Misi 1 May 2012

Tersenyum sumbing aku bila buat kira-kira tentang hari kesuburan bagai untuk merancang my second pregnancy. HEHEHE. Rasa macam tak percaya akhirnya masa yang ditunggu-tunggu sudah pon tiba. Sebelum nie rasa macam lambat jer lagi ^_0

Sebenarnya macam dah terlupa. Tapi bila baca blog Ana pagi tadi, terus selok semula. Thanks Ana sebab kongsi tips camne nak dapat anak lelaki or perempuan. Since Ana sudah pon berjaya mendapat baby girl, rasa cam teruja nak try kaedah yang dia guna pakai. Aku tahu ianya tidak menjamin apa-apa. Yang menentukan tetap Allah. Tapi tak salah utk kita berusaha utk mendapatkan apa yang kita hajati kan? Selagi dalam batas-batas syarak. InsyaAllah aku masih ingat semua tu =)

Kalo ikot pengiraan yang Ana pakai & mengikut tarikh kedatangan period aku, awal bulan May dah boleh kerja keras =D 10 hari tuk bekerja keras. Chaiyokkk!! HAHAHA

Tetibe teros masok due date calculator for pregnancy. Molek dah boleh dapat baby January 2013. Wuwuwuw. Sambil menaip nie pon dah sengih-sengih. Poyo betol aku. Miahahaha.....

Aku membayangkan aku akan mengalami masalah bp lagi utk 2nd pregnancy neh. So might be awal 2 weeks dari due date la macam Naurah dulu. Masih lagi boleh lahir on January 2013. Cantekkkk!!! =P

Berdebar pulak rasa bila nak start balik proses mempregnantkan diri neh. Errr...by 7th May habi akan ke Korea seminggu. Alamak! Bape hari je aku ada sebelom tarikh tu kan? Kompem memang kena keje keras hokeh! Mampukah????? Gulp!

Harap aku tak lupe bab pemakanan pulak. Rumit jugak nak merancang jantina anak nie kan? Dulu masa anak first memang tak kisah apa. Laki or perempuan takde hal. Tapi yang second nie memang lain lah. Semua orang rasanya suka kalo dapat anak sepasang kan? Cam cukup korum gitu. So usaha memang lain sikitlah. Teruja pulak aku rasa....HEHEHE

Doakan aku berjaya yer kawan-kawan. If its a girl again, I don't mind at all. Boleh masok geng Hannah Johary & Maria ^_^


p/s: tetibe byk pulak news ttg habi nak training ke luar negara tahun ni. Next: Sweden?? Jeles tak sudah ler aku jawabnyer......or adakah aku perlu kumpul duit dr skrg utk follow? AHAHAHA. Poyo.

Tetibe letak gambo g pulau ritu. Hukk olohhh. Kahkahh =P


Popular Posts