Menjelang 2nd Anniversary


Aku tak tahulah org lain macam mane. Tapi kan..aku kann...lagi bbrp hari nak 2 tahun berkahwin nie...rasa macam sayaaaaangggg sangat lagi kat my hubby. Rasa macam masih dalam honeymoon year. Hehe. Macam malu nak mengaku tapi memang rasa mcm tu ohh! =D

Suka sangat gurau-gurau & usik-usik dia. Suka jugak manja-manja macam semalam baru nikah. Semuanya masih sama macam baru-baru kawen dulu. Aku adalah perempuan yang rasa sangat bertuah ditakdirkan berjodoh dengan hubby.

Bila aku fikir pasal jodoh & takdir nie kan, mesti aku teringat kes aku putus tunang dgn ex dulu. Dok menangis, meraung, bermurung macam org gila. Bodoh gila aku rasa kalau ingat keadaan aku masa tue. Tapi memang besar sungguh hikmahnya dugaan putus tunang dulu tu pd aku. Kesannya masih dapat di lihat sampai sekarang. Alhamdulillah.

Aku berani cakap I'm a better person la after dapat harungi dugaan tu dengan susah payah. Itu yang aku suka bila Allah bagi dugaan. Memanglah rasa susah, sedih, kecewa & macam-macam rasa lagilah. Tapi kalau tak kerana dugaan tue, mesti kita dah melencong jauh dari jalan yang sepatutnya. Takpun entah-entah hidup pon takde berkat Allah. Takde arah tujuan. Loser.

Bila aku fikir lagi kan, kalau la aku kawen dgn ex dulu, mesti rumahtangga aku tak bahagia. Sebabnya 4 tahun kawan dgn dia, aku tahulah perangai dia macam mana kan. Memang tak bape nak ngam dgn perangai aku sebenarnya. Senang kata macam 'panas' la. Dalam masa bercinta pun ntah bape kali putus sambung balik. Hambar jer hubungan tu selalunya. Boring. 

Kami bersama sbb masing-masing macam takde choice. Dari takde bf, better go on jelah dgn dia. Boleh gitu? Sebab tu bila Allah takdirkan ex berkenan dgn perempuan lain, dia tinggalkan aku. Sebenarnya hal nie boleh berlaku pd aku jugak. Cuma Allah takdirkan ceritanya dia yang jadi orang jahat kan. So terima ajelah. Hehehe. Aku suka jadi orang baik =D

Aku pon kompem memanjang makan hati klu kawen dgn dia. Dia jenis lelaki yang dididik dengan - anak perempuan buat semua kerja rumah & lelaki baca newspaper, goyang kaki, tengok tv. I hate it!

Dengan hubby pulak, perghhh. Aku rasa dia nie macam suami idaman para isteri. Aku macam shocked sket after kawen dulu tau. Yelah, kitorang kawan rapat dlm 2 bulan jer dah bertunang. Tak sampai 6 bulan rapat, dah pon berkahwin. So macam takdelah kenal dgn mendalam sangat kan sikap masing-masing. Tapi ironinya, kami dapat terima sifat masing-masing seadanya.

Senang kata memang ngam sungguh lah. We complete each other. Contohnya aku nie macam pemalas sket orgnya (sikit jer taw! ahaha), hubby pulak jenis rajin giler. Hehe. Jadi isteri dia nie, aku cuma banyak tumpu pada Naurah. Anak kami yang seorang tue. While dia byk manage hal-hal rumahtangga yang lain. Memang contoh suami yang mithali sungguh. Baru namanya ketua keluarga. Byk buat kerja dlm rumahtangga. Kan? Kann? Hahaha.....

Tapi dah nama pon manusia biasa. Sometimes hubby ada jugak datang 'period' nya. Wakaka. Masa nie memang sakit hati toksah cakap la. Angin -ve sudah masok dalam badan dia meh. Keh keh. Tapi memandangkan aku ni isteri yang bijaksana, selalunya aku diam aje klu datang angin kus-kus hubby nih. Buat tak layan jerr senang. Pastu jangan fikir & simpan dalam hati. Abaikan.

Masa-masa genting macam nie, selalunya aku layan Naurah aje. Bolayan sama hubby sebab  nada & percakapan dia memang kompem akan menyakitkan hati & nurani aku jer. Main-main dgn Naurah lagi bagos. Eventho kena buli dgn itu budak, at least hati aku tak sakit. Hehehe =D

Tak lama pon angin kus-kus nie datang. Tak bape lama kemudian, hubby pon insaf dah la. Lega hati aku. Semuanya kembali normal & bahagia as usual. Alhamdulillah.

Bila ingat aje pasal perkara nie, aku sangat-sangat berterima kasih pd Allah kerana menjodohkan aku dengan hubby. Dan syukur juga walaupun kami berdua berpendapatan sederhana, rezeki kami mudah atas sebab orang-orang di sekeliling kami yang baik-baik hati belaka. 

Kita selalu fikir bila duit banyak, hidup pasti bahagia. Sebenarnya tak yer. Cth Allah bg A duit yang banyak. Tp Allah tak kurniakan rezeki anak utk dia. Mak & Ayah dia bercerai & saling membenci. Tak bahagia sangat kan?

Dalam kes aku pulak, Allah bagi duit yang biasa-biasa saja. Cukup-cukup. Tp Allah bagi banyak lagi benda lain macam in law masing-masing yang best. Rezeki anak buat kami. Tak ker best tu? Duit yang tak banyak telah berjaya di tutupi dengan kebahagiaan yang lain.

Aku pon fikir, takpelah tak dapat kerja best & gaji besar pun. Yang ada ni pon dah cukup bahagia dah. Ada org memang jenis ambitious. Tapi aku jenis org yang mudah berpuas hati dgn apa yg aku ada. Aku jadikan apa yang dah ada tue salah satu kebahagiaan aku. Aku nak berbahagia dgn apa yg dah aku ada. Tapi kalau ada peluang yang lebih baik utk aku, tak pulak aku tolak. Yang penting stp keputusan aku, bab keluarga mesti diberi keutamaan. 

Tanpa keluarga, siapalah aku. Parents, siblings, suami & anak. Inilah punca utama kebahagiaan aku. Maka harus jaga dgn sebaiknya. Mesti. Duit tak ada boleh di cari. Keluarga, bolehkah di tukar ganti?

Sejak berkahwin & ada anak nih, aku rasa hidup sangat di berkati Allah. Ada suami yang baik & penyayang. Anak yang bijak & comel. Keluarga in law & saudara mara belah hubby yang best. Kawan-kawan pejabat & blogger yang baik hati. Hidup aku terasa sangat bermakna & ceria =)

Sekali sekala tentulah Allah akan uji kebahagiaan yang aku rasakan skrg nie. Di uji dengan penyakit, kewangan dan sebagainya. Tapi 1 yang aku selalu ingatkan diri bila di uji dengan musibah, Allah tak pernah uji hamba-Nya dengan dugaan yang seseorang itu tak mampu nak harungi & hadapi. Memang susah, tapi in the end pasti halangan dapat kita atasi.

Contoh mcm dugaan putus tunang aku dulu tu. Masa tengah hadapi tu rasa macam nak mati aje. Asyik tanya kenapalah Allah duga aku macam nie sekali. Apa kebaikan yang aku boleh dapat dgn dugaan nie. Memang aku asyik pertikaikan dugaan yang Allah bagi masa tu pd aku.

Akhirnya masa yang berjaya menyembuhkan semua luka aku lepas tue. Yeah, it takes time. It takes times for us to accept takdir Allah yang kita tak suka. Bukan senang utk kita redha dgn dugaan yang kita tak suka. Dan itu hanya permulaannya.  Dengan berlalunya masa, Allah pancarkan sinar matahari sikit demi sikit. Hingga akhirnya jalan baru pun terbentang luas di depan mata. 

At the end, kita bersyukur dengan apa jua yang Allah sudah takdirkan utk kita. Baik atau buruk, Allah tak akan pernah berikan kita takdir kesudahan yang tidak baik. Cuma kita manusia yang kadang kala tidak sabar, selalu memilih jalan yang salah. Kalau kita bersabar sikit saja lagi, pasti kesudahannya adalah bahagia.

Kesimpulannya, pada aku, dlm menghadapi apa jua ujian yang kita tak suka dari Allah, kuncinya adalah SABAR. Dengan berlalunya masa, hati & fikiran kita akan jadi tenang & itulah sebaik-baik masa utk membuat sebarang keputusan. Let time heals the wound. Insyallah semuanya akan baik-baik saja =)

Terima kasih Allah.

* Nadia Ibu Hajiq pernah kata dah masuk tahun ke-3 nanti lagi byk tembelang suami isteri yang berjaya di kesan. Hahaha. Kite tunggu & lihat yer time aku nnti macam mane. Harapnya masih lovey dovey mcm skrg lah. Huk huk T_T

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat