Blood Test Result

Alhamdulillah. Blood test result sudah keluar. Tak ada apa yang sirius. Tadi check bp pon normal 120/80. Memang rasa sihat sangat hari nie. I am all happy.

Dari blood test tu cuma kolestrol perlu turunkan sikit jelah. Takdelah teruk mana. Makan oat hari-hari boleh kot turun =P Sejak ada beskal memang ada gaklah bersenam bila tak fenin & sakit kepala. Kalo aku gigih nak senam jugak, alamatnya memang terbongkang katak la lepas tu aku atas katil. Menambah penyakit namanya tu. So aku lebih fokus pd jaga makan dulu. Exercise will follow up later. Bergantung pd tahap kesihatan pd hari itu.

Chloride which is garam yang aku makan adalah rendah hokeh! Tak paras normal pon. Tapi rendah. Macam tak logik utk pesakit drh tinggi macam aku kan? Huhu. Siryesly aku memang tak kuat masin mana pon. Biasa-biasa aja. Thats y aku buat entry hari tu cerita tentang tabiat pemakanan aku nie tidak seteruk mana. Tapi dah penyakit tetap nak datang kan? Bukan boleh kita tahan-tahan. Aku rasa faktor keturunan memainkan peranan yang agak besar dalam kes aku neh. Wallahualam.

Walau apa pun, doctor tidaklah suggest soh aku makan garam lebih pulak. Huhu. Carik nahas itu namanya. So dia kata makan macam biasa aje. Cuma kurangkan makanan bergoreng. Standard ah tu kalo bab kolestrol tinggi neh ^_^

Doc ingatkan supaya every 3 months datang klinik, buat blood test. Untuk pantau progress kesihatan aku. InsyaAllah. Skrg kena lebih health conscious yer ^_0

Apa yang doctor tak tahu ialah aku tak start makan pon ubat darah tinggi yang dia bekalkan hari tu. Aku cuma minum jus peria katak yang super pahit tuh. Wuwuwuw. Thanks Mas for the petua. Memang terbaekkk! Tapi nak menelannya sangatlah tak terbaek. Kohhkofff =B

Sejak aku kurang sihat kebelakangan ni, habi pon sangat lah memerhati pemakanan aku. Terasa diri ini sangat disayangi. Ingat senang nak rasa suami yang tak bape nak romantik sayang kaw-kaw macam nie? HEHEHE. Tapi jangan korang carik penyakit pulak sbb nak rasa suami sayang yerp! AHAHAHA ^_^

Selamat berweekend guys! Have a blast hokeh. Penang & Langkawi....here I come =D See you guys on Tuesday. InsyaAllah.




Popular Posts