Update On My Health

Kisahnya semalam pas makan ubat doc bagi pagi tu, sakit kepala & senoneng aku tetap tak hilang. Muka aku sepanjang hari memang cam haram aje. Opismate tengok pon serabot katenye. Sori yer kengkawan semua. Aku tak buat-buat muka gtu. Dah memang rasa tak boleh blah sangat. Baring kat surau pon tak membantu ape. Nak tido pon tak lalu. Sudahnya bangun jugaklah duduk opis melanguk. Nak buat keje, reply email semua tak lalu. Otak tak jalan. Sudah jammed!

Gigih jugak la aku tunggu sampai petang. Tapi dalam 4.30pm gtu dah tak boleh tahan. Muka ngan tangan makin kebas. So interkom habi tanya dia boleh keluar awal tak. Nak ajak pergi klinik lain pulak. Habi kata dia okay so kami pon gerak la awal. Tapi habi ajak ke Hospital AnNur. Tempat aku bersalin ke Naurah dulu. Maybe dia riso tengok bininya ni kot. Dengar pendapat pakar lebih tenang kot hatinya. Memule aku membantah jugak sebab malas nak ke Bangi nun. Dalam otak pk nak jumpe Naurah, peluk kiss sama dia. Ubat paling mujarab aku rasakan pd waktu tu.

But habi still insist. So aku mengalah ajelah. Tak kuasa dah nak berbantah. Kepala pon tgh rasa nak meletops waktu tu. Sampai An Nur, doc check BP aku 170/90. Masih tinggi. Termenung gak doc sebab aku dah makan ubat da tengahari tu. Lama jugaklah dok bincang guane nk buat neh. HEHEHE. Akhirnya dia kata nk bg aku jab la utk tahan sakit kepala tu. Pastu dia bekalkan ubat darah tinggi dos paling rendah. Kalo ubat doc klinik bagi skrg tak jalan, boleh la try ubt drh tggi tu. Which is aku tak berani lg nak makan la. Org kata kalo dah start makan, mmg seumur hidop la ko nak kena menelan hari-hari.

So buat masa skrg aku mkn ubat klinik panel jelah. Rasa sihat la sikit. Takde sakit kepala tp tetap rasa 'pelik'. Tak tawu nak describe mcm mana. Tapi at least aku dah boleh buat kerja la. Emel yang tertangguh semua aku dah reply. Buat a lil bit filing here and there. Maklom ler big bos pon dah nak masok esok. Sat lagi nak settlekan minute of meeting pulak. Bos nak masok baru hegeh-hegeh nak buat. Heheheh =P

Ohh..cerita pagi tadi pulak, selepas berpuasa sejak midnight sampai la ke pagi kecuali minum air masak, akhirnya jumpa dgn doc clinic panel smlm. To my surprise, eventho rasa better than yesterday, BP adalah 140/100. Tinggi. Termenung aku dibuatnya. Doc teros keluarkan gadget dia nak cucuk aku amek darah. 3 tempat dia cucuk, semuanya darah tak keluar. Last amek kat belakang tapak tangan, dapatlah dalam 2cm gitu kot tingginya. Tetap tak cukup utk dibuat test. So doc soh aku balik & datang lagi this Friday utk amek darah lagi. Soh menom air suam byk-byk sebelum datang ke klinik. Roger doc!

Malam tadi dah makan epal hijau. Maybe masih tak jalan kot. Gugel byk juga petua nk bg BP turun. Tangoklah kaedah mana yang termampu nak buat dalam masa yang singkat nie. Household chores pon banyak terbengkalai lagi lepas balik holiday. Semak mata nengoknye. Huhh!

Ada yang kata  muka aku nampak tak sihat masa pergi holiday tu ek? Memang tak sihat pon sbnrnya. Tu pasal muka poyo-poyo aje. Takde pon yang senyum simpul mesra cam selalu tu. Senyum ala kadar buat syarat aje. Tapi aku tetap enjoy spjg holiday. Terbaekkkk!!! =)

Lagi contoh muke orang tak sihat. Tp peace tetap tak tinggal yo!




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat