Kempunan Ketam

Hampa. Kuciwa. Itulah yang aku rasakan petang semalam masa pergi pasar kat Taman Seroja. Ketam takde jual lansong okeh! Habi kata bukan musim kot. Alah...aku memang selalu macam tu. Kalo teringin sangat nak makan benda, nak cari benda, dah berkenan dgn benda, manjang tak ada. Kalo taknak tu melambak pulak ada merata. Sama la kalo dah berkenan dgn kasut. Manjang takde color & saiz yang berhajat dihati. Sedih taw! T_T

End up pergi pasar beli buah mangga & nasi ayam utk Naurah. Sampai rumah masak ikan tongkol kari. Letak bendi, kentang & tomato. Tak payah masak sayur dah. Ini lauk orang malas masak namanya. Nasib habi tak banyak komplen. Telan aje apa depan mata. Thanks habi for not being cerewet sangat ^_^ Naurah pulak selera benar makan nasi ayam dia tuh. Senang hati omak tengok nak oii....(as usual ayam taknak makan & jd habuan ayah jelah)

Malam nie misi mencari ketam kat pasaraya Zemart pulak. Kalo takde jugak, ada kemungkinan seorang perempuan akan meroyan. Hahaha. Lauk-lauk nak masak pon memang dah yillek semuanya. Kena top up utk next week punya masakan.

Errr..dah 3 hari aku tak makan nasi. Diet balik ah sbb muka dah lebor cam daun ketapang. Kehkehh. Dah kurus sket sok aku membahan jelah balik. Balik-balik macam tu jelah kan? Memang takkan kurus sampai ke sudah ler gini. Ehh...tapi ada plan mahu try minuman berperisa koko yang katanya boleh bakar fat & meningkatkan metabolisme badan. Maybe akan beli after dapat gaji & consume for a month dulu. Sambil tu kena diet macam skrg nielah kalo nak cepat nampak perubahan. If ok, akan consume ambil sampai dapat berat ideal. 

Hopefully dapatlah turun sikit sebelum proses utk 2nd child bulan May nanti. Takot lak kalo membayangkan bila pregnant berat naik byk lagi. Dah jadi dinosor lah aku kalo gitu....



Popular Posts