Keladi Purple Buat Derhaka

Well....sudahnya malam tadi tak pegi pong jumpe mak & abah semua. Sebab rasanya lebih penting for we to shop some groceries yang dah banyak kehabisan tuh. Stok telur 1 papan semua dah yillek. Mane bleh jadik. Sudah la telur makanan menu diet utama aku. Cepat & pantas. Senang nak dibuat breakfast pagi-pagi samada rebus 1/2 boil or making it scrambled. Mengenyangkan pon iyer. Potong-potong salad, cincang-cincang tomato, letak sesudu mayonaise Kraft, a little bit of black pepper & wallahh. Siap utk dimakan =) Menu mkn yang sihat bukan susah sgt nak buat. Tinggal nak dgn taknak aje. Hehe.

Almost 2 weeks dah aku tak makan nasi dgn rasminya. Elok aje rasa. Perut pon tak pernah rasa lapo kecuali kalo puasa sunat. Itu pon sebab malas nak bangun sahur. Pentingkan tido lagi. So, rasakan! Tapi bila makan lengkap breakfast, lunch & dinner nih, eventho without nasi, mee or yg seangkatan dgnnya, alhamdulillah perut rasa full aje. Tak perlu nk skip meals. Malah ianya sbg salah 1 syarat utk diet sihat yang Insyallah berjaya. Cuma yg selalu jadi masalah buat aku ialah water consuming. Aku memang jarang haus. Membuatkan aku jarang minum air. Air kat sini adlh air masak/kosong yerp.

To consume at least 3 litres of water per day is quite hard for me. Rasa macam nak termuntah kkdg tu kalo minum air banyak-banyak nih. Kembung aje perut nie rasanya. Hihi. So, salah 1 sebab kenapa aku makin rajin berpuasa sunat, pon sbb ini jugak. Bila puasa, takyah kena menom air. Sanggup aku menahan lapar & dahaga drp menom air banyak-banyak. Poyo kan? =P But that is me...

So pd hari-hari tak berpuasa spt hari ini, aku akan sedaya upaya menghabiskan 3 kali botol air yg stp 1 isiannya adalah 1 liter. Senang nak measure. Sebelum balik, pastikan isian yang ke-3 dah kering kontang. Bermakna dah mematuhi syarat diet yerp. Hehe.

Tapi aku nie suka sangat derhaka makan benda-benda yang tak mendapat green lite dlm diet. Tu pasal aku rasa diet aku tak berapa smooth. Kan hari tu aku update pasal dah turun sekilo setengah kan? Isnin baru nie aku timbang dah naik balik kg yg turun tuh. Memang rasa hampa & cam nk give up aje. Seb baek ade habi bg sokongan. Dia kata tak kisah sgt la kg tu. Yang penting pd mata dia, ada nampak susut sket badan aku neh. Habi memang pandai amek hati aku. So sweet. ^_^ Dia tau orang jenis aku nie memang kena psiko selalu. Kalo tak memang hangat-hangat taik itik jelah jadinya....hahahha =B

Menu breakfast aku hari nie 2 half boiled eggs, tauhu goreng 2 ketul, half tomato di diced & mayo. For lunch, telur dadar with all kind of vegetables inside & half tomato sliced & mayo. Tapi kan...ada rahsia sbnrnya. Ada 1 lagi tupperware biru berisi keledek purple yang direbus. Ini makanan derhaka namanya. Bwahahaha. 

Malam tadi masa shopping tuh nampak ade keledek purple neh. Memang tabley tahan. Feberet aku nih! Bukan senang nak dapat. Selalunya yg byk isinya warna oren or kuning. Purple sgt jarang dijumpai. So beli jugaklah rebus sama-sama dgn telur pagi td. Masih berkira-kira nak makan or nak bagi Kak Niza aje. Hehehehe....

*ehsan google





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat