Jagalah Allah; Allah Menjagamu


Dalam banyak-banyak ayat yang aku dengar kat dunia nih. Ada 1 ayat yang pada aku memberi terlalu banyak makna berkaitan hubungan antara manusia dengan Allah. Simple yet sangat luas maknanya.

Jagalah Allah; Allah Menjagamu

Simple sangat kan? Dari ayat nie jugalah aku dapat buat beberapa kesimpulan tentang kehidupan aku. Aku jadi cecepat takot bila nak buat jahat. Contohnya saja nak bagi waktu berlalu supaya aku boleh skip Solat or malas Solat sebab pentingkan tido. Jahat tak? T_T So bila teringat jer ayat keramat di atas, aku teros Solat & tak jadi buat jahat.

Sebabnya aku fikir macam nie. Kalo aku x jaga Solat, bermakna aku tak jaga Allah. So, bila aku x jaga Allah, Dia pon dah tak peduli dah ker aku. Kang aku keluar nak g kedai nie, entah-entah Allah tarik nyawa aku dengan eksiden. Tak pasal-pasal Naurah & Habi pon dapat bala yang sama. Kesiannya diorang. Sebab aku tak jaga Allah, diorang terkena tempiasnya sekali. T_T

Macam tu jugak kalo aku rasa malas nak mengaji lepas Solat. Aku terfikir, entah-entah inilah kali terakhir aku dapat mengaji. Tak ker terkilan tu jadinya? Pastu aku pernah terbaca yang bila sesebuah rumah tu ada orang yang mengaji, dari atas langit akan nampak macam lampu/cahaya datang daripada rumah tue. So aku bayangkan kalo aku tak mengaji barang sekali dalam sehari, takde dah cahaya tu dari rumah aku. Rumah aku dah gelap sama macam rumah orang kafir.

And thats not a good feeling at all. So walaupun cuma separuh muka surat, aku gagah juga utk baca. Sometimes tak sempat nak baca terjemahan ayat sebab ada budak kecik dah meraung-raung mahukan Ibunya. Aku rasa bersalah juga pd Allah krn mengutamakan anak dari ibadat pada-Nya. Tapi aku tahu Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Dia tahu kesusahan hamba-Nya. So aku rasa tenang semula.



Suami & anak adalah 2 perkara yang sangat terbaik pernah jadi dalam hidup aku. Akhirnya Allah kabulkan doa aku utk dapat suami yang baik & anak yang comel & bijak dimata kami kedua ibu bapanya. Anugerah Allah yang tidak terhingga. Tapi ada benda yang tak best aku noticed tentang diri aku bila aku dapat 2 orang yang tersayang nie. Sejak aku berkahwin, sometimes aku lebih utamakan suami dari Allah. Lebih parah bila dah dapat anak. Secara tak lansung aku dah jadikan anak sebagai penghalang utk memperbaiki hubungan aku dengan Allah. Patutkah macam tue?

Solat lambat sebab anak sakit. Mengaji kadang tinggal sebab anak meraung. Tak solat malam sebab mengantuk buat susu utk anak. Allah dah bagi apa yang aku nak, tapi aku jadikan apa yang Dia dah bagi tu sebagai penghalang utk berterima kasih pd Dia. Manusia ape aku nie? T_T

Bila aku terfikir macam nie, aku teringat ayat yang pernah Allah sebutkan dalam Quran. Ianya berbunyi lebih kurang begini :-

Ada benda yang kita suka, kita mohon pada Allah, belum tentu baik untuk diri kita. Ada benda yang kita tak suka, Allah beri pada kita, mungkin ianya baik pula utk diri kita. Allah Maha Mengetahui apa yang tersembunyi samada di langit mahupun di bumi.

Dia sentiasa mahu yang terbaik utk hamba-hamba-Nya. Tapi bagaimana pula cara kita membalas kurniaan Allah pd kita tuh?

In a way, anak adalah harta yang amat kita suka. Tapi bila kita jadikan anak sebagai penghalang untuk memperbaiki hubungan kita dengan Allah, dimanakah baiknya kurniaan anak itu pd kita? Yer, kita rasa bahagia hidup di dunia sebab ada anak. Tetapi bila mana kita abaikan Allah dengan mengutamakan anak, sampai bila agaknya rasa bahagia kita tu akan berkekalan?

Kita dah tak jaga Allah, maka adakah Allah akan menjaga kita? Bila Dia tidak menjaga kita, bermacam perkara yang kita tak suka boleh berlaku. Contohnya Allah duga kita dengan memberikan penyakit pd anak kita. Anak itu tidak bersalah. Tapi disebabkan Allah mahu mengingatkan kita utk kembali ingat pada-Nya, untuk kembali ke jalan yang lurus seperti mana yang kita minta pada-Nya dalam setiap bacaan Al-Fatihah, anak itu menjadi musababnya. Dan itu tentu sekali datangnya dari kesalahan diri kita sendiri yang tidak menjaga hubungan dengan Allah.

Allah itu Maha Penyayang. Ada orang menyalahkan Allah kerana memberikan anak sekecil itu penyakit yang menyeksakan. Kita memang suka mencari sesuatu utk di persalahkan. Tapi kita selalu lupa melihat kesalahan yang telah kita lakukan sebelum itu.

Bukankah biasa kita lihat bila kita dalam kesusahan, anak sakit, kepada siapa lagi kita mahu mengadu? Pada Allah bukan? Kerana anak yang sakit, kita akhirnya kembali pada Allah. Dekat semula pada-Nya.

Aku selalu semat dalam hati bila rasa susah atau di timpa musibah, pertama sekali aku mesti cari apa salah yang aku dah buat. Mesti ada benda tak betul somewhere. Sometimes aku tak ingat pon aku ada buat salah silap kat mana. Tapi itu membuatkan aku cepat redha dgn ujian Allah tue. If dapat kesan kat mana salahnya, cepat² cuba betulkan. Insyallah, musibah pun akan cepat selesai =)

Kerana itulah kita semasa senang ini, janganlah lupa pada Allah. Don't take it for granted. Usaha sebaik mungkin utk sentiasa ingat pada-Nya di masa senang mahupun susah. Jagalah Allah; Allah Menjaga Kita. Insyallah, hidup kita akan sentiasa tenang & bahagia krn adanya rahmat dari Allah =)

Sesuatu yang kita suka waima yang kita tidak suka sekali pun, merupakan ujian daripada Allah utk kita. Suami & anak itu juga sebahagian ujian daripada-Nya. Cumanya kita selalu ingat yg benda buruk saja ujian. Benda yg baik tu bukan ujian. Sebenarnya salah yerp!



Pada aku, dalam kita nak memperbanyakkan amalan or memperbaiki hubungan dengan Allah nie, kita kena cari 1 perkara yang boleh trick diri kita sendiri. Macam motivasi jugak lah. Kalo korang masih ingat entry Hannah Johary tentang motivasi utk Solat, lebih kurang macam itu jugalah.

Contoh lagi masa aku tengah pregnant kan Naurah dulu. Sebaik mungkin aku jaga Solat & mengaji sebanyak yg boleh dengan harapan Naurah akan jadi anak yang berakhlak baik & taat pd perintah Allah. Moga Naurah pon jangan suka-suka hati tinggal Solat & suka membaca ayat-ayat dari Allah. Itu motivasi aku pd waktu tue.

Now, aku motivate diri aku untuk menjadi muslimah yang lebih baik demi suami & anak. Utk suami, let say lah kat akhirat sok dia tak lepas nak masuk Syurga. So kalo aku sungguh² perbaiki diri aku, maybe aku boleh tarik suami masuk Syurga sama-sama. Bukankah best tuh?
Naurah pulak, aku kena perbaiki diri aku supaya dapat jadi contoh yang terbaik buat dia. Aku nak Naurah jadi anak yang solehah, maka aku pon kenalah solehah dulu kan? Kalo kita ibu bapa sendiri dah tak betul, layak ker nak harap anak jadi yang terbaek pulak? Kan ker dah tak kena kat situ.


Ada 2 drama kat TV3 yang aku suka tengok sebab bagi pengajaran yang boleh meresap ke hati & jiwa. Penulis skrip 2 drama nie memang terbaik. Drama Stanza Cinta & Juvana (dah habis mlm td huk huk). Very nice. Aku jugak suka dengan Tahajjud Cinta yang every Friday night tue. Cuma baru 2 episodes. So tak boleh nak komen byk sangat lagi lah. Tapi ada ciri-ciri nak jadi best jugaklah mcm 2 drama kat atas tue.

Pastu tengok citer Bila Cinta Bertasbih kat channel Pelangi. Pon banyak jugak yang aku belajar dari filem tue. Sangat suka pd drama & filem yg bercorak keIslaman nih. Patot diperbanyak lagi. Eventho nak buat untung, tak semestinya kena buat scene² yang lagho yerp. Yang banyak memanipulasikan kaum wanita khususnya. Diharap produser drama & filem Malaysia sudah semakin matang dalam perkara ini.
Tak pasal² masok cerita pasal drama & filem pulak. Hahaha.

Kesimpulannya, if kita nak rasa bahagia, tak perlulah mengejar harta benda, pangkat atau wanita. Kita cuma kena jaga Allah Yang Satu itu sahaja. Nampak mudah kan? Yer, memang mudah sebenarnya. Hanya bagi orang-orang yang mahu menjadikannya mudah =)

Aku bukanlah orang yang warak. Iman aku sama seperti kebanyakan manusia yang lain. Senipis kulit bawang. Tetapi aku sentiasa mencari jalan utk mencapai redha Allah. Sebab aku yakin selagi mana kita berusaha untuk mencapai sesuatu matlamat, Insyallah Dia akan sentiasa tunjukkan jalan-Nya.

Dear readers, dalam pada kita menjalani kehidupan sehari hari di dunia nie, sesekali lets do some thinking tentang tanggung jawab sebenar kita, khalifah yang Allah jadikan di bumi ini adalah utk apa? Jangan jadikan hari demi hari berlalu begitu saja tanpa sebarang usaha utk mendekatkan diri dengan Allah. Paling tidak pon, niat utk menjadi muslim yang lebih baik kena sentiasa subur dalam hati. Insyallah, segala kerunsingan yang bersarang dalam hati akan segera pergi & terpancarlah sinar wajah yang berseri.

Runsingkan hati anda bagaimana caranya utk lebih dekat dengan Pencipta & cari jalan utk berada dekat dengan Rasulullah SAW di akhirat kelak. Rasanya itu lebih afdhal dari runsing tentang berat badan yang makin mencanak naik kot?  Keh kehhh. Adoiiii! Terkena batang hidung sendiri yerp. Hahaha...

Aku tahu sekiranya sebentar lagi Allah tarik nyawa aku, amal ibadat aku masih belum cukup utk menjamin Syurga di akhirat kelak. Tapi aku tahu Allah Maha Mengetahui segala yang tersembunyi dalam hati & fikiran setiap manusia. Dia pasti tahu aku sentiasa mencari jalan utk memperbaiki hubungan aku dengan-Nya. Dan moga Allah mengambil kiranya semasa timbangan di akhirat kelak. Amin ya rabbal alamin.


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat