Tentang Nama NZ

Dalam kereta on the way ke office ni tadi, tetibe aku teringat 1 perkara berkaitan dgn nama Naurah. Aku pilih nama Naurah tu sebab ianya simple tapi jarang digunakan. Selain tu aku berharap bile letak nama pendek iaitu 2 suku perkataan sahaja, nama tu akan disebut penuh. Maka kenalah dengan maknanya iaitu bunga.

For me, habi & most of our closest family, memang panggil dia dgn nama Naurah. Cuma aku kekadang suke tambah Naurah Anie gitu panggilnya. Lebih-lebih lagi kalo nak marah dia. Kehkeh.

Abang aku lagi laa..perkenalkan panggilan nama Oyah pd Naurah =.= Nyampoh aku taw! Dah adik aku si Anje tu ngikot panggil & merebak ke nursery sekali pd pengasuh-pengasuh semua. Sabo ajelah. Kurang dah org panggil dia 'bunga'. Patotlah perangai tak macam nak 'bunga' sangat sejak akhir-akhir nie. Dah macam si Joyah asek pot pet pot pet ntah hape-hape. Sedih Ibu taw! Huuu....

Anyway aku nak cerita 1 hal yang agak cliche jugak berkenaan dgn nama belakang Naurah which is Zayanie. Sebelum aku berkecimpung dalam arena blogging, aku banyak menghabiskan masa kat virtual friend. Which is si Ira Mama Mica kenal aku kat sana. Cumanya dia takdelah menegur aku ke hape masa sama-sama lepak sane. It just that memandangkan nama nick aku yg agak unik iaitu 'teppei', dgn komen-komen yang bernas, maka aku femes jugak kot aku disana suatu masa dahulu. Perasan haha. Ehh, kenal ngn Ann Ilias pon dr sana taw! =B Apatah lagi bila dapat geng yg bernas & pedas spt brO wan shah & ichi-kun. Deme 2 nie sampai skrg masih keep in touch dgn aku. Suker =)

Masa kacik sama deme dua nie, banyak jugaklah sessi menom teh tarik sampai 1-2 pagi @ the mamaks. Bersembang tentang dunia laman social di virtual friends dgn topik yang hot di diskusikan di sana dan tentang dunia gangsterism dimana brO wan adalah salah seorang 'abang lOng' yang dihormati di kawasan sekitar serdang. Power tak power la kan aku dulu kacik habis dgn abang lOng. Hakhakhak. Tgh duduk menom-menom pon ada saje yang datang memberi salam hormat pd abang lOng. Hebat!

Aku & ichi-kun @ Faisal takde kena mengena pon dgn dunia gangster nih. Tapi Faisal nie being a man memanglah banyak pengetahuan tentang dunia macam tu. Cumanya dia tak terjebak. Dia baik aje macam aku. Ekekek. Aku ingat lagi masa kawen kat belah Semenyih on 2009, deme 2 nie datang ke majlis kami. Kat situlah aku perkenalkan habi pd deme 2 geng kacik isterinya zaman single mingle. Senang sebab sampai skrg kalo apa-apa hal tentang deme 2, habi takdelah nak syak apa-apa. Maklom ler deme 2 nie lelaki. Lelaki yg boleh dipercayai. Deme anggap aku ni dah macam adik bOngsu dlm trio dah. Byk bg aku nasihat dr sudut pandangan seorang lelaki & hal-hal berkaitan agama. Bukan asek cerita tak tentu hala aje ok! =)

Sebenarnya brO wan yang ada kaitan dgn nama Zayanie tuh. Masa awal-awal perkenalan, since semua guna nama nick, maka nama sebenar amatlah jarang digunapakai. Jumpe pon guna nama nick panggil diri masing-masing. Aku panggil brO wan, brO saje. Ichi-kun, aku panggil Ichi. Aku, deme panggil Pei. Hakhakhak. Lawak pulak rasa. Tp mmg smpi skrg masih guna nama panggilan nie atr kami. Tak tipu. Hehe.

So ada 1 hari tue, brO sms aku pastu tulis nama Yanie. Aku macam what the....brO nie salah bg sms ke aku ke nih? Aku balas la gelak-gelak ckp ngn dia brO salah hntr sms nih. Dia balas balik kata, ehh..betol la nie Yanie@Pei kan? Aku dah nak guling-guling tak tahan nk gelak. Bila masa pulak nama aku jd Yanie? brO kata mati-mati dia ingat nama aku Yanie. Ntah dari mane dia dapat nama tu ntah. So aku pon betulkan la ckp nama aku Sharena. So dia pon keep noted & kata better pakai nama Pei jelah. Senang ingat. Haha. 

Entah kenapa masa aku tensi nak carik nama yang sesuai diletakkan di belakang nama Naurah, akhirnya aku beli buku nama-nama indah kat MPH. Kecil je bukunya. Tapi nama-nama kat dalam tu macam unik & jarang didengar sikit. So beli jelah dgn rege RM5 je tak silap aku. Banyak jugaklah aku matching-matching kan nama Naurah tu dgn nama-nama yang sedap didengar & agak kena dgn maksud bunga tuh. Akhirnya masa on the way ke post office di Bangi utk bayar bil api after habis check up di An Nur, aku came up with the name Zayanie yang bermaksud Yang Cantik. Bila disambungkan, jadilah maksud namanya Bunga Yang Cantik. Akhirnya aku & habi dapat kesepakatan utk meletakkan nama Naurah Zayanie utk anak sulung perempuan kami.

Cliche kat sini ialah tak sangka nama Yanie yang brO salah anggap nama aku dulu menjadi sebahagian drp nama anak aku. Itulah namanya takdir. Hehehe. Btw, aku dah kunci nama if anak 2nd nanti perempuan jg, dgn huruf pangkal yang sama spt Naurah iaitu NZ. Pastu bila carik nama utk anak lelaki, akhirnya berkenan dgn nama yang pangkalnya jd NZ jugak nanti. Ingatkan nak tukar pangkal if anak lelaki, tp dah dpt nama yang berkenan, belasah ajelah nanti. Heheh.

Nape NZ yerp? Err....aku pon takde jwpn kenapa guna NZ. Rasanya kebetulan aje kot nama yang pangkalnya bermula dgn 2 huruf tu mempunyai nama-nama yang bermaksud baik & berkenan di hati ambo. Pastu aku berangan nak pergi New Zealand 1 hari nanti main salji. Hahaha. Ape kena mengena ntah =P




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat