteri itu. Sampai begitu sekali letaknya taraf suami bagi seorang isteri. Hebat kan?

Masuk tahun ke-2 perkahwinan aku & habi, aku sedang dalam proses memperbaiki diri. Bertanya pd habi kekurangan-kekurangan pd diri ini sebagai seorang isteri. Dan dia menjawabnya dengan ikhlas di selang selikan dengan gelak ketawa & gurau senda.

Walau dalam nadanya yang bergurau, aku tidak boleh ambil ringan apa yang dikatanya. Penyampaiannya saja yang seakan tidak serius. Tetapi dia telah menyampaikan teguran kepada aku secara tidak lansungnya. Thats my habi. Masih menjaga air muka seorang isteri walaupun yang berdiskusi hanya kami berdua sahaja. =)

Makanya aku sedang dalam proses utk melibatkan diri dengan lebih banyak dalam hal-hal rumah tangga. Habi adalah seorang yang rajin. Tak pernah sekali aku nafikan itu. But I don't want to take his kindness for granted. Itulah kesilapan yang aku dah lakukan utk sekian lamanya.

Bukan senang utk berubah. Tapi sekiranya ada keazaman, Insyallah, boleh!

Give me some times ok habi! Sikit-sikit lama-lama jadi banyak. Hehe. Moga Allah permudah. Amin.

* dah start gosok baju kerja habi. ngeeeeee =b
** jg sdg cuba jd muslimah yg lebih baik. takot sbb byk sgt tanda hari Kiamat sudah hampir. gempa bumi, tsunami. ermmm =S

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat