Dilemma Wanita Bekerjaya

Aku dalam dilemma. Ehh..sebenarnya future dilemma kot. Belom jadik lagi. Tapi dah nak kena fikir sekarang. Boleh gitu? Hehehe =P

Camnie lah. Aku kan dah keje sini 6 tahun ++. Lama gak dah. Keje poyo-poyo aje. Senang. Tak runsing banyak melainkan kalo kena jerkah dengan bos yang hampeh tu. Hahaha. Overall, friends here is great. The environment pon best. Satu-satunya masalah cuma bos yang tak best. Itu aje. Dari segi gaji, setakat nie mencukupi. Takdelah rasa desperate sangat sampai nak kena carik kerja lain. 

Pada aku, kerja hanya utk mencari rezeki. Dapat bayar study loan, dapat saving, dapat belanja sikit, dah cukop baik. Senang kata tak mata duitan sangat lah. Gasak la kalo orang nak label aku tak bercita-cita tinggi pon. Sebab pd aku kat dunia nie hanya menjalani hidup seadanya saja. Kalo tak rasa susah sangat, dah kira okay dah tu. Apa lah yang nak dikejarkan sangat duit tu? Duit takkan pernah cukup. Sentiasa akan rasa nak lagi..nak lagi....Gaji besar, kehendak pon makin besar. Pi mai pi mai tang tu jugak. Huhuh.

Aku meletakkan keluarga sebagai priority dalam hidup. Duit tak ada boleh di usahakan carik. Tapi masa yang berlalu takkan pernah kembali lagi. Saat-saat anak membesar depan mata adalah sangat berharga. Kalo boleh aku taknak miss banyak proses pembesaran dia. Aku nak spend masa with all my kids & lovely husband. Aku rasa bahagia macam tu. Duit dah lama jatuh No.2 =)

Aku selalu juga ingatkan diri dgn sabda Nabi SAW tentang harta kekayaan. Baginda mengatakan harta kekayaan adalah dugaan terbesar umatku pada akhir zaman. Thats y aku belajar utk bersyukur dgn seadanya  apa yang ada sekarang. Alhamdulillah. Bila rasa susah, ramai lagi yg lebih susah kat luar sana oke! ^_^

Dilemma aku ialah ada offer for a job that suits with my qualification even though bukan di dalam bidang pengajian aku dulu. Aku graduate in Economics. Major International Trade & Finance. Cer korang tengok word Finance tuh. Kat belakang sekali kan? Bermakna itu minor ajelah aku study dulu. Tawaran yang akan datang ialah berkaitan dgn bidang kewangan yang aku lansung tak pernah buat. Senang kata takde pengalaman lansung.

Aku ditawarkan kerja itu krn aku kenal baik dgn Senior Manager nya. Yang merasakan aku boleh buat kerja itu krn yakin dengan tahap pendidikan yang aku ada. She's willing to teach me about the job etc. Aku memang rasa terharu. I really am. Aku pon rasa otak aku nie boleh tahan jugak sbnrnya. It just that accounting is not my passion. Siryes memang tak minat. Prinsip Akaun masa SPM dulu aku failed ok!!! Itu menunjukkan betapa tak minatnya aku pd accounting. Wekkk!!!

In terms of gaji, the new offer memang menggiurkan. Hampir double of my current salary. Donia temptation.

The problem is, adakah aku akan happy bekerja dalam bidang yang aku tak minat? I am quite sure that the job will need me to sekali sekala have to stay back at the office. Which is aku sangat tak suka sebab aku sangat mementingkan masa utk bersama keluarga.

On the positive side, bila lagi aku nak memajukan diri? Mencabar kebolehan otak in working field? But is it worth it if I have to sacrifice my time with my family?  Orang kata belum cuba belum tahu. Mungkin keadaannya nanti tak seburuk yang aku sangka. Yeah maybe. But I have to think the -ve possibilities yang akan muncul jugak kan? Bila membuat keputusan ttg sst perkara, kenalah fikir baik & buruknya. And now I am torn apart.

Rasa seperti menolak rezeki. Menghampakan orang yang yakin dengan kebolehan aku pon ada. Adakah aku sbnrnya seorang yang kurang keyakinan diri? Entah lahh.....

Peng 'offer ' tidak berjanji. If ada kekosongan di bahagian lain, dia akan consider samada sesuai atau tak dengan aku. Yang pastinya dia nak aku kerja sesuai dgn qualification aku. Untung ada orang yang bercita-cita tinggi utk aku. Tapi aku pulak tak begitu. Pelik kan? Hurmmm...

Aku belajar dulu utk mencabar minda aje. Nak tengok otak aku ni power ke tak. Aku takdelah aim after dapat degree kena kerja best-best gaji besar whatsoever. Belajar tu belajar lah. Kerja tu kerja lah. Kalo dapat yang kerja yang setaraf, aku happy. Tak dapat, tapi ada kerja yang relax dgn gaji yg OK pd aku, tetap jugak happy. Apa masalahnya?

Tipulah aku kata kalo tak pernah jeles dgn orang yang setaraf pendidikannya dgn aku tapi dapat keje best & gaji power dr aku. Pernah jugak terlintas sekali sekala. Tapi aku belajar utk bersyukur dgn rezeki Allah yang ada skrg. Bukan tak ada orang yang pendidikannya setaraf aku in fact pernah nmpk yg ada Master kerja lagi hampeh dr aku skrg. Ramai je aku jumpa. Degree tu bukan apa sangat pd zaman aku hidop skrg neh. Bersepah. Taraf degree dah macam diploma 1 masa dahulu. Its a fact.

So????? Entah lah. Aku hrp bila offer tu betol-betol dah datang, aku dh ada keputusan yang jitu. Yang terbaik utk diri aku & family. InsyaAllah. Amin.



Sayang semua kawan-kawan sini. Huhuhu.....




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat