Hatinya Tak Seindah Bahasa


Pagi tadi citer pasal kesihatan Naurah. Petang nie citer pasal aku pulak. Well, gigi berlobang yang ditampal simen sementara oleh doctor gg hari tu dah mula menimbulkan masalah. Right after aku kunyah makanan guna belah situ. Bermakna sangkaan doctor ttg gigi tu nampak sudah tak boleh diselamatkan memang benar belaka. Tu pasal dia buat simen lembut dulu tak teros keras macam gigi bahagian atas yg berlobang jugak tuh.

So skrg mmg hazab la rasanya bila sakit tu datang. Tak kira masa dia menyerang. Dah bbrp malam aku tido dgn menelan panadol utk tahan sakit. Gilo ah! Takkan nk tiap malam macam tu. Not good for my health ok! So dalam masa terdekat nie aku plan nk cabot jela gg bermasalah tue. Rongak pon rongaklah. Seb baek geraham so x nampak sgt rongaknya. Hahaha =P

Jerawat bernanah kat muka aku pon dah datang kembali. Giler sampai bernanah tuu. Kat dagu, pipi & dahi bahagian hujung. Tempat feberet jerawat nak bertepek kt muka aku T_T Sampai habi pon dok tegur manjang psl Cik J nih. Malu mak taw! Maybe ade masalah hormon tak seimbang kot. Takpon stress pasal sakit gg ni hah! Macam-macam penyumbang Cik J nih. Selain kulit muka aku tak sesuai lansong kot dgn produk penjagaan kulit tempatan. Sblm nie aku mane pernah try produk tempatan. Start masalah masa aku beli produk tiruan hape ntah ritu kat Giant Nilai. Pastu nk cover ngn Safi Rania Gold pulak. Memule cam ok, lama-lama jadik hampeh. 

Now aku mmg x pakai pape dah. Cuci muka pon guna air gitu aje. Maybe boleh beli produk Ponds balik kot. Dulu aku mmg pakai produk tu. Bertahun-tahun gaklah sebelum pakai Skin Food masa lepas kawen dulu. Tapi sbb skrg rasa dah tak mampu pakai Skin Food, pilih Ponds ajelah balik. At least aku guna 2 produk luar negara nie x pernah lagi mendatangkan masalah. Lantok ler kalo org kata aku ngada-ngada ker show off ker sbb tamo pakai produk tempatan pon. Bila jadik masalah, kulit muka aku yg hodoh. Bukan org lain pon kan? Huhuh...

Ehh..bile terfikir pasal show off kan, aku rasa msti ramai jgk je pembaca blog nie ckp aku suke show off macam-macam kan? Aku kan suke je share macam-macam kisah psl deco rumah la..beli tv beso laa..g holiday oversea laa...mesti ade yg cam nyampoh je bace kan?Kann? Tapi..tapi..aku cume nk ckp..ade aku kesah? Miahaha...Sebabnya tak semua org suka dgn stp apa yg kita tulis dlm blog kite nih. Terpulang la org nk anggap apa. Yang penting, aku tahu diri aku & niat aku. Aku share cerita² yang terkandung dalam perjalanan hidop aku jer. Like it or not, it's their problems. Totally not mine yerp =P

Aku menulis blog nie bukan utk memuaskan hati para pembaca. Tp utk memuaskan hati aku. Kalo nak puaskan hati org lain, boleh jadi talam 2 muka aku nih. Tercalon sudah. Ada orang depan kita mulut manis, tapi belakang kita macam-macam diumpatnya. Alergik sungguh aku org macam nie. Cubalah telus yer bila berkawan-kawan. Ada tak puas hati, cakap jer dgn empunya diri. Macam aku dgn Yun & Na. Ada juga tak sependapat. Tapi lepas tu kami baik-baik saje. Jujur dgn diri masing-masing. Jgn depan dia ko bukan main cakap bersopan santun menjaga hati, tp kat belakang ko jadikan dia bahan gelak diri ko dgn kawan-kawan yang lain. Tak baik gitu! Kesian kawan tue tak tahu dirinya dijadikan bahan gelak & umpatan...

Maybe ada tak bagusnya sikap kawan itu. Ada salahnya di sini & disana. Tapi apa hak anda utk menjadikan dia bahan ketawa & ejekan bersama kawan-kawan yang lain? Bagus sangatkah anda bila berbuat begitu? Betul sangatlah tindakan anda itu? Now siapa yang betul & yang tak betul? Anda atau dia?

Ada sesetengah perkara kite tak suka nak share dgn ramai orang. Ada yang open sket, rasa sokay kongsi dgn kawan-kawan yang dipercayai dlm mode tertutup. Mode terbukak tak pernah lg aku buang tebiat. Hahaha. Intipatinya tiada yang salah sebenarnya. Tapi ada manusia-manusia yang berhati tak bape wangi suka mengadu domba mengapi-ngapi cerita menjadikan perkara yang biasa-biasa saje sbnrnya jadi taboo pulak. Ianya tak sesuai bg diri anda, tidak bermakna benda itu taboo & salah. Tak selesa, u can always go elsewhere. Tiada paksaan utk ikut sama membaca & memberikan buah pendapat. Cuma 1, jgn jadikan org itu sbg topik utk anda bergelak ketawa & mengutuknya. Apatah lagi secara open dimana ramai yang boleh menghidu bau-bau busuk itu...Kalo kawan itu salah, anda 10kali lebih salah drp dia. Tawu? Kalo tak tawu nie aku bagitau....

Ade tak suka blog aku nie? Ok. Get out from here. Silakan....masih ramai lagi pembaca lain yang berkongsi idea & pandangan yang sama dgn aku diluar sana. Kalo takde pon, ade aku kesah? Lagi sekali....hahaha...gaye cam gengster pulak aku nie...kehkehh =P

Aku tak kata aku nie baik sgt. Tapi at least aku telus bila berkawan. Takde ape aku nak sorok tentang diri aku nih. Aku tetap sama di mana saja aku berada. Takde ubah-ubah perangai semata-mata nak menjadikan diri aku disukai ramai macam susu F&N tuh. Love me or hate me! Take it or leave it okeh...aku tak rugi apa-apa pon...mereka pon x rugi jugak kan? win-win situation...

Aku tulis gini, tak semestinya aku betol jugak. Lantak la situ. Aku bg pendapat aku jer. Berani tulis kerana berasa benar. Kalo berasa tak benar, aku tak tulis sini. =P Tak gitu?

p/s: orang yang selalu bermulut manis menulis kepada anda belom tentu hatinya baik seindah kata-kata tulisannya...aku pon kena keep noted about this! tak sangka ada jugak dikalangan kawan aku yg suke makan kawan dia...nah! amek diri aku yg beso bagak ni telan. kenyam sebulan takyah mengata org lain dah...kehkeh =B

entry pasal ape aku nk tulis sbnrnya nih? hahahha =P this is so like me.....merapu meraban No. 1...





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat