Sunnah Nabi #2 - Jihad Ibu Hamil


Ok. Sekarang habi pon dah suka tengok klip sunnah Rasulullah SAW Mohamed Alsagoff from fattabiouni.com kat TV AlHijrah after azan Maghrib tuh. Byk ilmu dapat oh tengok slot tue. Semalam pon syok sebab menerangkan tentang sunnah Nabi SAW tentang ibu yang mengandung.

Kisahnya macam nie yerp. Ada sorang perempuan yang merupakan pengasuh anak Rasulullah SAW iaitu Ibrahim (meninggal dunia semasa kecil) bertanya kepada Nabi tentang jihad bagi orang perempuan. Kalo lelaki dituntut berperang menegakkan agama Islam. Tapi perempuan? Apa jihadnya?

So Nabi SAW pon jawab bahawa jihad bg orang perempuan ialah sewaktu dia hamil, sewaktu menyusukan anak & juga membesarkan anak. Ada orang kata 40 hari selepas ibu bersalin sekiranya meninggal dunia dikira sebagai mati syahid. Wallahualam.

So aku ingat nak lebih bertabah sekiranya hamil utk kali keduanya nanti. Ingat yang diri tu sedang berjihad. Banyakkan bersabar dan sebagainya. Digalakkan juga wanita hamil memperbanyakkan zikir & selalu membaca Al Quran. Supaya anak yang di dalam kandungan sentiasa suci & terpelihara dgn ayat-ayat Allah. Semoga anak yg lahir nanti terdidik dgn akhlak yang baik. Insyallah.

Masa pregnant kan Naurah dulu, aku usaha jugalah banyakkan membaca Al Quran & membaca buku-buku agama yang bagus-bagus. Melihat Naurah skrg, aku rasa puas hati jugaklah sebab nampak perkembangan fizikal & mental dia memang agak cepat jugalah. Ini melihat dr komen-komen kakak & abang aku yg lebih berpengalaman, juga parents & kawan-kawan ibu seangkatan yang lain.

Skrg Naurah dah boleh diajak berbual. Memang rasa macam dah big gurl sangat-sangat. Asyik bertanya itu ini pd aku sampai aku dah takde jawapan nak bagi ke dia. Semua benda dia nak tau ape. Malam tadi masa aku tgh mengaji, dia mintak nak duduk kat pangkuan aku. So aku biarkan jelah dgn syarat dia tak kaco nak selak-selak muka suratnya. 

Aku pon baca Bismillahirramanirrahim. Tetibe budak tu pon mengikut dgn pelat-pelat dia tuelah. Aku pon dapat idea try ajar dia alif ba ta lah. Tengok dia ikot tak? 2 kali Naurah ikot aku ulang baca alif ba ta sampai habis. Most of the huruf dia dapat sebut dgn baik juga. Alhamdulillah. Mungkin lidahnya tidak keras kerana selalu mendengar ayat suci Al Quran dilagukan semasa dlm kandungan. Otaknya juga cepat tangkap berkat dr ayat-ayat Allah. Itulah yang aku fikirkan.

Aku bercerita bukan nak tunjuk lagak pasal anak aku nie bijak ke hape. Tapi aku nak ajak para ibu kat luar sana sama-sama berusaha mendidik anak dgn kaedah yang di ajar oleh Rasulullah SAW. Dgn harapan anak-anak kita semua terdidik akhlaknya dgn akhlak Al Quran. Dgn harapan bila diorang dah besar nanti hati & fikiran kita sbg ibu bapa tak runsing memikirkan hal ehwal anak di luar sana. Mereka pandai menjaga diri krn mempraktiskan ilmu agama di dadanya. 

Inilah yang aku selalu fikirkan dari dulu lagi sejak mengetahui akan menjadi seorang ibu. Besar amanah yang di berikan oleh Allah kepada aku. Aku bertggjwb membentuk peribadi & akhlak seorang manusia. Tidakkah itu sangat merunsingkan? Lebih-lebih lagi apb melihat akhlak muda mudi di zaman ini lagi. Di zaman anak kita kelak nanti bagaimanakah?

Aku dah berusaha. Sejak anak dr kandungan sampailah ke saat hampir menginjak 2 tahun ini. Aku berharap pulangannya lumayan. Memiliki anak-anak yang soleh & solehah adalah jauh lebih berharga drp segala apa. Doa-doa dari mereka sajalah bekal aku di dalam kubur 1 hari nanti selain ilmu yang diajar & diamalkan orang & sedekah amal jariah sewaktu hidup dulu. Wallahualam.




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Umrah 2022 - Ujian Sebelum