Mungkin Masalah Mata

My best officemate, Kak Niza kata sakit kepala & pening-pening yang aku alami skrg kemungkinan besar ada kaitan dengan mata. Mata yang saban tahun mengadap pc ini. Memang penjelasan paling logik aku dengar setakat inilah. Bila mention kat habi, dia pon kata memang ada kemungkinannya.

Sebenarnya sejak aku study kat Matrix Ipoh dulu, memang ada buat spek. Rabun tak teruk mana. Dalam 100+ gitu aje powernya. Tapi silau memang agak teruk. Malam-malam memang tak kompiden sgt drive pasal masalah silau neh. Lampu kenderaan dari arah yang bertentangan memang bikin masalah buat aku.

So spek senang kata memang aku ada. Tapi sangat jarang digunakan. Pasal tak suka. Rimas. Rasa huduh kalo pakai spek. Itulah antara sebab-sebab poyo kenapa aku tak pakai spek. Hehehe

Tahun 2010 rasanya hayat spek aku yg seketoi tu tamat. Habi terpijak lalu pecah kebabommm. Spek aku tu rimless. So memang fragile ya amat la kan? So sejak tue lagilah lansung aku tak pakai spek sehinggalah sekarang.

Bonus masuk Sabtu nie. Ate tak reti-reti nak pegi kedai buat spek baru ker? Kohhkofff. Memang terbaek sungguh la masanya kan? Pantang nak ada duit, siap sedia dah menanti ape yang perlu dibelanjakan. Redho ajelah. 

Harapnya inilah penyelesaian kpd sakit kepala & pening bersulam loya yang aku alami skrg.



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat