Mata Masih Segar

Lagi 6 minit utk ke pukul 11 malam. Habi & Naurah sudah nyenyak tido di atas katil. This is our second nights here at my hometown. Adik aku Lisa & family aje yang masih tak ada. Esok baru balik katanya. Ada kenduri kecil di rumah ini esok. Menunya simple. Roti jala & kari daging. Laksa Johor cook by Lisa's MIL & kuih muih. Harap semuanya berjalan lancar esok.

Perangai Naurah ada sikit OK. Tapi masih lagi grumpy & menjengkelkan kadangkala tuh. Bikin hati panassssss ok! Susu lansung taknak minum. End up aku masukkan sikit serbuk milo dlm susunya & dia minum dengan rakus. Yer. Skrg manjang mintak milo. Dah jd addicted kot dia. Mmg dah sampai masanya ke dia putus susu formula? Entahlah.

Makan juga tak mahu sangat. Nasi dalam 4 suap pastu dah geleng kepala. Tak pasti kat mana silapnya. Sejak demam hari Isnin yang lalu, banyak yang berubah tentang Naurah. Sampai runsing aku dibuatnya. Harap sangat perubahan nie hanya bersifat sementara & she will be normal again soon.

Maybe faktor belum sihat sepenuhnya juga memainkan peranan. Waktu tidurnya jg sering terganggu dengan batuk. Maka dia agak stress. Maybe. But she's all happy here playing with all of her cousins. Itu memang aku nampak sangat =)

Pasal aku.....jerawat dah mula naik banyak kat muka. Tanda2 berdera Jepun sudah mahu berkibar. Habi pulak masih tak hilang letih drive balik kesini malam semalam. Badan sakit-sakit eventho dah berurut dengan kerusi Osim kat living room tuh. Aku urut pon tak berapa jalan. He deserved to get all the rest that he needs. Lately he looks stressed with his works at the office. Too much problems arise he said. 2-3 tasks to be completed asap. I pity him.

Sabar yer habi. InsyaAllah things will get better for another 1 or 2 weeks. Gambare!!!! ^_^

Ok la. Sekadar nak melepaskan gian berblogging. Rase cam nk tengok tv pulak sbb mata masih segar. Till then....tata & good nite =)



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat