Blocked Semula!

Muahahha...skrg facebook, youtube semua dah kena blocked semula kat opis nih. Ketawalah dalam tangisan T_T Seb baek wireless masih boleh access semua tu macam dulu. Makanya, kire cam takde effect sgt lah kat aku. Hehehe. Terbaek!!!! Memang tak sia-sia beli wireless adapter tuh. Seb baek aku bijak laksana tanya habi camne nak access wi-fi opis kalo guna pc. Nak seribu daya kan? ^_^ 

It just that kena cover lebih sikit lah sebab takot nanti orang pertikai pulak. Mentang-mentang laki orang IT, so tetibe orang ingat aku dapat layanan istimewa pulak tak di block macam yang lain. Padahal takde pon benda macam tu berlaku. Habi bukan orang yang mcm tue. Dia amanah je & takde pilih kasih pon eventho aku nie wife dia. Tapi kalo ade special request dr mereka² yang berpangkat tinggi cam bos aku tue, diorang akan bukak jugak firewall tue utk deme. Cam mengelat jer kan? Huhuh. Well, thats how it works in this world. Yang berpangkat diutamakan, yang sokongan di perlekehkan. Hukum dunia.

Ok. Taknak dah cerita pasal tue. Aku nak cerita pasal weekend 2 hari yg lepas baru nie. Anje hari Jumaat balik Johor. Habi pulak kena kerja sebab nak ganti server ape semuanyalah kat opis nih. Hari Sabtu pergi pukul 10am balik 2am. Semalam pergi pukul 10.30am balik 12.00am. Pastu hari nie kerja macam biasa. Huhu. Kesian dia keletihan. So 2 hari jugaklah aku cuma dgn Naurah je kat rumah. Syukur budak tu senang dah nak dijaga besar macam nie. Sekali sekala je tensi sbb masih nak berdukung bila aku nak memasak. But overall, mcm ok jugaklah bila tinggal berdua jer dgn dia. Terasa mcm fully housewife pulak =P

Hari Sabtu aku ke klinik gigi bertemankan habi sbb Anje takde. Tak boleh cabut terus sbb dah bengkak dalam. So doc bagi antibiotik 2 jenis suruh habiskan semuanya baru datang balik cabot gigi. Samada hari Rabu or Khamis nie aku akn dtg menyerah diri kt klinik gigi. Nak puasa sunat pon tak dapat sebab kena habiskan ubat asap. 3 kali makan sehari after makan. Itulah update baru tentang gigi aku. Selain dicabot, bleh jugak buat root canal & crown yang berharga $1500. Hahhaa. Teros aku cakap cabot ajelah kalo gitu doc =B Rongak pon rongak lah.

Semalam dalam pukul 3ptg aku keluar berdua dgn Naurah ke Giant, Nilai after mintak permission dr habi. Gagah je keluar sebab dah rasa boring giler duduk rumah je berkurung dgn budak tu. Overall not bad lah. Susah sikitlah berbanding kalo keluar with habi sekali. Tapi masih boleh handle lagi budak itu. Takdelah sampai rasa serik dibuatnya. Beli donut utk dia, biar dia main kat playground & shop some groceries. 4.45ptg dah sampai rumah balik. Lega. Anak dah besar sikit nie memang lagi senang  nak jaganya.

Macam pagi tadi masa habi tgh mandi, Naurah masih tido. So aku pon mandi dalam bilik air kat master bedroom sambil bukak pintu sikit in case budak tu tetibe terjaga mencarik pulak mana ibu & ayah takde. Dah nak habis mandi, tetibe dengar suara budak tue cakap-cakap ape ntah. Tak nangis. Maybe habi dah sudah mandi la kot. Kuar je dr bilik air, tetibe tgk budak tu tgh berbaring tgh-tgh tilam sensorang. Habi masih mandi rupanya. 1/2 jam dlm bilik air buat ape siot? =.= Aku pon duduk kat tepi Naurah, dia senyum-senyum aje tgk aku. Baik pulak budak nie. Tau gaknye dgr bunyi air dlm bilik air ibu & ayah tgh mandi. So dia pon baring jer berangan ntah hape gaknye. Hahaha. Dah beso anak aku ^_^





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat