Nursery TUTUP??? - Part II


Petang semalam my MIL telah sampaikan 1 berita baik utk kami tentang nursery Naurah. Seperti yang habi jangkakan, Lily & Bunga the pengasuh yg selama ini di bawah seliaan Ibu Midah akan turun ke bawah (rumah transit bdk2 sekolah). Bermakna nursery di atas yg khas utk budak2 berumur 2 bln hingga 4 tahun akan di selia sepenuhnya oleh pengurusan baru. 

Bermula bulan depan, Naurah adalah antara 9 kids yang terpilih utk di asuh oleh Lily & Bunga. Lily with 4 kids & Bunga with 5 kids. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. MIL cerita lagi yg ramai parents lain merayu utk anak-anak mereka turut di bawa ke rumah transit. Tp apakan daya, rules yang di buat oleh pejabat kerajaan hanya membenarkan seorang pengasuh spt Lily menjaga up to 4 kids only (kids age below 2 years old) while pengasuh spt Bunga max to 6 kids only (kids over 2 years old).

Insyallah kebajikan Naurah selepas ini akan lebih terjaga bila bilangan kids yg dijaga berkurangan. Bila budak2 transit sampai after balik sekolah, Naurah akan dapat kawan dgn budak2 besar sikit. Hehehe. Entah macam mana keadaannya nanti. Apa2 pun aku suke fikir positif apa pun yang terjadi. Maybe ini salah satu pendedahan awal pd Naurah kpd alam persekolahan. Hrpnya dia excited utk pergi ke sekolah bila dah terdedah dengan suasana bdk2 yg bersekolah.

Bila budak2 tue buat kerja sekolah, boleh la Naurah sebok2 busy body nak belajar sama. Boleh ke macam tu Naurah? Haha. Pandai-pandai je Ibu bayangkan macam-macam kan? Kekeke.

Habi sudah membayangkan yg kemungkinan utk yuran penjagaan Naurah akan bertambah bila keadaan dah bertukar nanti. Sekarang kami hanya membayar RM200 per month sahaja. Maybe akan naik RM50 spt yuran biasa di kebanyakan nursery sekarang. Entah lah. Tp pd aku if kebajikan Naurah lebih terjaga, setakat kenaikan yg sebegitu Insyallah boleh tutup sebelah mata saja. Asal Naurah happy, sihat, terjaga - hal2 berkaitan duit kami akan usahakan. Moga Allah permudah semuanya utk kami. Amin.

Diharap pengurusan baru di nursery atas sebaik di bawah seliaan Ibu Midah & mempunyai pengasuh yang bagus spt Lily & Bunga. Kalau aku berada di dlm situasi parents yg lain, tentu runsing juga kepala memikirkan bagaimana agaknya dgn pengurusan baru nnti. Adakah mereka mempunyai pengasuh2 yg baik & sabar. Adakah penyelianya seorang yg mudah di bawa berbincang spt Ibu Midah & bemacam-macam lg persoalan yg timbul di fikiran.

Dlm situasi mcm tue, lebih baik parents think positive saja. Macam aku. Selalu fikir +ve dulu sblm -ve. I like being +ve. Walau aku tahu dunia nie selalunya 'kejam' & kita tak selalu bernasib baik, aku yakin Allah mengizinkan sesuatu kejadian itu berlaku samada baik atau buruk, pasti ada hikmahnya. Hikmahnya itu kdg2 boleh nampak dlm masa yg singkat. Dan boleh jadi juga dlm masa yg panjang. Jd kesabaran itu sangat penting.

Dulu aku pon bukanlah jenis orang yg suka fikir +ve dulu sblm -ve. Aku mcm kebanyakan manusia yg lain juga. Suka bayangkan yg buruk2 sblm yg baik2. Tp bila aku selalu baca karya penulisan Dr. Aidh Abdullah Qarni, seorang ulama' di Arab Saudi yg selalu menulis berpesan dgn kata-kata yg sgt logik & indah, sedikit sebanyak aku jd terpengaruh.

Aku petik sedikit pesanan dr Dr. Aidh tentang cara menghilangkan kegelisahan.

" Optimislah! Jangan berputus asa & pesimis. Berbaik sangkalah kepada Tuhan mu & nantikanlah semua kebaikan & anugerah dari-Nya."

" Bergembiralah dengan pilihan Allah kepadamu. Sebab engkau tidak tahu mana yang baik krn kadang-kadang kesulitan yang diberikan kepadamu lebih baik drp kesenangan."

Ilal liqa' dear readers =)

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat