Married Life

Ibu tgh ingat kat Naurah skrg nie. Tak sabo nk balik keje. Main guling2 ngn Chuk Ibu. Bestnya dah ada anak & suami. Hari2 pon teruja nak balik rumah spend time dgn diorang. Alhamdulillah =)

Seronok kan hidup berkeluarga? Ada suami & anak. Sama2 harungi rintangan & dugaan hidup bersama-sama. Sgt berbeza dgn hidup masa bujang. Aku paling tak suka sekali kalau nak ingat tentang masa-masa berkapel. Pd aku itu adlh atr masa-masa yg sgt tak berfaedah dlm hidup aku. Lagi2 bile ingat hampir 4 tahun kapel dgn ex-bf dulu. Hidup macam bangkai bernyawa jer rasa. Itulah klu kehidupan tak diberkati Tuhan, mmg sia-sia jer semuanya. Meaningless. Tp itulah ujian Allah pd aku. Dah jalan hidup aku mcm tue kan? Kalau la awal2 aku tau yg habi lah jodoh aku. Awal2 dia masok keje kt sini dulu aku terus ajak dia kawen. Hehehe. Takyah nak bazir2 masa & $ bertunang bagai dgn ex dulu. Cett.

Ekceli masa start kenal betul2 dgn habi, aku bukannya ada perasaan sgt time tue. Masa tu mcm byk berserah pd Allah jer. Ikut jer flow yg ada. Cam blur pon ade sbnrnye. Heheh. Tp tuelah, klu dah jodoh tue, mmg tak kemana. Semuanya berlaku dgn smooth & sgt pantas. Dan syukur Alhamdulillah, hampir memasuki tahun ke-2 perkahwinan, masih lagi tak pernah timbul rasa menyesal walau sikit pon ber'jodoh' dgn habi. Mmg tertunggu-tunggu sgt masa single dulu utk hidup berkeluarga. Ada suami & anak. Now Allah dah granted my wish. So klu ada sikit2 pahit masam tue, adat lah. Ada my friends yg kahwin awal, kawen tak cecah lagi 5 tahun, dah rasa bosan & muak dgn hidup rumahtangga. Maybe tak puas enjoy kot. Entah lah. Bila dah ada suami & anak, mana ada masa sgt nk bersosial dgn kawan2. Nk duduk lepak kt mamak smpi 2-3 pagi. Jgn harap lah kan. 

Sbnrnya bila kita rasa dah bersedia utk berkahwin, banyak soalan yg perlu kita tanya pd diri kita sndiri. Sudah bersediakah aku utk meninggalkan rutin hidup single? Sudah muakkah dgn life ha-hu dgn kwn2? Sudah bersediakah utk bangun malam buat susu anak? Sdh bersediakan utk memasak makanan kegemaran suami walaupun kita tak suka juadah tu? Byk soalan kene jawab sbnrya. Mcm aku, mmg sudah sgt sgt sgt muak dgn my single life. Sudah terlalu puas sampai tak tau nak buat apa dah. Dah cukup menikmati semua kebebasan yg ada. So mmg xde rasa rindu lansung nak buat keje2 ha-hu dulu2. Semuanya cukup sbg kenangan saja. Hidup skrg lagi sgt sgt sgt bermakna. Lg sgt sgt sgt seronok. Eventho badan lebih penat, mata lebih mengantuk, badan lebih gemuk (tsk tsk) dr masa single, hidup yg skrg ini masih tetap yg terbaik! Harap Allah jadikan kehidupan berkeluarga ini sentiasa yg terbaik buat selama-lamanya. Selagi nyawa di kandung badan. Insyallah. Amin.

Popular Posts