My Open Letter

Peace No War =)

Sepanjang aku berkecimpung dalam dunia blogging nie, rasanya tak pernah aku terima komen or kritikan yang tidak membina dalam setiap entry yang aku tulis. Syukur Alhamdulillah. All my blog readers semuanya baik-baik belaka yek? Bravo to all of you =D

Tapi aku kesian jugak that there are a few of my blogger friends yang tak berapa bernasib baik seperti aku. Sentiasa ada 'lalat-lalats' yang singgah di blog mereka. Tak henti-henti mengkritik & mengkondem kawan yang menulis dgn jujur dan tanpa niat utk mencipta sebarang provokasi pd orang lain.

Sampai 1 tahap, penulis blog jadi serba salah bila nak update entry. Nak tulis banyak kang, takot ada yang sentap. Tak tulis kang, rasa terbeban kat diri sendiri pulak sebab perasaan tak terluah. Tiba-tiba blogging macam dah jadi 1 bebanan pd si penulis. Hilang nak jadi tempat meluah perasaan, jadi satu masalah baru pulak.

Honestly, aku memang tak faham kenapa ada orang-orang yang berhati busuk nih. Tapi aku dah faham yang kat dunia nie ada bermacam jenis ragam manusia. Jadinya, aku redho ajelah. Ade orang baik, ada orang jahat. Lumrah dunia.

Dalam blog aku nie, aku menulis dengan jujur. Tentang perasaan, pandangan & pemikiran aku. Tentang perjalanan kehidupan aku. Tak pernah aku berniat utk show off tentang life aku. Samada dari segi harta benda waima suami ataupun anak aku. Aku bercerita secara jujur, tentang apa yang aku rasakan.

Adakah pernah entry aku mengundang rasa meluat atau tidak puas hati dari pembaca sekalian?

Sekiranya ada, aku nak jelaskan di sini bahawa aku tak pernah berniat yang tidak baik dalam sebarang entry aku di dalam blog ni. Ini blog yang aku create sbg satu medium utk aku bercerita. Tentang life aku. 

Aku mahu terus menulis di blog ini tanpa merasakan ada sebarang sekatan dari mana-mana pihak. Aku tak suka nak fikir 'oh, adakah kalau aku tulis begini, orang sekian-sekian akan terasa?'

Sebelum mem'publish' satu-satu entry, seboleh-bolehnya aku cuba untuk menggunakan bahasa atau ayat yang tidak akan menyinggung mana-mana pihak. Bukan main hentam keromo jer tulis ikot suka hati aku. 

Pada aku, penulisan seseorang mencerminkan sedikit sebanyak keperibadiannya. Dari sesebuah penulisan, kita dapat meneka personaliti orang yang menulis.

Apa yang anda baca di dalam blog ini, adalah AKU. Aku menulis apa yang muncul di fikiran. Dalam masa yang sama, hati aku juga memberi serba sedikit peranan dalam menyusun ayat yang terbaik. Supaya tidak timbul mana-mana provokasi kpd orang lain.

Tapi aku pon cuma manusia biasa. Sometimes, terlepas juga barang sebaris dua ayat yang menimbulkan rasa tidak puas hati atau meluat kpd si pembaca. Then, what can I do about that? Cukuplah anda tahu bahawa aku tiada sebarang niat utk memprovokasi sesiapa.

Aku menulis utk suka-suka. Bagi mengisi masa lapang  di ofice nih. Dalam masa yang sama berkongsi fikiran & pandangan dengan anda semua. Bagi yang suka membaca, syukur Alhamdulillah. Bagi yang tidak suka, silakan ke blog lain yang ada bejuta-juta jumlahnya di luar sana. I have no offense at all. Silakan.

Ok. Itu jer kot aku nak jelaskan pd pembaca blog nie. Aku tak pernah berniat nak kumpul ramai pembaca kpd blog nie & dapat income dari nuffnang sebagai pendapatan tambahan. Sekiranya ada yang membaca blog nie & suka, teruskan membaca. Aku sangat alu-alukan. Bolehlah kita menambah kenalan. Join gatherings & birthday party. Bukankah best tu? =D

Dan sekiranya income nuffnang aku tiba-tiba dapat $10k sebulan (hahaha..berangan), syukur Alhamdulillah. Its like a bonus to me. Sebab menulis di blog ini hanyalah sebagai hobi. Itu saja.

* hari nie banyak keje T_T

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat