Marhaba & Prof. Muhd Kamil


Alhamdulillah. Baru saja selesai santapan tengahari. Zorubian Chicken from Marhaba. RM10 only. Kepada penggemar makanan Arab, sila datang ke sana. Skrg Marhaba beroperasi di Cyberia Smart Homes. Dengar ceritanya lah. Sebab aku pon tak pernah pergi. Tadi kirim kat opismate aje yang offer mahu tapaukan. Hehe. Memang berbeza dgn harga di Saba' CBD Perdana yang jauh lebih mahal. Di Marhaba, hidangannya sedap & much more cheaper. Utk org yang bijak laksana, kompem la pilih Marhaba ye dak? ^_^

Selalu juga mendengar rungutan tentang kualiti makanan di Saba' yang tidak sehebat dulu. Tidak sesedap dulu. But still, aku dengar every luch hour penuh sesajo manusia kat sane. Tepuk dada tanya selera. Marhaba dalam proses nak berpindah ke salah 1 kedai di bawah management department aku di Street Mall, Cyberjaya. Mengambil alih lokasi kedai yang dahulunya di sewa D'Arif Cafe. Berharap sangat dengan kemasukan Marhaba nanti, Street Mall akan menjadi lokasi pilihan utk makan di Cyberjaya semula.

Bila dah pekena nasi Zorubian nie tadi, memang rasa happy sgt kalo ada restoran Arab yang bg harga murah & sedap kat Street Mall sana. Senang nak pesan kat Azman suruh tapaukan aje nanti kalo ke sana. Hahaha. So kepada penggemar makanan Arab, silalah ke Marhaba yerp! Rasa dulu baru tawu. Buat masa skrg nie Mahabba dlm proses pengubahsuaian lagi di Street Mall. So bisnes deme masih beroperasi di Cyberia Smart Homes berdekatan dgn MMU, Cyberjaya. Harap maklom =)

Jumpe blog Prof. Muhd Kamil. Tak tahu cerita yang dia sekeluarga dah berpindah & duduk di Madinah. Err..Madinah ke Mekah. Antara 2 itulah. Huhuh. Dia masih kerja kat U jadi lecturer. Ceh, gaya tulis cam prof. tu kawan aku jer. Padahal aku cuma suka dgn kisah hidup dia. Buku dia Travelog Haji pernah aku ceritakan di dalam blog ini dulu. Aku kagum dgn orang yang biasa-biasa saja pd mulanya tp atas 1 kejadian yang berlaku padanya, dpt menjadikan dia orang yang tidak biasa-biasa lagi. Kemudiannya istiqomah dalam mencari redha Allah.

Ada orang dah pernah dpt hidayah. Kemudian tak istiqomah. Jadi manusia biasa kembali. What a waste....tsk tsk.....hurmmm...

p/s: mak baru je called ckp tak jadik dtg rumah. ntah pape lah mak aku tu semua...macam-macam hal. dlm kuciwa ada rasa lega juga. proceed plan seperti biasa ajelah ^_^



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat