Percaya Padaku

Berikan cintamu
Juga sayangmu
Percaya padaku
Ku kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemput ku......

Ecehhhh. Tadi dalam kereta otw ke opis dengar lagu nie kat hotfm. Tetibe habi pon nyanyi sama pastu tengok muka aku and then cuit dagu aku. Wuwuwuw. Kembang semangkok jap hati ambo. Terus senyum lebor gedik-gedik lentok kepala kat bahu habi. Ok. Sila jangan muntah ijo pagi-pagi neh. Tak elok utk kesihatan korang. HAHAHA =P

Hampir 3 tahun dah usia perkahwinan kami. Alhamdulillah bunga-bunga cinta masih tetap berkembang mekar. Makin lama makin rasa sayang. Lupakan semua kekurangan masing-masing. Kita bagi highlite yang kelebihan saja. InsyaAllah rumahtangga akan sentiasa bahagia.

Dalam masa yang sama, setiap kali lepas solat, aku panjatkan doa pd Allah moga eratkan kasih sayang diantara kami suami isteri. Rahmati & berkati rumahtangga ini. Walaupun usia perkenalan aku & habi tidak lama, tapi aku tak pernah sekali pun rasa menyesal berkahwin dengan dia. Siryesly memang aku dapat rasakan percintaan di alam perkahwinan bukan sebelumnya.

To be honest, sebelum aku berkahwin dengan habi, rasa cinta & sayang aku pada dia hanya dalam 40% sahaja. Tapi aku tetap nekad berkahwin juga dengan dia atas beberapa faktor yang lain. Walaupun cinta menggebu itu tidak ada, tapi aku ikut naluri & kata hati. Aku nampak seorang lelaki yang boleh menjaga & menerima diri aku seadanya. Aku nampak seorang lelaki yang penuh dengan kasih sayang kepada isteri & anak-anaknya. Aku juga nampak keluarga mentua yang tak lari jauh bestnya dari keluarga aku sendiri.

Dan yang paling penting sekali aku mahu segera berkahwin kerana Allah Taala. Aku tak sanggup utk sekali lagi menghabiskan masa aku dengan berpeleseran keluar berdua tanpa ikatan yang halal di sisi Allah. Cukuplah 1 kesilapan yang lampau itu.

Hari ini, aku masih boleh berbangga dengan keputusan perkahwinan ini. Moga aku akan terus berbangga di hari-hari yang akan datang juga. InsyaAllah. 

Terima kasih Allah.


Mata bertentang mata...ewahhhh



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat