Posts

Showing posts from July, 2017

Cameron Highland Masih Relevan

Image
Alhamdulillah selamat kami sekeluarga pergi dan balik dari tanah tinggi Cameron Highland semalam. Perjalanan kami dimulakan pada jam 10pagi hari Jumaat dari BBST dan exit di Simpang Pulai sebelum mendaki menuju ke puncak CH. Perjalanan mengambil masa plus minus 5jam begitulah. Ada anak kecik ni biaselah kan penuh dengan cabaran. 2 kali kami pit stop. Pertama sebab Nazif muntah, Kedua utk lunch. Kami sampai di Play Residence Golden Hills (2 nights RM640 booked at booking.com) at 4pm. Met the key guy Mr. Joseph, pay the cash & deposit and melepak jelah melepaskan lelah. Memang tak terkejar apa since dah planned for 2 nights of dinner kami beli kat Pasar Malam bawah tu je. Since January 2017 if I'm not mistaken, Pasar Malam femes kat Brinchang dah dipindahkan ke kawasan perumahan Golden Hills ni. Aku pun sebenarnya masa booked tak tahu pun pasal ni. A few days b4 pergi baru jumpa bila google pasal CH. Petang tu lepas semua mandi, kami pun berjalan kaki sajalah ke Pasar Malam.

Sudah Masanya

Image
Lega sangat dah gaji bulan ni. Penangan gaji masuk awal bulan lepas sempena menyambut Syawal, lepastu berbelanja pun macam-macam dengan traveled balik Johor bagai, bagi duit raya lagi, sempot jugaklah nak menunggu gaji yang ini. Syukurlah trip ke CH kami postponed due to salah faham ingatkan Naurah kena sekolah hari Sabtu ade kelas ganti pasal raya pjg haritu. Rupanya kelas tu tak ada pun sebab clash dengan exam utk budak Tahun 1 next year masuk ke SRAIST. Then fikir-fikir balik elok jugak postpone ke this weekend pasal duit pun tak berapa nak meriah.  Ke CH ini adalah our 2nd vacation for this year yg juga bersamaan dengan sambutan lewat our 8th Anniversary on last May. On Feb kami ke Melaka pembukaan vaccay for 2017. Last jejak kaki ke CH was back at 2014 with my family members. Lama dah kan? Sejak kawen, ni baru kali ke-3 kesana. Lemau dah memasing bila lama tak berholiday. Kebetulan lagi, this Saturday Nazif akan genap 4 tahun Allah pinjamkan kepada kami. So ala-ala sambut bir

Syawal on Weekends

Image
Last weekend & weekend before penuh dengan xtvt berjalan. Hoyeayhh. Bestlah tu maksudnya sebab attend open house kawan-kawan. Makan free hahaha. Today is final day we are in Syawal. Takde idea nak bebel ape, layan gambar jelah yer. Pandai berlakon ehh Beso kucen haa Kucen kerek BFF dari matrikulasi sampai la skrg. Ropez Potluck Raya office Havoc memasing bab bergambo Oh my double chin Masjid Bukit Jelutong OOTD 3 kesayangans. Amanah Allah ni...moga jadi anak yg soleh & solehah Manje Ayah Biasela budak rebutan. Mengada naw manje2 gedik pemalu gittew haha Congrats Kak! After 2 years+ tak pakai eyeliner. Ini pun jumpe Anje punye lama2 dulu hahaha

Membebel Blabla

Image
Aku paling terganggu dengan kartun Minions. Sebab ada yang mata satu tu. Mengingatkan aku tentang dajjal sokmo. Kartun tu pun terbitan Illuminations Production jugak tak salah aku. Senang kata memang ejen dajjal lah. Bila tengok orang tak kisah je bawak anak-anak g cinema tengok Minions ni, aku jadi takut sendiri. Yelah, maybe ramai yang anggap alah...kartun je kot. Aku pn kadang nak gak fikir gitu, watlek watpis je tapi jauh disudut hati memang rasa gusar sangat. Objek bermata satu memang dah terlalu banyak dalam life kita. Sampai ianya jadi macam benda biasa which is I don't think so lah. Ada mesej yang nak disampaikan secara halus kepada kita dengan simbol tu. Kalau tengok movie mostly from Hollywood lah, memang selalu sangat mesej mata 1 ni dipersembahkan kepada kita. Haihh...gusar sungguh hati tapi bukan boleh buat ape pon. Hurm.... Hari ni start puasa 6. Entah berjaya dapat penuh ke tak dah hujung2 ni kan. Ritu dah buat puasa ganti 7 hari. Lega alhamdulillah takde hutang

Meh Aku Pimpin!

Image
Kalau suami tak mampu pimpin tangan kita masuk ke Syurga, kenapa tak kita je isteri yang usaha pimpin tangan dia kesana? Anak-anak tak solat? Takpe, meh aku sempurnakan solat wajib & tambah solat sunat. Suami tak mengaji? Takpe, meh aku mengaji kat office dan lepas Maghrib kat rumah. Biar aku berusaha supaya semua orang dapat hidup bahagia. Supaya Allah jaga kita dimana pun kita berada. Bohonglah kalau kata aku tak pernah doa kat Allah nak dapat suami yang mampu bimbing aku dari segi agama. Kalau boleh nak suami yang lagi tinggi ilmu agamanya. Seronoknya membayangkan bersolat jemaah bersama bila berdua dan dengan anak-anak bila dah tiba masanya. Biasalah terpengaruh juga dengan lakonan drama dalam TV tu kan. Berangan benda best siapa yang taknak? Bukan kena bayar pun. Tapi tak semua yang kita mintak pada Allah tu Dia bagi dengan mudahnya. Dapat yang ini, maybe ada tak dapat yang itu. Manusia penuh dengan kelemahan dan kekurangan. Begitulah sifat manusia yang Allah tetapk

Bye Bye Marker Pen

Image
Akhirnya semalam aku join jugak buat investment EPF Account 1 in Public Mutual. Bertahun dah kawan-kawan advice suruh join tapi tak sampai seru orang kata. Then perkara ni berbangkit lagi dalam group wasap last week. Aku wassap contact person yang depa bagi, semalam dia datang explain sekian-sekian, sign gitu gini, settled. Ajak jugak Iz if dia nak join. Seperti yang aku jangkakan, tak berminat pun dia. Lantak la, later on jangan kata tak ajak pulak kan. Alah duit dalam akaun 1 tu bukan boleh bawak keluar sampai 55 tahun pun. Bezanya keluarkan sikit invest dalam company lain yang dimanage oleh ejen Public Mutual je. Dan yang pastinya aku pilih yang berkonsep syariah la. Takde apa pun yang berubah dalam life aku. Cuma berharap ejen buat kerja dengan baik. Berdasarkan rekod geng yang dah lama join, mmg okay je return. Average 10% per year. Okaylah dari EPF sllu bagi dlm 6-7% macam tu kan. Harap semuanya baik-baik ajelah. InsyaAllah. Adhoc je buat keputusan bila dah sampai seru. Semu

Dasar Percaya Vs Dasar Curiga

Image
Dalam sebuah majlis ilmu ada 1 soalan ditanya oleh orang yang menghadirinya kepada Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid. Soalannya betulkah seorang isteri perlu meminta izin suami sebelum membuka telefonnya? Tersenyum Habib sesudah membaca soalannya. So apakah jawapan dan ulasan Habib? Habib memetik ayat Al Quran dari Surah Hujurat. Terjemahannya lebih kurang "wahai orang beriman, jauhkan drp banyak prasangka. Sebahagian drp prasangka itu dosa. Jgn kamu tajassus (mencari-cari kesalahan atau kesilapan orang lain) ". Kalau nak pinjam telefon boleh tapi kalau nak check belek kelebet bagai tak boleh. Fuzul adalah rasa tak percaya kepada pasangan. Kalau tengok jugak, yang salah adalah yg tengok henfon tu huhuhu. Siapa suruh tengok kata Habib. Bina rumahtangga dengan dasar percaya bukan curiga. Kalau curiga, rasa hidup macam di neraka.  Kalau percaya, kita hanya dipertanggungjwbkan dgn apa yang zahir saja. Yang disimpan tu kita tak dipertaggungkan. Yang buat salah tu yang