Kuasa Ibu Bapa

Tadi pagi sampai agak awal la from usual time kat opis. Tetibe Kak Salina cam ajak bersembang. Dia menyuarakan kegusaran dia tentang anak-anaknya yang sedang meniti usia remaja. Aku rasa semua orang pon paham bila kita dalam umur 13 to 17 tu memanglah selalu nak rebel dengan mak bapak. Cakap mak bapak taknak heran lansong. Kawan-kawan lebih diutamakan.

Semua yg mak bapak tegur tak boleh nak terima. Rasa macam deme nak mengongkong kebebasan kita. Semua idea kawan-kawan adalah cool & best & seronok. Enjoyyyy!! Itulah dunia remaja. Tawu nak enjoy aje. Tawu nak happy-happy aje dgn kawan-kawan. Nak mengekspresikan diri la kunun-kununnya. Puii!

Well, aku bukan cakap pasal remaja zaman skrg aje. Zaman aku dulu pon, aku gitu jugak. Dah pernah rasa beb zaman kegemilangan tue. Gemilang ntah malang. Hahah. Semua umat manusia akan melalui zaman remaja neh. Cuma kuat tak kuat iman didada & didikan yang betul dr ibu bapalah saja penyelamatnya. Bukan senang beb nak tangani krisis zaman remaja ni. Aku nie yang tak senakal mana pon masa di usia begitu tetap rasa susah nak control diri pd masa tu. Pada zaman 90-an dulu lah. Apetah lagi di zaman milenia ini ye dop? Dugaan semakin besar. Kejahatan semakin advanced. Teknologi maju semakin byk di salah gunakan. 

Hidup kat dunia memang banyak ujiannya. Dalam al-Quran Allah sebut, akan ada umat kamu (merujuk kpd Nabi SAW) yang berjaya di dunia & akhirat, tetapi amatlah sedikit bilangannya.

Ohh my. Moga kita termasuk dalam bilangan yang sedikit itu. InsyaAllah amin.

Bukan mudah yer memikul tggjwb sebagai ibu bapa. Anak tak molek sok, tetap kita terkena tempiasnya. Apa yang kita dah buat sampai mereka jd tak molek? Bagaimana cara didikan kita? Banyak yang akan Allah persoal pd kita dah di akhirat kelak. Jgn tawu happy aje ada anak sbb boleh diajak main, buat teman bagai. Tapi lansong tak terfikir betapa beratnya beban yang kita galas utk menjadikan dia manusia yang InsyaAllah akan berjaya di dunia juga di akhirat. 

Frankly writing, gasak la kalo korang nak kata aku nie over thinking ke ape. Tapi aku sejak Naurah dlm kandungan lagi dah fikir macam-macam tentang masa depan dia. Hati aku pernah berkata, alangkah malangnya kau anak kerana di lahirkan di dunia yang sangat mencabar & kejam ini. Kerana aku jg merasa aku malang krn dilahirkan sbg manusia kat dunia nie. Dunia sangat susah. Sgt hebat dugaannya. Sgt mudah utk menggelincirkan kita ke neraka di akhirat nanti. Bukankah itu dinamakan malang?

Saidina Abu Bakar As Siddique sendiri pernah mengeluh mengenai malang dilahirkan sbg manusia. Ketika beliau berhenti berehat di sebatang pokok utk melepaskan lelah, beliau ternampak burung-burung yang bebas berkicauan dgn riang. Maka beliau pon berkata ' alangkah baiknnya sekiranya Allah jadikan aku seekor burung. alangkah malangnya krn aku dilahirkan sbg seorang manusia yang stp perlakuan kita akan dihitung di akhirat kelak'. Lebih kurang beginilah kisahnya. Aku petik dari salah sebuah buku karang Dr. Aidh Abdullah Qarni yg pernah dibaca sebelum ini.

"Malang" yang aku maksudkan bukanlah bermakna aku tak bersyukur kpd Allah diatas kejadian-Nya dimana manusia nie kan sebaik-baik ciptaan-Nya ye dop? Susah aku nak explain kat sini. Tapi aku hrp cth cerita dr kisah Saidina Abu Bakar tu memberikan korang sedikit sebanyak gambaran yang aku maksudkan dari perkataan tu. InsyaAllah.

