Masih Berpuasa Penuh

Woww! Hari nie dah 24 Ramadhan lah. Kalo tahun nie puasa genap 30 hari, bermakna ada lagi 6 hari lagi nak berpuasa. If 29 hari saje, bermakna lagi 5 hari saja lagi Syawal bermula okeh! 

Dan untuk pengetahun anda semua, aku masih belum sehari pon lagi tinggal puasa yerp. Hehehe. Jangan jeles. Last month on 21st cik P dah datang. Now dah 24th masih lagi belum menampakkan dirinya walaupun tanda-tanda ia akan datang sudah muncul seperti jerawat batu & emosi tuan punya badan yang agak bercelaru. Cepat sungguh naik angin bila habi bergurau or bila Naurah buat pe'el cam semon. Hehe.

I know that I'm being too emotional. But I just can't help it ok! Tak boleh kawal. Now aku dah jadi Ibu bekeng atau Ibu singa. I admit that. Haha.

Aku rasa normal aje cik P datang lewat kali nie. Takde rasa nebes maybe pregnant or whatsoever. Agak kompiden gitu. Tapi orang yang kompiden nielah selalunya yang akan diduga bukan? Masa kita leka & thought that there is nothing to be worried about, masa itulah pelbagai kejadian yang tidak dijangka berlaku. Masa kita panic & fikir bukan-bukan, end up everything went well pulak. Sangat ironi.

Apa-apa pun since sekarang ini adalah bulan Ramadhan, aku happy je if dapat berpuasa penuh sebulan tanpa perlu menggantikan puasa. If pregnant pon, nothing to be worried about lah! Ramai dah member blogger yang sekapal dulu dah preggy balik sekarang. So apa ada hal kan? News about pregnancy harus di terima dengan penuh kesyukuran bagi orang-orang yang sudah berkahwin seperti aku. Ianya hasil dari perhubungan suami isteri yang halal di sisi agama. Ianya benih yang suci & dirahmati Allah. Kenapa perlu rasa susah hati?

Itulah yang aku fikirkan sekarang tentang pregnancy. Tak perlu fikir pasal masalah kewangan atau pandangan orang lain. Just think about myself & the baby. Terima sajalah takdir Allah dengan redha kerana apa yang kita rasakan tidak baik pd diri kita, belum tentu ianya betul. Perancangan Allah adalah yang terbaik utk setiap hamba-Nya. Let just accept it positively & be happy. Hidup terlalu singkat utk kita terlalu memikirkan tentang benda-benda yang tidak happy. Its not worth it.

Semalam aku terima 1 emel yang agak panjang tentang cara-cara menutup aurat yang sempurna bagi wanita muslim. Ianya membuatkan aku berfikir panjang juga. Masih ada kelemahan yang masih boleh aku cuba perbaiki dalam hal aurat nih. Eventho pemakaian aku tidaklah seteruk mana, tapi bila melihat wanita muslimah lain yang kebanyakkannya memang sudah menjadikan kaedah menutup aurat yang dicampur adukkan dengan fesyen yang entah apa-apa, aku rasa agak sedih juga. Adakah aku juga tergolong dalam perempuan muslimah seperti itu? Aku rasa malu dengan tidak semena-mena.

Moga Allah sentiasa tunjukkan jalan yang lurus kepada aku.



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat