Naurah & Diet

Takto nak update ape pulak hari nie. Takkan nk citer pasal Naurah lagi kan? Nak citer la sikit. Hehe. Naurah skrg suka sangat tgk iklan Dumex ke Dutch Lady ke hape ntah tu. Iklan susu kanak-kanak la. Yang budak tu ada cakap ' Sayang Mama'. So Naurah pon suke la ikot lepas bdk tu ckp, dia pon ckp ' Sayang Mama' jugak. Ko ada Mama ker Naurah? Hohoho...

Bila dengar dia cakap cenggitu, aku pon ckp ngn dia 'sayang Mama jer? abes Ibu????'. Dia pon cakap lagi ' Sayang Mama Ibu '. Wuwuwuw. Teros kiss pipi dia bertubi-tubi. Aku rasa dia paham yang Mama tu = Ibu. Naluri nak meniru iklan kuat, so gabung sekali dgn naluri sebagai seorang anak yg bijak. Maka jadiklah ' Sayang Mama Ibu '. So sweet kan my daughter? ^_^

Ok nak sambung update sikit pasal diet Atkins tak jadi aku tu. Ehh..aku masih on diet. Cuma tak berapa nak Atkins. Hehehe. Nasi tu makan bila pd waktu-waktu tertentu aje. Contoh ada org belanja makan, kat rumah in law or kenduri kendara. Itu pon limit portion to 1 senduk only. Lauk jer yang menimbun. Yang penting kenyang. Huhu. But most of the days, masih membuat menu Atkins macam hari ni. Breakfast sup telur with tauhu & broccoli. Yummeh. Sedap & kenyang. Lunch pulak Ikan Tongkol Sambal 2 kpg (dinner buka puasa malam td) + pecah telur 1 biji. Settled.

Syok rasa hari nie pakai kurung pink rasa best. Takde rasa lemak bonjol-bonjol, ketat kat perot & sebagainya. Maybe kg tak turun mana, tp yang penting pd aku ' I feel good'. Keyakinan itu sudah kembali sikit demi sikit. No more rasa berat badan nk solat. Itu yang paling penting sekali =) I know there is so much kg's to lose lagi. Takpe. Do it slowly. No tekanan. Kata nak preggy tengah akhir tahun depan. Ada around 4 months lagi utk sampai ke masa itu. Insyallah dapat turun lagi neh. Positive thinking. Kemon bebeh! =P

Kena pakai lg baju nie sbb tema purple. Nie je baju kurung ada kaler purple sikit. Hehe. Yeah, I know pipi masih tembam, badan masih gebu gebos. Salah teknik pakai tudung neh. Haha. Alasan betol. But I feel good actually. Nothing else matter =P Rambut Naurah makin coklat meh??? Ikot kaler rambot aku....lalalala~ ^_^


Popular Posts