I Am Grateful


Malam tadi betol-betol tengah malam around pukul 12, aku telah memberanikan diri untuk menimbang berat badan aku di bathroom weight scale yang agak cenonet itu. Aku paling tak suka nak timbang berat badan. Terutamanya bila rasa dah cuba sehabis baik utk cut down the foods I ate, but end up bila timbang, angka tetap di nombor yang sama. Bikin gua betol-betol panas hati & kuciwa oh! T_T

Jadinya aku memang selalu mengelak dari menimbang berat badan & syok sendiri saja rasa macam lemak dah menyusut sedikit demi sedikit. Dengan cara syok sendiri ni jer yang boleh buat aku tak cepat give up & terus berusaha utk menghakis lemak di badan slowly. Ini cara aku lah yerp. Asal hati aku gumbira sudah. Hehe.

Akhirnya setelah berpuasa selama 4 hari & memakai PB hampir sebulan lebih, bergerak juga jarum weight scale ke sebelah kiri. I lost around 2-3kg only. Itu pon aku dah cukup puas hati since pengambilan nasi tidak pernah aku sekat dalam sehari. Lagi-lagi dalam bulan puasa nih. Memang waktu berbuka & bersahur melantak nasi 1 pinggan penuh. Nikmat oh! =D

Dengan mengambil kira aku juga tidak pernah mengamalkan apa-apa bentuk senaman, for me 2-3kg ini sudah cukup memadai. Ada 25 hari lagi utk aku meneruskan puasa. Insyallah, dapat turun lagi 2-3kg, dah cukup baik untuk aku. Yang penting no more penambahan berat ok! Kalo itu yang terjadi, maybe aku akan gundah gulana macam dulu balik. Keh kehh...

Aku suka sangat berfikiran positif & always looks at the brighter side. Apa pun perkara yang baik mahupun yang buruk, pasti ada pengajaran yang tersembunyi di sebaliknya. Kehidupan kita juga tak lari dari membuat keputusan. Semuanya berkaitan dengan pilihan. Aku mempunyai masalah berat badan, but I choose not to be stressed out. I choose to enjoy my life as normal people do & feel happy for who I am. At the same time, usaha utk singkirkan masalah berat badan nie dari hidup aku. Result: Keluarga Bahagia. Hahaha..

Ape kena mengena masalah berat badan dengan keluarga bahagia yerp? Ada weh! Bila hati kita senang, aura positif akan selalu terpancar dari diri kita. Memang la tak nampak ada cahaya bersinar-sinar keluar dari badan kite. Tapi orang di sekeliling kita Insyallah akan perasan. Ini rahsia muka nampak glowing jugak yerp! Selain dari pemakain baju berwarna pink. Hwahahaha..

Bercerita pasal pakai baju pink, hari nie aku pakai skirts labuh yang ada warna pink & baju pink. Pagi-pagi ambil newspaper kat main office & masuk-masuk je sana, teros kena jerkah dengan 2 office mates. Adoii! Pagi-pagi sudah kena marah meh? What did I do wrong man? Esewahh macam dialog filem pulak Hihi. Yer, memang aku kena marah. Kena marah sebab kenapa selama ni aku sangat suka pakai baju besar-besar & berwarna kusam. Sedangkan bila aku pakai baju yang cerah seperti hari ini, seluruh alam pon terasa bersinar & ceria. Hahaha..ayat tak hengat yerk?

Kesimpulannya, utk orang yang berkulit agak cerah macam aku nie, eventho badan tak solid macam supermodel, sila pakai baju kaler terang utk menaikkan seri wajah & supaya nampak muda or lebih muda dari usia yang sebenar. Itulah trick or kekdahnya yerp! Well, sebenarnya aku bukan tak suka pakai baju terang-terang. Pakai tapi bukan kat opis. Ini pon baju aku selalu pakai jalan-jalan kat luar. Kat opis watpe nak lawo-lawo meh? Itu pendapat aku lahh...hahah...

Tapi bila aku fikir-fikir balik. Since habi pon kire keje 1 kompeni dgn aku, kat opis pon aku patot jaga penampilan demi air muka dia jugak kan? Entah-entah habi selalu kena kutuk dengan officemates dia tentang penampilan bininya yang agak selekeh di opis. Ohh..rasa bersalah sudah bila terfikir macam nie. Ok, Insyallah lepas-lepas nie aku ambil berat sket tentang penampilan aku kat opis. I do this just for the sake of my husband face. I'll try ok dear =)

Ate sekarang pon dah pakai Safi Rania Gold. Guys, amazingly after 3 days using SRG, kulit muka aku dah tak kasar ok! Ohh..aku adalah mode sgt happy. Soh habi rasa kulit muka aku dgn tangan dia malam td. Dia pon senyum & ckp memang dah tak kasar like before. Boleh pulak dia tanya kenapa sebelum nie taknak pakai SRG? Cet. Manelah aku tau SRG nie bagus macam nie. Sebab kejadian kena tipu dengan produk hampeh, akhirnya telah membawa aku kpd SRG & kulit yang lebih cantik in future, Insyallah. Kejadian buruk tp sudah nampak hikmahnya skrg bukan? =D Thank you Allah. Dan niat aku utk jd lebih cantik hanya utkmu habi. Fuyyohh! Sila jgn muntah hijo. Kang tak pasal² puasa korang batal. Aku taknak bertanggung jawab ok! Haha...

Lagi satu, untuk orang yang berbadan agak gempal macam aku nieh, sebenarnya kena bijak memilih pakaian apa yang sesuai supaya tidak nampak terlalu besar/gemuk. Seb baeklah aku nie kira tinggi la jugak 160cm. Eventho bentuk badan aku berbentuk buah pear dimana aku mempunyai badan yang agak kecil tetapi berpunggung & berpeha lebar, at least takdelah nampak rendang sangat macam pokok bonzai. Hak hak. Boleh tak buat perumpamaan cenggitu? =p Bab pemilihan baju nie, kadang² aku lulus & kdg² aku fail jugak. Maklom la tak bape menelaah sgt pasal fesyen. Apa-apa pon, kena ikot keselesaan jugaklah bab berpakaian nih. Paling penting menutup aurat. Tepuk dada tanya selera. Orang yg selera kolot cam aku mmg kdg² fail dengan amat dahsyat sekali. Hahaha...

Ehh...banyak sudah melalut. Dari cerita pasal berat badan, dah sampai ke fesyen yerp! Aku memang macam nie =p

Berat badan dah turun sikit, kulit muka dah start nak jadik macam Rozita Che Wan ecehh, suami pon bertambah sayang. Love u dear. Gigi Naurah pon semakin tumbuh banyak. Tetibe haha. Ohh I really love my life at this moment. Harap perkara-perkara yang lain juga akan berjalan lancar. Insyallah. 

Jagalah Allah, Allah Menjagamu. =)


Popular Posts