So eventho aku rasa kelahiran aku kt dunia nie as 'malang'. Tidak pula aku menangisi hidup ini. Tidak lah pulak aku nak mensia-siakan peluang menjadi seorang manusia yang bahagia di dunia & InsyaAllah di akhirat  esok kelak. Sgt susah yer nak melupakan kenikmatan duniawi utk mencapai kenikmatan ukhrawi. Dunia adalah sangat menggoda. Ingat senang nak jadik zuhud bila kat sekeliling kita dipenuhi dgn manusia yang ada serba serbi? Bukan mudah. Bukan mudah. Lebih-lebih lagi yang melibatkan wang ringgit. Sangat mudah manusia tergoda. Termasuk jugak aku. So sad kan? T_T

Aku perhatikan dewasa ini begitu ramai ibu bapa yang berkemampuan dr segi wang ringgit. Sehingga mampu utk membelikan anak-anak ipad sorang seketul. Honestly said, aku nak beli utk diri aku pon tak mampu. Sebab banyak benda lain yg perlu aku berikan keutamaan. Tapi ramai saja aku lihat yg mampu. Bab nie siryes aku tak jeles. Sebab aku nie agak konservatif sket orangnya. Hidup je di zaman serba teknologi. Tapi aku masih menjadikan didikan asas dr mak abah kpd kami adik beradik pd zaman dulu. Gasak la orang kata ketinggalan zaman pong. Yang pastinya aku berusaha utk mendidik anak-anak aku nanti menjadi manusia yg cemerlang di dunia & akhirat.

Tak ade ipad pon Naurah tetap happy kan? Ibu Ayah bwk g taman guling-guling lagi best kan? Aku takot sbnrnya memperkenalkn anak-anak aku dgn teknologi nie dlm usia yg terlalu awal. Aku ngeri tengok budak-budak yang ketagih game, internet & sebagainya. Siryes, pd aku kat sini mak bapak mainkan peranan yg sangat penting. Rosaknya anak di masa depan nnti tak sikit, banyaknya mmg berpunca drp kita jugak. Sikit sikit rasa kesian kt anak. Anak org lain ade, kesian anak aku tak ada. Pdhal anak tu tak kisah pon ada ke tak ada benda tu. Tp kita yang pupuk sikap meminta-minta kpd anak berpunca dr sikap kita yg kununnya rasa kasihan pd anak.

Ikot otak aku, nk bagi Naurah selalu jumpa laptop pon aku ngeri. Siryes! Adakah apa yg aku buat ni salah? Adakah nanti Naurah akan dilabel sbg budak yang ketinggalan dlm pelajarannya di masa depan nanti? Kalo kita jadikan laptop sbg salah 1 cara pembelajaran, sokay kot. Tp game? Jgn sekali-kali perkenalkan. Hohoho. Tidak. Bukan tak boleh perkenalkan sbrg teknologi. Tapi kena control lah. Cam aku nie jenis cam tak sampai hati kot. Lagi kalo anak dah merengek bagai. So amek jalan mudah, takyah biasakan. Jumpa sebulan sekali dah cukop baik kot. Hehe.

Entah lah wey. Banyak sbnrnya keputusan yg berkaitan anak nie sbnrnya merunsingkan. Maybe kita rasa benda tu kecik jer, shud be ok lah! Its not okay actually. Akan ada kesannya pd anak di masa depan nanti. Kita tak nampak skrg, tak bermakna semua yg kita dah terap pd anak tu betol. Cam kes kakak opis aku tadi, anak kawan dia dduk hostel tp bila balik rumah kunci pintu asyik dengan laptop. Pulak siap ada access internet. Seharian tak bersua muka. Makan minum dah tak dihirau. Ketuk pintu tak mau bukak. Acane gtu?

Pilihan ada di tgn kita sbg ibu bapa. Kalo nak ada pc kat rumah, fine boleh. Tapi jgn bg access internet dlm bilik. Letak kat tempat yang kita selalu lalu lalang. Pantau. Jeling sikit skrin tu ape yg anak tengah browse. Aku menulis mcm la ada pengalaman. Bukan aku nk tunjuk pandai. Tapi ini hasil dr perbincangan dgn opismate tadi. Berkongsi pandangan bgmn nk jd ibu bapa yang ideal utk memastikan anak cemerlang di dunia juga di akhirat. InsyaAllah...moga Allah permudah...

Parenting is a never ending journey.....we always learn new things about being a good parents....its very challenging isnt it?


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Umrah 2022 - Ujian Sebelum