Bertudung Tetapi Hati Jahat?


Ok. Hutang gambar dah langsai. Now masa utk menceceh yerp =P Ape nak di cecehkan pon tak tahulah. Ok idea dah datang. Tinggg cam mentol lampu tetibe bernyala. Hehe.

Malam tadi lepas mandi sempat golek-golek kejap atas katil. Capai majalah Solusi & aku tertarik dgn tajuk artikel yang bertulis ' Perempuan Bertudung Tetapi Hati Jahat?'. Aku rasa korang pon pernah dengar ayat macam nie. Ppn bertudung tak semuanya baik. Tapi ramai ppn tak bertudung yang baik-baik. Which one is better? Bertudung tp akhlak tak bape molek or Tak bertudung tp akhlaknya baik. Bincangkan. Ecehh..macam soalan dalam exam pulak. Kertas 2 bahasa melayu =P

Aku suka dengan kupasan si penulis artikel. Dalam artikel tu macam si penulis berbahas dgn seorang pemuda tentang issue di atas. Si pemuda menyokong ppn baik ttp tidak bertudung while si penulis mempertahankan ppn bertudung. Si penulis pandai menjawab sehingga akhirnya si pemuda beralah & akur dgn kelebihan ppn bertudung. I like. Hehe.

Ppn baik tetapi tidak bertudung Insyallah lambat laun akan mendapat hidayah dr Allah. Kerana hatinya sudah baik. Cth dipetik dr kisah ppn Yahudi yang pernah memberikan air kpd seekor anjing yang kehausan. Kerana hatinya baik, akhirnya Allah bukakan hatinya utk memeluk Islam. Boleh diapply pd kisah ppn tak bertudung tp hatinya baik. Bila dapat pula hidayah utk mengenakan hijab, alangkah sempurnanya dia. Suddenly teringat kpd Hannah Johary =)

Ppn yang bertudung tetapi hatinya tidak baik pun begitu jua. Penahkah anda lihat seorang ppn yang 1 ketika dahulu bertudung labuh but 5 years later, anda berjumpanya dia sudah tidak memakai tudung & berbaju ketat. Mungkin krn hatinya mmg tidak baik dr dahulu atau niatnya memakai tudung tidak ikhlas, wallahualam. Akhirnya dgn peredaran masa, auratnya pon terbuka sesuai dgn keburukan akhlaknya. Aku ada bbrp kawan yang jadi macam nie. Now I know y they've became like that...Allahu Akbar..wallahualam

Apa-apa pun, ppn yang bertudung walaupun akhlaknya kurang baik, dia tetap telah berjaya mematuhi perintah Allah SWT. Hubungan manusia yang paling penting sekali tentulah dgn Pencipta kita kan? Cumanya di zaman skrg nie ramai ppn yang bertudung tetapi kurang sempurna. Termasuklah aku kot. Wuwuwu T_T Maybe hati nie masih banyak pincangnya. Tu pasal jadi gitu. Keindahan luaran sekiranya dapat diiringi dgn keindahan dalaman...vice versa...ohh alangkah indahnya....

Cita-cita tu ada. Aku tahu apa-apa pon kena perbaiki solat 5 waktu dulu. Itulah kunci utamanya. Tapi itulah...benda yang baik memang susah nak dibuat...ada saja halangannya...alasan ke ape neh? T_T



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat