Being Mom - My Way

Hmmph. Malas je nk update blog hari nie. Sbbnya brg idaman hati aku masih belum berjaya di beli. Brg yillek, maka gambo pon yillek. Bosan kan? T_T

Hari Jumaat tak sempat pegi kedai dah tutup. Hari Sabtu pagi ade perjumpaan dgn Ibu Midah, pengurus taska Naurah ddk skrg. Ada perbincangan ttg kekurangan pekerja yg memungkinkan nursery utk bdk2 blm sekolah ditutup pd akhir bulan 5 nnti. Hanya rumah transit jer yang stay. If ada parents yg dpt tolong cari pengasuh, Insyallah boleh terus operate. Maka kerjasama adlh sgt di harapkan.

Eventho aku tak perlu bimbang ttg penutupan nursery since Naurah mmg sudah masuk list toddler yg sudi di jaga oleh pengasuh sedia ada Lily, tp aku tetap bersimpati pd parents yg anaknya tidak masuk senarai. So kalau boleh, mmg taknak la nursery nie tutup. Nursery under pengurusan Ibu Midah nie pd aku mmg terbaek! Aku puas hati sgt dgn perkhidmatan diorang. Nursery lain mmg byk. Tp aku pon tak tahu samada bagus ke tidak. 

So klu la anda-anda yg membaca blog aku nie tau ada siapa2 yg nak bekerja sbg pengasuh di taska, ibu tunggal ker, bdk baru habis SPM yg masih tak kerja ker, boleh la bgtau aku. Tempat tinggal disediakan, makan minum pd waktu siang di taja & gaji perlulah berhubung sendiri dgn Ibu Midah. Inform me if you know anyone who interested ok!

Lepas balik dr nursery, habi siap2 nk pegi training pulak kat KL. Itulah rutin terbaru dia setiap hari Sabtu mulai minggu lepas. Rasanya sampai pertengahan bulan 5 nie training tue. Sedih sket arr sbb dah takleh nk jalan2 jimba2 dah stp hari Sabtu. Mase habi nk pegi hari tue, aku siap leleh2 airmata kesedihan. Rasa mcm dia nak pegi jauh jer. Mwahaha. Itulah orang yg dah biasa dimanjakan dgn habi yg selalu ada depan mata. Bila kena tinggal berdua dgn anak bbrp jam, dah tak tentu arah. Siap peluk2, nangis2 mcm org tu training kat JB. Pdhal naik kete g ERL je g KL Sentral. Malam pukul 9.30pm dah sampai rumah balik. Drama queen =.=

Alhamdulillah Naurah behave jer spjg tinggal berdua dgn aku kt rumah. Senang dah jaga budak da pandai jalan nih. Dia pon taklah lasak mana. Lg seram bila aku tgk A'uf, Raina, Kaisya & Mika. Hahaha. Naurah dlm kategori behave lagi lah sbnrnya. Dia pon jenis berdikari jugak. Jenis tak kisah main sorang2 kat porch kereta dgn ride on Pooh dia tue. Tak kisah jugak pegi dapur sorang2 main segala mangkuk plastik yg aku susun elok dlm kabinet dapur. Asal ada benda yg menarik perhatian dia utk dibuat main & dia tahu aku sentiasa ada terbongkang depan tv or tgh baca buku kt sofa, pandai la dia buat hal dia.

Aku pulak jenis Ibu yg sporting. Errr...sporting ke kurang rasa kasih sayang eh? Hahaha. Mcm ada mak2 org nie jenis tak boleh anak hilang dr pandangan mata. Mulalah mcm ibu ayam hilang anaknya. Riuh sekampong gitu. Merata kejar anak nak main kesana kemari. Risau jatuh & sentiasa bimbang dgn keselamatan anak. Aku tau tak salah pon mcm tue. Naluri keibuan maa. Lagila klu anak baru sorang. Itulah batu permata intan payung seorang. Aku faham. Cumanya aku bukan jenis mak yg mcm tue.

Aku lebih suka biar jer Naurah explore dunia dia. Sbb aku rasa aku dah sediakan persekitaran yg cukup selamat utk Naurah klu kt rumah. So Insyallah dia takkan apa-apa. Tangga pon dia dah jarang nak main. Kalo panjat pon, aku bagi je dia panjat dlm 5-6 anak tangga. Pastu baru aku  ambil. Saje. Dia kan dah terer. Klu aku amek awal2 sure dia melalak. So bagi jelah ape kehendak hati dia. Jgn terus dilarang. Tak berkembang minda nnti.

Kalau dia diam lama sgt sorang2 tue & aku x nmpk dia, aku panggil & tak lama dia pon kedek-kedek datang kt aku. Kalo x dtg, baru aku jenguk. Selalunya dia tak buat apa2 yg berbahaya pon. Elok jer bongkar2 baju kotor dia dlm bakul or main campak2 diapers dia keluar dr bungkusannya. Buat sepah. Lantak lah. Nnti aku kemas jelah balik. Ape susah?

Maybe sbb dia ddk nursery seawal usia dia 2 bln, makanya dia lebih berdikari kot. Syukur jugak dia tak lasak mana. So aku boleh la lepas dia mcm tue. Tp bila datang angin dia nak menepek melekat dgn aku tuh, mmg rimas jugak dibuatnye yer. Adehh. Sllunya dia suka suruh aku bacakan buku Noddy dia tue. Kalo aku malas, aku budak je vcd Noddy. Sonyap la dia ralit menonton. Aku boleh la teruskan pembacaan buku tebal aku yg tak habis2 tuh. Hehe. Takpon layan dia main dgn sebakul toys dia tuh. Takpelah rumah sepah2 kejap. Habis main, kemas la balik. 

Kalau balik rumah aku kt Johor or rumah in law kt Semenyih, aku selalunya lepas jer Naurah main2 dgn keluarga semua. Diorang semua boleh diharap. Semuanya sayang sama Naurah. Aku percaya diorang boleh jaga Naurah dgn baik. In fact maybe lebih elok dr aku jaga Naurah. So time2 mcm nielah aku sllunya bg perhatian sket pd habi. Tgk tv berdua dgn dia, layan dia makan & sembang2 dgn aman, masok bilik tolong urut badan dia ker. Naurah aku biar bebas dgn jagaan ahli keluarga lain. Biar budak tu bersosial sket dgn org lain. Asek nak ibu & ayah ada jer. Mana boleh. Kalau ditakdirkan kami 'takde' nnti mcm mana? Kamu kenalah pandai berdikari ok. Jgn asyik harap ibu & ayah jer tau!

Maybe ada sstgh mak2 lain tgk cara aku layan anak msti bajet aku tak bape sayang anak or tak kisah anak sgt. Hmm...aku tak kisah pun org nak ckp apa. Yg penting aku tahu apa yg aku buat. Dan aku tahu aku sayang Naurah sebagaimana dia sayang aku sbg ibunya. Cuma pendekatan didikan stp emak pd anaknya itu berbeza. Aku suka kalau Naurah tak terlalu berharap pd aku dlm segala hal. Kiranya klu aku takde, dia boleh survive. Kdg2 aku sedih jugak sbb rasa mcm Naurah tak sayang aku. Dia tak kisah kat aku pon. Aku nie ibunya. Tp aku dah cukup puas hati sbb ada waktu2nya Naurah mmg hanya nak dgn aku saje. Taknak habi, wan, atok or sapa2 pon. Hanya aku ibunya. Pd masa tuelah aku rasa sgt bahagia sbg seorang ibu. I love u Naurah =)

p/s: kate td xde mood nk update? mwahahah...

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat