With Humble

Tetibe rase rindu pulak nak update blog. Dok tengok org lain dok rajin mengupdate, semangat pon datang nak merapu barang seperenggan dua. Ehehee...

Bersiaran dari kampong ku yang tercinta. Naurah & habi dah tergolek dok atas katil. Aku pon atas katil jugak. Tapi duduk sambil mengadap laptop habi nie hah. Tak ngantok lagi laa. Boring jek. Baru lepas layan filem Damping Malam.

What? Malay movie? Are u kidding us, Sharena? Ahaha...

No no no. I'm not kidding to all of u yeah!

Memule tengok dgn habi. Aku tgk pon dah separuh jalan.Since kena teman Naurah yang dah tido dlm bilik nie, decide to watch the film yg habi copy from his office mate jelah. Malas nak tengok tv. Layankan ajelah since habi tengah tengok kan? Takkan nak soh dia tutup semata-mata aku nak layan blog pulak. Hehe.

Tgh syok-syok layan, habi mengantok pulak. Sabokan jelah T_T Nie sape yang nak tengok sbnrnya? Aku ke dia? Sebab lagi suku nak habis, aku layan jelah sorang-sorang. Dah habis citer, masih tak ngantok lagi. Tu yg jenguk blog kejap. And u guys know the rest lah =p

Aku nak share cerita tentang Naurah sikit. Semenjak dua menjak nie, asyik ada orang tegur kalau pergi mana-mana tentang mulut Naurah yang potpet. Dia bukan kepochi. Susun ayat pon tak pandai lagi meh. What do u expect for a girl age 1 year 3 months+ meh? Ingat anak aku budak ajaib ape? Ahahah...

Potpet yg aku maksudkan kat sini ialah dia suka sangat imitate apa yang orang cakap. Terutamanya perkataan yang last-last orang cakap tuh. Pastu macam pandai maksudkan apa yang dia cakap tuh. Contohnya bila makan limau, dia akan cakap 'masam'. Bila makan certain lauk, dia komen 'pedas'. Banyak pulak cekadaknya anak aku nie. Ahahah.

Siang tadi Naurah ikot Atok & Nenek pergi kenduri kawen. Atok drive, dia ddk sebelah Atok & Nenek duduk sensorang kat belakang. Pergi kenduri siap pakai baju kurung wa cakap lu! So sweet kan little girl pakai baju kurung? Rase nak gomol-gomol jer. Geram.

Bila balik tu my mom & dad cakaplah yang Naurah asek bercakap jer. Komen macam-macam apa yang Abah aku suap dia makan kat kenduri tu. Sampai orang-orang yang duduk dekat dgn diorang naik heran apasal budak kecik nie cam pandai sangat cakap nih? Badan tengok kecik molek aje. Bila Abah cakap Naurah baru 1 year 3 months, diorang cam terkojot.

Ehh...pandainye cakap macam-macam. 

Masa aku beli kain kat Nilai 1 hari tu pon telah hadapi situasi yang lebih kurang sama. Sales girl kain tanya umur & bila aku bagitau, diorang cam amazed. 

Hmmm??? Aku rasa budak-budak baya Naurah yang lain pon mesti lebih kurang jugak perkembangan cakapnya. Tak gitu ke? Then apa yg diorang nak pelik sangat ntah hehh? Musykil lak aku. Huhuh.

Mak Abah aku & my siblings pon cam excited tengok Naurah cam dah pandai cakap. Diorang kata anak kakak & abang aku takde pon yang cepat cakap cam Naurah. Bila aku tunjuk yang Naurah dah boleh memorized most of the pictures & words in her favourite books, lagi la diorang cam o_O

Sebenarnya bukan family belah aku jer yang rasa Naurah nie macam bijak. Family belah habi pon sama jer. Kadang-kadang sampai beza-bezakan keupayaan Naurah dengan budak-budak sebayanya yang lain.

Honestly, aku takut juga sebenarnya nak fikir banyak tentang keupayaan Naurah nie. Takot aku meletak harapan yang terlalu tinggi pada Naurah. Of course I want her to be a bright girl. Itulah yang aku usahakan selama nie pon utk dia walau tak sedisiplin mana.

Tapi aku juga tak nak kecewa if one day Naurah cuma jadi budak yang biasa-biasa saje. Yang sederhana dalam pembelajarannya di sekolah.

Atau aku takot satu hari nanti aku terlalu push Naurah utk mereliasasikan impian aku. Sampai Naurah tak enjoy masa kanak-kanaknya. Tak baik kan kalau macam tu?

Membesar bersama-sama adik-beradik yang cergas otaknya, rasanya menjadi pemangkin juga bg diri aku utk mendidik anak aku utk menjadi manusia yang berdaya saing dalam mengejar ilmu pengetahuan. Aku takot kalau-kalau sepupu-sepupu Naurah semuanya bijak-bijak & dia je yang ketinggalan.

Ini salah satu sebab juga kenapa aku agak prihatin tentang perkembangan otak Naurah. Bila aku dapat tahu yang otak bayi boleh diransang sejak dari dalam kandungan, aku dah start cuba lakukan sesuatu. Bukan dari pemakanan aku, tapi dari rutin harian aku iaitu mengaji Al-Quran & selalu mendengar ayat-ayat suci.

Selepas Naurah lahir, aku termagu-magu selama 7 bln sebelum ditakdirkan utk berjumpa dgn program Noddy & kemudiannya blog Darwisy&Darwisya yang menjadi bukti bahawa otak kanak-kanak tersangatlah spt sponge pd umur sejak dari dlm kandungan hinggalah mereka berusia 5 tahun. Kemudian dgn pelbagai program lain spt Brill Kids, Smart Reader dsb.

Bila sekarang nie ramai yang menegur tentang keupayaan Naurah, of course rasa bangga tu tetap ada menjelma dlm diri aku. Tapi seiring dgn rasa takut & dengan rendah hati juga. Aku taknak expect lebih-lebih sgt pd Naurah. Dia bukannya di lahirkan genius.

Pada aku, usaha+doa+tawakal adalah resipi yang paling sesuai aku guna pakai utk Naurah. Aku dah usaha memberikan pendedahan pd Naurah seawal yang boleh. Aku juga hari-hari berdoa pd Allah moga Naurah jd anak yang bijak & solehah. Selebihnya, aku hanya bertawakal.

Anak adalah amanah dari Allah. Aku mesti cuba sedaya upaya aku utk menjadikan Naurah manusia yang berguna di dunia mahupun di akhirat. Aku juga harap adik-adik Naurah nanti, semuanya mendapat perhatian yang sewajarnya dari aku. 

Yang penting kualiti, bukan kuantiti. Insyallah. Amin.

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat