Sunnah Nabi

Aku kan. Masa kat rumah selalu muncul idea nak tulis tentang apa dalam blog. Cam tetibe datang idea gitu kan? Tapi kalo dah kat opis. Rasa nak update blog. Idea terus yillek. Dok fikir nak bebel pasal ape ek? Geram betol dibuatnya. Grrrr =.=

Lately aku suke bebenor tengok tv Al Hijrah channel 114 tuh. Selalunya lepas tgk sinetron Para Pencari Tuhan pukul 6ptg tuh, sambung jer terus tgk situ azan maghrib. Pas azan maghrib tu ada rancangan ape ntah. Sorang lelaki arab nie dia dok membincangkan pasal sunnah-sunnah dari Rasulullah SAW. Lagu background belakang dia lagu Sami Yusuf Ya Muallim. Lelaki tu bila bercakap sentiasa tersenyum. Sejuk mata memandangnya =)

Sunnah yang diperbincangkan semalam tentang akhlak Rasulullah apb dengan kanak-kanak. Memang terasa sungguh la bila lelaki tu dok cakap Rasulullah sangat lembut bila melayan kanak-kanak. Tak pernah meninggi suara & selalu usap & kucup kepala kanak-kanak. Aku pon teringat la pe'el aku yg kadang-kadang tak dapat nak kawal marah dok menjerit kat Naurah sampai budak tu terkejut menangis. Rasa bersalah sebab tak bersabar lagi T_T Eventho sgt jarang aku jerit kat Naurah, tapi bila budak tu menangis mmg rasa bersalah sgt lah. Dia kan budak-budak. Tak faham lagi dgn arahan kita. Hurm...

Aku selalu hilang sabar bila time budak tu makan dia suka baling makanan sana sini. Nasi kat tangan habis dikirai berterabur atas karpet. Letih la weh. Sangat letih nak sapu banyak-banyak kali. Suke sgt campak baling barang apa pon. Rumah sepah cam tongkang pecah. Serabot otak nengoknya. Mmg bikin hati panas saja weh.

Apa pun aku berazam utk jd ibu yang lebih cool lepas nie. Malu pulak bila teringat akhlak Rasulullah bila melayan budak-budak.

Banyak rupanya perkara yang kita buat tak diketahui bahawasanya ia adalah sunnah dr Rasulullah SAW. Contohnya membuat sst perkara dgn tangan kanan. Rasulullah memang suka memulakan sst dgn bahagian kanan anggotanya. Cth masuk masjid kaki kanan & makan tgn kanan. Stp sunnah nabi yang kita ikut dapat pahala yang banyak kan?

Ada dalam ayat al Quran menyatakan Allah mengasihi Rasulullah SAW. Barangsiapa yang mengikuti sunnah Nabi SAW, Allah juga akan mengasihi orang itu juga. Nak dapat kasih sayang Allah caranya adalah dgn mengikuti sunnah kekasih-Nya.

Semalam ada sunnah Nabi tentang cara mandi wajib. Senang aje rupanya kalo nak ikot. Meh aku share ngn korang yerp!

1. Basuh kedua-dua belah tangan
2. Basuh kemaluan depan & belakang membersihkan segala kekotoran/najis yang ada
3. Ambil wudhu dgn niat mengangkat hadas besar
4. Mandi bahagian kanan dahulu depan & belakang.
5. Pastu baru bahagian kiri depan & belakang

Bila mandi wajib kena super cautious bab tempat-tempat yang susah nak kena air. So kalo mandi dgn shower, digalakkan kita mencangkung utk sampaikan bahagian-bahagian yang mungkin air susah nak sampai. Jirus dari atas kepala dalam keadaan mencangkung. Jangan ambil ringan bab mandi wajib nie yerp. Huhuh =P

Ok. Lelaki itu namanya Mohammed Alsaggaf. Sunnah-sunnah tu diambil dr website fattabiouni.com =)

Popular Posts