Posts

Showing posts from April, 2017

Cerita Bergambar

Image
Hari ni tak mau tulis panjang. Nak upload gambar je since dah transfer from henpon to PC. Kang tak letak sini terus lama-lama basi gambarnye. Erm....lawak hambar mihmihh. Dah masuk pertengahan bulan Rejab pun kita. Puasa dah habis ganti korang? Last week aku dapatlah train perut 4 hari sempena nak menyambut Ramadhan nanti. Plus nak kekang napsu makan yang macam haram sejak kebelakangan ini. Minggu ni ABC. Tau ke maksudnya? Allah bagi cuti laaa. Haha. So kite aim hopefully by next week dah boleh berlatih puasa lagi, InsyaAllah. Gambarss kat atas tu masa jadi pom-pom girls utk Team Dragon Boat kampeni. Kat Kompleks Sukan Putrajaya kalau tak salah. Very proud of them sebab kan memule depa dah ketinggalan pastu dah half way ehh makin laju pulak sampailah dapat 3rd place. Sipi ke nak dapat 2nd taw. You rawwksss guyss!! Dan ini adalah pertandingan kali pertama bagi mereka. Power kan? Yang atas ni pulak sekitar balik kampung kat Johor

Hiduplah Seperti Seorang Musafir

Lebih tinggi position kita dalam sesebuah organisasi, tentu saja tanggungjawab yang kita pikul pun akan jadi lebih besar. " with great power, there must also comes with great responsibilities ". Quote from filem Spiderman by Uncle Ben. Hehe. Simple je tapi maksudnya tu besaaarrr & mendalam. Siapa yang taknak memajukan diri kalau diberi peluang kan? Ade ke orang yang suka-suka je nak tolak kalau ada orang sudi nak bagi kita pangkat yg lebih tinggi drp skrg dengan gaji yang tentu saja selari dengan pangkat. Tak ramai orang yang pernah aku jumpa menolak rezeki sebegitu. Kat office ni ade sorang yg aku tahu kisahnya. And believe it or not, aku pun tergolong dalam golongan itu.  Ada banyak sebab yang aku boleh bagi kenapa aku selesa dengan position sekarang. Antaranya sebab aku taknak bebankan otak aku dengan tanggungjawab yang besar. For me, its tiring. Semua orang ada alasan sendiri kenapa dia nak bekerja dan taknak. Tak kisahlah, siapa kita nak judge apa yang orang

Bersyukurlah Wahai Kawan

Image
Aku ada seorang kawan non muslim yang kerja 1 jabatan dengan aku tapi lain section. Dia ni kalau bab bersembang memang nombor 1. Kalau dah start bercerita, macam taknak berhenti. Aku selalu cakap dalam hati " adoii dah dah la tu....bile nak habis ni wey??? ". And sometimes kalau dah tak tahan sangat aku akan show aku dah tak berapa interested dengan buat benda lain at the same time dia tengah rancak sembang tu. Tapi aku rasa dia tak paham gak kot aku dah penat nak sembang. HAHA. Kadang rasa bersalah jugak sebab macam rude je tapi kat office kot, tak syok jugak orang pandang-pandang bila lama sangat dia bercakap dengan aku tu. Dahlah meja aku ni hot spot. Bilik bos depan meja aku je kot.  Aku suka sembang dengan dia cuma itulah bila meleret sangat aku penat. I am just a normal human being. Dan aku pun sebenarnya bukanlah kaki sembang sangat. Dengan dia je aku paling banyak sembang sbb 2 orang anak kami sama umur. So banyak share story pasal sekolah bagai. Dan topik kedua

Girls Trip

Image
Syukur dapat dah train perut dengan rutin berpuasa sunat 2 hari lepas. Hari ni berehat sehari sebelum sambung utk esok & lusa kalau diizinkan Allah. Maklumlah kita ni hanya merancang, tapi Allah yg tentukan semuanya kan? Macam harini lah kunun nak puasa jugak tapi tak jadi dah haa. Lately makan banyak benda ngarot. End up sakit kepala & sakit tengkok dah menjengah semula. So mau detox semula lah badan plus train perut nak menghadapi bulan Ramadhan yang dah melambai-lambai. Plus minus dalam 51 hari saje lagi. Moga dipanjangkan umur bertemu kembali dengan bulan yang penuh barakah itu. InsyaAllah. Tak ada spesifik idea pun tentang entry kali ni. Cuma rasa nak menaip saje. Pejam celik dah nak sampai masa ke Pulau Perhentian. My first duet trip with Naurah without the boys. Aku ni sebenarnya bukanlah peminat air & Pulau sangat. Air laut pada aku masin, melekit & berbahaya. Selalu terbayang ade jaws. Imaginasi tinggi as usual. Berbahaya juga sebab laut tu sangat luas. Se

Cari Bala 2

Tulis jer beriya takmo dah baca beriya kat Fiksyen Shasha tu. Kejap je insofnye pastu dok baca semula hari-hari. Apelah masalah aku ni. Haihh. Disebabkan itulah tiba-tiba ada Part 2 tajuk blog aku ni. Sebabnya masalah bunyi-bunyi yang dah lamaaaa takde kat rumah tu dah start mengganggu semula. Bunyi yang dulu pernah didengari aku & Iz adalah bunyi guli & perabot yang di alih-alih. Lepastu kat ruang tamu tu selalunya natang tu suka main kipas. Kadang dia OFF sendiri. Kadang dia tukar kelajuan kipas yang selalunya kami buka 2 kepada 3 (paling laju) or 1 (paling slow). If tak kipas, dia main remote TV. Selalunya dia just tekan remote Astro tu kat OK then akan terpapar lah cerita apa yang kita tengok time tu. Padahal remote tu elok je dekat tepi aku takde sape pun pegang. Sabor jelah yer. So itu adalah kisah-kisah yang agak biasa jugak berlaku dlm rumah tu sblm ni. Tapi mmg dah lamaaa tak ade. Kemuncaknya aku dah ralit semula baca FS, ada 1 kisah ni penulis tu tulis dia tak ja