Mak Gajoh In The Surau


Pompuan takde keje ginilah gayanya. Hehehe. Nie kat dalam Surau opis sebenarnya. Aku kan selalu solat Zohor masa lunch hour. Usually memang takde sape pong nak solat time tu sebab g kuar lunch or membuta kat opis jerp. Aku tak kira la tgh lunch hour ke tidak ker, bila perasan dah masok waktu solat, cecepat jelah g solat. Kat opis nie jelah senang nak solat awal waktu. Kalo kat rumah selalu benar terlajak masa. Lain situasinya. Paham-paham sendiri la yerp. Alasan ke ape nih? Huhu...

So dah siap solat, boring-boring, snap sekeping dua gambo sendirik. Nak tengok betapa 'gajohnya' badan aku realitinya. Perot tu berlipat-lipat ke baju jer? Wallahualam. Tp nampak buruk aje weh. Insap la jadinya. So diet ajelah sampai sudah yerp? Harapnya dapatlah turun bbrp kg sebelum aku kembali membuncitkan perot semula utk baby 2013 nanti. Insyallah =)

Habi cam nekad jugak nak tambah anak eventho tahap kewangan masih di tahap yg sama. Akhirnya dia mengerti. Kalo asyik nak tunggu ekonomi keluarga bertambah stabil, jawabnya sampai sudah la tak menambah anak. Umur makin meningkat. Jangan sampai menyesal pulak nanti! Aku tak risau sgt tentang kewangan sbb percaya pd rezeki Allah. Aku cuma selalu risau pasal gap yang terlalu dekat ( tak sampai 2 tahun) atr anak-anak & kemampuan aku utk memberi layanan & didikan yg sama adil utk stp anak. Itu lebih merunsingkan.

But being a father, ketua keluarga, aku faham dgn corak pemikiran habi. So tidak la salahkan dia secara membabi buta. Apa-apa keputusan, mesti kena ada persetujuan kedua belah pihak. Selagi masih blm saling memahami, better hold dulu. Taknak ada masalah di kemudian hari. Thats all =) Tapi sebaik persetujuan sudah dapat di capai, sudah boleh lah berangankan yg indah-indah utk next baby. Laki ke perempuan ek? To be honest, aku nak anak lelaki pulak. Nak rasa challenge baru. Tp kalo ppn lagi, aku pon takde masalah nk terima. Nama pon dah ada siap-siap. NZ jugak cam kakaknya. Hehe.

Berangan memang best sbb free & takde sape boleh marah =P

Ko nak adik lelaki ke ppn Naurah?


Popular Posts