Posts

Showing posts from January, 2017

Cabaran

Image
Dah agak lama tak timbang berat badan sebab cuak terlalu banyak sangat mencicipi makanan tak sihat & portion terlebih terkurang sana sini. Pagi tadi kuatkan semangat & redho jelah bile tengok angka penimbang tu. Sendiri salah, terima ajelah hakikat kan? To my surprise ada juga penurunan walaupun ciput huhuhu. I loike sangat. Pasal dah prepare diri for the bad, tetibe nampak good, happy terus mood kita pagi hari yang sejuk ni. So just continue with the routine. Berharap sangat bulan 2 nanti kuat balik utk jaga makan macam masa bulan 12 ritu. Sebab dah tak sabar nak tengok angka kat depan tu berubah buat kali ke-2 ^__^ Self confidence level bila pakai baju pun makin tinggi walau belum dapat berat badan yg ideal. Sebab kita tau kita sedang buat sesuatu kepada masalah yang kita ada. Overall I can say that life is good for me at the moment. Segala puji bagi Allah yang menunjukkan jalan kepada permasalahan yang seakan tak berkesudahan buat diri aku sebelum ini. Kiddos pun do

Lemak Dah Liat Haha

Image
Kejap je dah hari Khamis. Esok dah Jumaat lagi. Yeayyy. Memang paling syok bile dah hari Jumaat sbb 2 hari lepastu dapatlah lari drp rutin kerja 5 hari. Dapat spend time dengan kiddos, bawak deme jalan2, itulah yang paling best sekali. Pasal usaha nak turun berat badan, kejap je nak masuk 2 bulan buat. Bulan kedua ni ada nampak makin kurang strict la hahaha. Masa bulan pertama tu kan semangat membuak2, so mmg nak tengok betul ke diet ni boleh turun berat badan. Bile dah nampak hasil, memang happy lah kan. Pulaknya awal2 tu kemain lagi seminggu blh turun sampai 4kg. Skali masok bulan kedua liat dah lemak nak mencair hahaha. Seminggu lebih lagi nak genap 2 bulan jaga makan. Alhamdulillah turun dah 7.7kg drp berat asal. Syukurrrrr. Diet yang tak stress mana lah senang cakap. Tak berlapar. Kadang2 lapar tu adalah tapi takdelah sampai kebulur naw hahaha. Maklom lah kan berpuluh tahun hidup portion makan ikot suka hati je. Timing pun main belasah. Asal lapor, ada makanan, makaaaaann

Nazif di Taski Abim

Image
Ini ada gambar fresh dari wassap group Taski Abim 2017 yg Ustazah snapkan. Alhamdulillah nampak molek je ha Nazif kat sana. Biasalah kan cabaran awal2 hantar anak mengenali alam persekolahan dengan menangis bagai tu. Perubahan besar kot bagi depa. Dengan usia yg macam tu, kita pun tak payahlah risau & stress sangat. Normal je bukan tak normal anak2 takut & tak suka nak pergi taski awal2 tu. Cuma kita kena sabar ajelah. Ini dah masuk minggu kedua makin serasi dah Nazif dengan taskinya. Dah kenal dengan kawan2 & ustazah. Happy dah dia bila tanya nak pergi taski tak esok? Dia angguk kepala cakap naaakkk!!! Kalau anak2 cakap taknak, kena tanyalah kenapa taknak. Pastu bila dah tau kenapa pujuklah dia dengan apa yang seronok kalau pergi taski. Kita pun kena main peranan sebagai ibu bapa. Jangan asyik nak marah aje. Cuba kita ingat balik diri kita masa kecik2 dia dulu macam mana. Mesti kita pun boleh faham perasaan anak2 ni sebenarnya macam mana. Ada orang

Panggilan Pulau 2017

Image
Delete2 pic dalam henfon sebelum tu dah transfer ke PC, skali bukak kat PC file kosong. Perghhhh...bikin panassssss hahahaha. Punyalah aku nak letak gambar2 masa Naurah Nazif first day school haritu kat sini, skali nan hado ha. Sebbaek la kat henfon Iz semua pic tu pasal dia wasap ke aku. Nanti la send balik ke wasap aku baru up sini. Kalau rajin. Dia kdg dah jd gtu lama2 malas dah nak update. Lantok sane hahaha. Merajok kunon...phuiii... So nak update aku sudahnya ni?Hahaha...hampehhh...aptb...grr Okay boleh cerita dah kot pasal trip to Pulau Perhentian bulan 4/5 nanti pasal tiket flights pon aku dah beli semalam. InsyaAllah kalau takde aral melintang patah membujur lalu, akan jadi kenyataan trip with blogger friends this year neh. Pakej pun dah booked & dah buat first payment masing2. Harap dipermudahkan la segala urusan lepasni. Tak sabar nak pertama kali ber vacation dengan blogger friend ni. Sebelum2 ni jumpa pun kalau ada sesiapa ada buat majlis birthday ke akikah ke

A Good Beginning

Image
Alhamdulillah dah 2nd week January 2017. Rasa macam nak cerita pasal 1st week Jan yang lepas. Pasal Naurah & Nazif la mostly. Nadim takde ape sangat pasal dia sama je macam last year punya rutin. Beza tang datang lebih awal ajelah ke taska since mengejar masa utk kakak & abangnya sampai ke sekolah & kindy masing2. Corak penghantaran adalah begini. Usually by 7.00am managed to get out from home & start the journey. First sekali hantar Naurah ke SRAI ST pasal dia yang paling kritikal by 7.30 loceng dah berbunyi utk perhimpunan (beratur tepi kelas je. Perhimpunan stp Jumaat pagi je). Kalau lambat sikit kadang jalan jem due to heavy traffic so memang kena settlekan dia dululah. 2nd stop is Nadim. 3rd stop is transit bawah dekat dengan taska Nadim utk hantar beg baju petang Naurah & Nazif. 4th stop barulah hantar Nazif. Haritu elok dah tak menangis bila aku hantar. Pagi tadi hujan pulak hahaha. Pada aku biasa je benda tu. Takde nak risau apelah. Ustazah semua ada. I

Ajaibnya Solat Dhuha

Image
Nak cerita pasal Solat Dhuha. Kena story jugaklah kat sini walau dah banyak kali dah story pasal kelebihan & keistimewaan Solat Dhuha ni. Sebabnya aku ritu aura malas kehape ntah datang, dengan period berekor lama so agak lama jugaklah missed buat Solat Dhuha. Dalam 3 weeks kot missed. Biasalah aku pun manusia biasa. Iman tu naik & turun. Kadang bila dah turun tu sangat susah nak up kan dia semula. Kalau takde azam yg jitu, memang hanyut la ko sampai sudah. Aku biasalah otak ni selalu la fikir itu ini secara auto dengan rasa bersalah bagai. Psiko diri sendiri until end up aku akan dapat the courage utk betulkan semula apa yang tak betul. Lebih2 lagi bila Allah bagi ujian demi ujian yang aku selalu rasa ade kena mengena dengan kurangnya kuantiti & kualiti ibadah aku pada-Nya. So akhirnya aku dapat semula semangat utk ke Surau & buat Dhuha. Dapat mengaji pagi & tengahari (after Solat Zohor). Bab mengaji ni kadang lps Zohor aku missed jugak pasal kadang ada ra