Bebas Dari Hutang

Hari nie bos aku cuti. So memang takde keje ape la nk buat kan? Boring aje weh. Bila bos takde, masing-masing pon hilang macam beskot. Entah kemana-mana ntah pegi. Aku, as usual tetap saja di sini. Nak pegi mane, tak tau. Payoh ler takleh nk drive kete manual habi nih. Tak dapat nak merayap mcm dgn kete JHT dulu. Kesana kemari tanpa kekangan. Terbang bebas di udara...hakhakhak..ok aku dah start merapu =B

Tadi ade jugak opismate ajak g Putrajaya. Ke Anjung sana. Tapi since semalam dah pergi. Aku malas la nak ikot. Kalo pergi kang, lambat pulak aku solat Asar sat lagi. Pastu duit pon sama dok habis bila nampak baju bajan yg dijual kat sana. Takpon aku berhabis beli buku. Buku yang hari tu beli pon belom khatam lagi. Bahaya. Bahaya. So, totap la aku dudok di kerusi tak empuk ini. Melayan FB sampai naik muak. 

Tak best kalo takde orang kuantan sana nak ajak bergado bertumbuk bagai. Mek tu pulak dok bz nak membeli barang membuat kek bagai. Selok sejak bukak perniagaan menjual kek baru-baru nie. Buat tambah-tambah income katanya. Orang ada minat & bakat boleh la gtu. Aku nie bakat apo pulak yg ado? Bakat menghabiskan duit jer kot. Kehkehkeh...

Bercerita pasal duit, tiba-tiba muncul sinar harapan utk aku membuat full settlement kereta JHT bulan ni jugak. Tetiba ada duit lebih pasal ada kawan nk bayo hutang beli brg kat aku secara lump sum. So Insyallah lepas je dia transfer duit ke akaun aku, next week akan buat full settlemat di cawangan Ambank berdekatan. Proses penukaran nama dalam geran akan ambil masa seminggu kata staf bank td. Eventho clearly bukan atas nama aku tapi nama Kak Ya dalam geran tu nanti, hakikatnya kereta tu adalah hakmilik aku sepenuhnya sbb aku yg bayo tiap bulan selama 7 tahun.

Ada la jugak Kak Ya & Abah tolong bayo sikit-sikit sebelum aku dapat kerja tetap dulu. Jasa mereka tidak pernah aku lupakan. Akan adalah habuan utk mereka sikit masa nanti. Insyallah =)

Lupa nak cerita kat sini yang claim admitted ward Naurah tu dah dapat. After almost 5 months ok! Seb baek dapat full amount. Kalo ada potong-potong, mmg aku report kat HR soh tukar company insurer baru aje. Sudah la lembab bagai nak mamp** kan? Buat sakit hati aje kalo ingat. So duit 1k+ tu most of it akan menjadi hakmilik Kak Ya. Apa-apa kita settle hutang dulu. Hutang dia dahulukan duit dia masa holiday kat Bangkok. Thanks sis! Kalo tak krn kamu sangat bermurah hati, tak jejak lagi kaki kami ke tanah Bangkok nun. Untungnya aku ada kakak sebaik dia. Love u..mmuahh..mmuahhhsss =p

Bila duit kereta dah tak payah bayo utk bulan depan, cuma tinggal 2 installment je yang aku perlu jelaskan stp bulan. Itu pon bakinya dah tak banyak utk kedua-duanya. Am thinking to settlekan semuanya terus. Takpun bayar utk settlekan dlm tempoh 2-3 bulan. Takdelah rasa terbeban sgt kalo gitu. Pelan-pelan kayuh. Takde apa nak dikejar. Ada. Aku nak kejar hidup bebas tanpa hutang. Otak tak serabut. Hati pon senang =)

Aku macam tak percaya kalo 2 benda tu dah settled, balance gaji aku adalah fully utk belanja bulanan sahaja. Nak buat apa dgn duit sebanyak itu yer? Aku dah mula pening. Kalo aku tak merancang sebaiknya, duit tu kompem habis macam tu aje. For sure! With no doubt at all. Nak buat saving, gaji aku mmg dah potong Tabung Haji bulan-bulan sbg saving. PTPTN pon potong gaji siap-siap jugak. So, apa lagi? Apa lagi?

Ohh..aku lupa tentang potongan insurans RM151 setiap bulan utk personal insurans aku by Prudential. Ala..ciput aje tu. Takde hal. Hehe. Itu ajelah rasanya commitment aku yang tinggal utk long term medical protection & investment/saving.

Ermm...right now aku tengah mengisi borang potongan agihan utk akaun tabung haji for my dad, mom & Naurah for every month. Senang sbb buat potong gaji aje. Saving utk aku pon aku naikkan sikit lagi amountnya. So gaji bersih akan berkurangan la dapatnya. Aku rasa aku nak tolong habi bayo bil astro & api la gini. Bagi habi banyak sikit duit balance gajinya. Lagipun habi dah bayo duit insurans utk Naurah & nursery dia bulan-bulan. Dua benda tu jer dah makan RM300 duit gaji habi. For bil api & astro. Kalo ikot pattern bil bbrp tahun nie, tak pernah mencapai RM200 pon kalau dicampurkan kedua bilnya. Bila lagi nak ringankan beban habi ye dak? Hehe.

Tak tahulah habi setuju ke tidak aku nak bayo 2 bil nie. Sbbnya sebelum nie dia cuma mintak aku tlg bayo separuh dr duit nursery Naurah lepas abes bayo kete nie. Yakni RM100 aje sebulan. Tapi aku rasa macam berbesar hati pulak nak meringankan lg beban habi. Harapnya dia setuju. Lelaki nie kita bukan boleh predict sgt. Kdg-kdg diorang ada ego tentang hal-hal melibatkan tanggung jawab pd keluarga nih. Thats y apa-apa hal, aku suka berbincang dulu dgn dia elok-elok. Semua keputusan mestilah ada kesepakatan atr keduanya. Barulah rumahtangga aman damai keluarga baghagia. Tak gitu?

As a wife, aku cuma harap habi membalas kebaikan aku meringankan beban dia dgn menyayangi aku seadanya sbg isteri dia & lebih bertolak ansur dalam hal-hal urusan rumah. Serta mengharapkan ganjaran pahala dr Allah. Itu saja. Aku rasa tak salah kan aku harapkan balasan-balasan nie?Kan? Kann? Hihi

Insyallah, aku target by 2012 menjelma, 2 installments yg tinggal sudah settled sepenuhnya & cuma tinggal commitment insurans sahaja. Balance gaji yg lebih-lebih tu aku fikirkan later jelah yerp kalo gitu. Daaa...

Have a great weekend eveybody =D



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat