Aku Yang Alpa

Semalam tak jadi pegi Sen Heng. Sampai rumah balik keje, Naurah tgh tido. Baru makan ubat MIL bagi. So lepak rumah jelah. Tak sampai hati lak nk kejutkan kudik. Teros ke dapur masak dinner for habi. Kesian dia makan megi je lunch hour. Masak simple jer. Sardin & labu+carrot masak lemak kuning. Naik bilik around 9.30pm. Ngantok & letih sbb berjalan sakan siang harinya. Kes carik brg2 electric Kak Som. Hehe. Yang tak syoknya Naurah asek terjaga. First sbb hingus yg banyak sampai susah nk bernafas. Kesian giler. Terganggu tidonya. Second sbb tido awal. Kejap2 terjaga nak bermain. Aku rasa mcm tak tido jer. Asek2 dia nk panjat kepala katil. Terhantuk kepala pon dia buat tak sakit jer. Sabo jelah. 2-3 pagi layan anak memanjat kepala katil. Mcm takde xtvt laen. Tido lagi sodap kan. Ape2 pn itulah pengorbanan yg kene buat bile dah ada anak. Jgn mimpi nak tido lena sampai ke pagi. Kejap2 nak susu. Kejap2 nak tukar lampin. Takpelah, asal dapat pahala. Bekalan utk hidup selepas mati. Tiba2 rasa cam takot. Cehh..spttnya mmg kena sntiasa takot. Poyo.

Malam kelmarin baru dapat bace buku bertajuk Aisyah. Iaitu Saidatina Aisyah. Isteri Rasulullah SAW. Kak Ya bagi masa balik time Hari Raya last month. Dapatla bace berbelas helai since Naurah tido nyenyak. Boleh kata buku nie biografi dia lah. Dah lama sbnrya aku tak membaca. Dok sebok berjalan ke sane ke mari, melayan Naurah, tgk TV. Hobi yang paling bermanfaat terus di lupakan. Teringat semula buku-buku karangan Dr. Aidh Abdullah Qarni. Ulama' di Arab Saudi yg penuh kontroversi. Walau apa pun, dia tetap penulis No.1 dalam hati aku. Tulisannya sangat2 menyentuh jiwa & sgt berjaya menenangkan hati yang gundah gulana. Aku ingat lagi masa aku putus tunang dulu, buku2 Dr. Aidh lah yang menjadi makanan & santapan jiwa. Aku ralit seharian bergelumang dengan buku-bukunya yg menimbulkan banyak kesedaran ttg persediaan menghadapi kehidupan selepas mati. Ahh..tiba2 aku jadi rindu pd saat menelaah buku2 Dr. Aidh. Membaca sehari suntuk tak hirau makan minum. Berkurung di dalam bilik kecil di rumah Kak Ya sambil sekali sekala mata memandang ke arah langit yang membiru. How I miss that moments =)

Perasaan semasa menelaah buku2 Dr. Aidh adlh sgt special. Sgt lain sbb kita memandang kehidupan di dunia dari sudut pandangan yang sgt berbeza. Bila kita mendekatkan diri kpd Allah, dunia nampak sgt hina. Serius aku tak tipu. Aku bersyukur krn diberi kesempatan dibukakan mata walaupun sebentar cuma. Yupp. Part nie aku rasa sedih. Sbb aku tak berjaya istiqomah pd apa yang aku pernah mulakan. Perkara yg paling aku takuti sms aku 'dibukakan mata' sudah pun berlaku skrg. Aku tahu kalau aku tak kuat, mmg aku akan kalah. Krn dunia sangatlah menggoda. Iman yg senipis kulit bawang sgt mudah goyah. But deep down inside, aku sgt rindu pd waktu mata di buka. Sgt-sgt rindu. Boleh kah aku menjadi spt itu semula? Sbrnya boleh. Cuma nak dgn taknak jer. Tahajjud. Ya Allah, rindunya aku sujud di mlm2 yg hening & sunyi itu. Merasakan Allah sdg mendengar segala rintihan & luahan jiwa. Merasakan Dia adlh sgt dekat dgn diri yang hina ini. Suami & anak. Adakah mereka yg menjadi penghalang atr aku dgn Dia??? Aku tahu jawapannya tidak. Krn semuanya terpulang pd diri aku sendiri. Nampaknya skrg aku lebih mengutamakan tidur dr Dia. Mengutamakan rehat dr Dia. Mengutamakan segala yg di dunia dari Dia. Lemahnya aku. Bodohnya aku. Ruginya aku.

My favourite books by Dr. Aidh:-

Dr. Aidh Abdullah Qarni

1. Jagalah Allah, Allah Menjagamu
2. Al- Azamah (Keagungan)
3. Rasulullah SAW Al Quran Berjalan
4. Sakaratul Maut - Bersediakah Anda Menghadapinya
5. La Tahzan (Jangan Bersedih)

Dan ada bbrp lagi buku karangan beliau yg ada dlm simpanan. My personal collection. Wajib membacanya utk menebalkan iman. Sharena, ko kena balik ke pangkal jalan semula!! My bad...my bad... =(

Nota tangan kanan:- Petang nie nak keluarkan semula buku2 Dr. Aidh dr dlm stor. Kena beli rak buku!!

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat