Tentang Bulan


Membaca entry Hannah tentang pregnancy, tiba-tiba aku pon teringat aku pernah tulis entry sebelum holiday ke Kuching tentang perasaan macam sedang pregnant. Semalam boleh pulak si Siti my office mate tanya soklan cepumas nie samada +ve or -ve tentang kemengandungan aku tuh. Hahaha. Terkojot mak sebab dah lupa pasal perasaan ala-ala tue =b

Aku tak tahulah apa yang menyebabkan aku feeling ala preggy hari tuh. Sebabnya sekarang nie aku dah rasa normal semula Takde dah rasa pening-pening & mual-mual. Muntah pagi-pagi pon sudah nan ado. Ajaib!

So aku bajet maybe aku ada tersalah makan or whatsoever. Tapi ini pon belum dapat dipastikan jugak since aku masih belum boleh mengibarkan bendera merah pd waktu ini. My period usually comes at the same date every month. Kalau lari pon setakat sehari dua jer beza. 

Last month pd hari nie bersamaaan 3hb, aku sudah period. Pagi-pagi buta ia sudah mari. Right now dah ada rasa ala-ala nk period jugak. Mild sakit pinggang & kat bahagian rahim tuh sengal-sengal. Tapi ia masih belum memunculkan diri. So, aku bersiap sedia ajelah skrg nie. Menanti dengan penuh sabar. Ceh. Macam tunggu ape jer. Wahaha =B


Korang perasan tak yang hari nie dah 1 Rejab 1432H. Aku pasti korang tahu yang bulan Rejab, Syaaban & Ramadhan adalah bulan-bulan yang banyak fadhilatnya. Bulan Rejab di kenali juga dengan bulan Allah. Bulan Rejab juga ada peristiwa Isra' Mikraj. Di mana dalam peristiwa tu Allah mewajibkan solat 5 waktu pd semua umat Islam.

Aku rasa seperti dah lama tak menumpukan perhatian pada bekalan akhirat. Asyik dunia-dunia-dunia. Hmmph. Tapi aku malas nak toleh kebelakang lagi. Hari yang lepas bukan boleh di ulang kembali pon. Makanya aku berniat utk memulakan kembali projek puasa sunat seperti yang pernah aku amalkan masa zaman bujang dulu. Ambil kesempatan dalam 3 bulan yang paling mulia nie utk mengumpul pahala.

Aku harap period for this month datang dalam tempoh yang terdekat nie supaya aku boleh fokus utk buat puasa sunat selepas tue. Terfikir-fikir jugak if memang tak datang period yang bermakna maybe aku memang pregnant =D Pasti ada hikmahnya juga kan? Dapatlah aku berpuasa banyak dalam 3 bulan mulia nie =)

Allah pasti dah merancangkan sesuatu yang terbaik untuk aku. Makanya aku cuma perlu berfikiran positif & merancang yang baik-baik utk diri sendiri. Moga Allah permudah. Amin.

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat