Aku Menang Cabutan Bertuah!

Hari nie berjaya pakai kurung Pahang zaman tak overweight. Sedih sebenarnya sebab dari banyak-banyak kurung Pahang yang ditempah jahit zaman berat normal dulu, cuma ada 2 aje kurungnya yang agak besar sikit & masih boleh dipakai. Itu pon ngam-ngam sui aje. Banyak makan sikit, memang tak dapek la nak muat kainnya tuh.Sangkut tang pungkoq satu hal. Kadang zip pon tak boleh nak naik atas. HAHAHA. 

Memang tak menahan betol la. Kalo jadi gitu, memang moody ajelah sepanjang hari mengenang nasib badan yang semakin mengembang. Tapi as usual, kejap ajelah rasa insap tu. Nampak makanan sedap depan mata, tak toleh kiri kanan dah. Ngappp jugak! HEHEHE

So rasanya in inches memang ada pengurangan lah. Cuma nak timbang berat badan tu masih trauma. Penimbang selalu aje tak menyebelahi aku. Musuh ketat No.1 itu barang =P

Lupa nak cerita tentang aku menang cabutan bertuah pasal beli 1 produk kesihatan Softfea kat FB. Aku dapat tempat kedua & hadiahnya ialah California Beauty Slim & Fit. Ala macam girdle tu aje. Dapat free. Sape taknak kan? =D So aku tengah mikir cara guane nak ukur lilit pinggang skrg utk tawu saiz ape yang sesuai utk aku girdle tuh. Tali tape takde hokeh! Pengkuran adalah menggunakan unit sentimeter. Aku dapat idea nak cari tali, lilit pinggang, pastu ukur kat pembaris panjang talinya. Bijak tak aku? Kohhkofff. Tapi tgh mikir pulak mana nak mencari tali kat opis neh? Hurmmm....

Aku risau jugak if ukuran pinggang tak dapat memastikan girdle tu dipakai molek oleh aku. Pasal pinggang aku cam takdelah horror sangat besarnya. Tapi tang pungkoq tu yang lebau tak hengat. Maklomlah dah mengembang lagi bbrp cm lepas melahirkan anak kan? Kalo sangkot kat pungkoq, menangis jugaklah aku tak boleh pakai hadiah tu. HUHUHU. So aku rasa cara yang paling terbaek adalah mengambil 1 saiz lebih besar dari saiz aku skrg. Usually aku pakai kurung ready made saiz XL. Saiz yang paling besar. Hehe. So utk girdle aku amek saiz XXL ok kot. Ker salah fikiran aku gini? =P

Ape-ape hal aku buat jugaklah dulu ukur lilit pinggang tuh. Maybe boleh dapat agakan yang lebih tepat.

Ok nak bekpes pulak. Daaaa.....



Popular Posts