Lawak Nak Makan Penampo!

" Abang....naseb baek abang kawen dengan orang taw! Kan Naurah skrg comel. Cer kalo abang kawen ngan pompuan lain. Mesti tak comel nanti anak abang! "

Aku rase aku jer kot penah bagi ayat macam tu kat suami sendiri. Korang ado? BWAHAHAA

Aku rasa sebab tu la habi sayang bangat kat aku kot. Eventho aku nie skrg dah gomok gedempol, tapi sense of humor aku memang tahap rasa layak kena penampo sampai 5 kali. Kehkehhh. Aku suka bagi ayat-ayat nak makan penampo macam tu kat habi. Sebab habi mesti ketawa tergelak-gelak kat aku. Giler perasan bini aku neh! Itu agaknya dia kata dalam hati. Agagagga =P

Aku suka sangat buat orang ketawa. Naurah pon aku suke geletek badan dia bg ketawa. Kalo dia marah-marah, mesti aku carik idea camne nak tukar mood dia jadi happy. Tak bestlah suasana yang serius tanpa gelak ketawa. Tak meriah taw! =) Marah-marah pon tak bagus utk kesihatan. Marah tu kan kawan syaitonnn!

Aku ingat lagi masa baru-baru kawen dgn habi. Ada la geng kolej lama dia dulu buat reunion. Masa sembang-sembang tuh, kawan ppn dia tanya aku.

" Izhar kat rumah macam mana eh? Diam aje ek? Dia dulu pendiam orangnya..."

Aku kan macam....aaaaaa.....pendiam ker habi? Dengan aku ok aje dia. Tak pernah aku rasa ada masalah nak sembang apa-apa dengan dia. Molek aje dia jawab ape aku tanya. Takdelah tanya sepatah, dia jawab sepatah. So adalah sgt pelik bila a few of habi's friends tanya soklan cepumas macam tu.

Pada pendapat aku, habi cuma suka bercakap dengan orang yang dia suka nak bercakap aje. Contohnya macam aku la. Lagi pulak dengan personaliti aku yg happy go lucky nie kan. Ye ker? Pd pendapat aku jelah. Orang lain judge aku macam mana, lantok ler. Tak memberi kesan pon pd aku. Hihi.

Alah...habi pon kalo ngusik aku boleh tahan jugak. Pendiam kunun. Aku aje yang tawu dia tu macam mana yg sebenarnya. Aku rasa adik-adik habi pon tak tahu yang abang mereka tu best sebenarnya. Maklom laa...habi nie jenis pilih-pilih orang dengan siapa dia nak tunjuk sifat dia yang sebenar. Orang yg dia rasa ngam, dia akan ok. Orang yg dia rasa tak masok, otomatik teros jd pendiam. 

Sape percaya mek Na kat Kuantan sana pendiam? Ade ker? Ekekeke =P Kerek ade la kan? Lariiikkkkkkk!!!!


Sape kate muka aku kerek aku tampo! Hahaha...i'm very friendly u know......=P



Popular Posts