My Never Ending Story

Hari nie dah pon 5hb July. Dah tak lama dah aku nak pergi bercuti lagi. Dah tak lama jugak bulan Ramadhan akan menjelmakan diri. How time flies. Nanti tau-tau jer, dah nak celebrate Naurah 2nd birthday party. Haihh..begitulah hidup di dunia. Hari demi hari, adakah ianya berlalu begitu saja?



Sometimes I did some thinking about my life. What did I achieved from those passes days. Well, apa yang nak di achieve weyh? What I meant is my achievement in doing my part as a khalifah di bumi Allah. Bukankah kita, manusia merupakan khalifah di atas muka bumi ini?

Apa pula tujuan khalifah diciptakan. Jawapannya hanya satu. Untuk menyembah Allah. Mematuhi segala larangan-Nya dah menjalankan segala suruhan-Nya. Mudah kan? Iya. Mudah untuk menulis & menyebutnya. Tapi maha susah dari perlaksanaannya.

Sebenarnya takdelah susah mana. Since semua yang Allah suruh kita buat, mudah-mudah belaka. Islam is a way of life. Segala ajaran dalam agama Islam, mudah utk dijadikan gaya hidup sehari-hari. Yang jadi susah bila ada gangguan dari musuh khalifah. Iaitu iblis laknatullah. Bukankah mereka telah berjanji dengan Allah utk menyesatkan semua umat manusia di bumi ini?

Itulah yang mereka telah lakukan sejak turunnya Nabi Adam & Hawa ke muka bumi ini. Sampai sekarang, menyesatkan manusia itu jugalah tugas mereka. Sehinggalah hari Kiamat berlaku. Hari pengakhiran bumi indah yang Allah ciptakan ini.

Dari tahun ke tahun, semakin banyak di dengari berita-berita tentang ke'tuaan' bumi. Ya, bumi sudah nazak. Gunung berapi meletus di sana sini. Gempa bumi yang melanda semakin hebat memamah bumi. Masih adakah manusia yang mahu mengambil pengajaran?

Sesungguhnya janji Allah itu adalah pasti. Dia sudah berjanji dalam kitab-Nya al Quran tentang hari yang dahsyat. Dimana ibu yang sedang menyusukan anak pun bertempiaran meninggalkan anaknya. Manusia berlarian ke segenap sudut mencari perlindungan. Di manakah kita mahu berlindung sedangkan bumi akan hancur? Gunung ganang akan runtuh, segala isi bumi akan di bongkarkan isinya. Begitulah dahsyatnya kejadian hari Kiamat seperti yang di gambarkan di dalam kitab-Nya.

Mungkin aku takkan dapat mengalami sendiri kejadian Hari Kiamat. Dan sesungguhnya aku juga berdoa moga aku tidak hidup hingga ke hari itu. Kerana dikatakan pada hari terjadinya hari Kiamat, sudah tiada lansung di bibir manusia akan kalimat Allah. Apatah lagi segala zikir-zikir-Nya. Manusia pada waktu itu seperti binatang yang berpaksikan nafsu semata-mata.

Tiada 1 dahi manusia pun lagi yang bersujud pada Allah. Na'uzubillahi Min Zalik.

Pelenyap segala kenikmatan hidup adalah mati. Tetapi budaya orang Melayu sering menolak perbincangan tentang kematian. Sedangkan mengingati mati adalah salah sesuatu perkara yang di tuntut oleh Islam. Hikmahnya supaya kita sentiasa bermuhasabah diri utk memperlengkapkan diri dgn amal ibadat tidak mengira masa utk menghadapi kematian.

Kematian adalah satu perkara yang sangat misteri. Entah petang nanti, entah esok, entah tahun depan, mungkin kita akan mati. Sedangkan Rasulullah SAW sendiri pon tidak tahu the exact time bila baginda akan meninggal dunia. Urusan kematian adalah hak mutlak Allah SWT sahaja.

Pada aku, utk memulakan 1 amal ibadat utk memperbaiki diri sendiri, tidaklah sesukar menjadikan ianya satu rutin dalam kehidupan. Nak istiqomah tu yang paling susah. Nak maintain segala ibadat yang dah di mulakan. Hanya orang yang betul-betul tekad saja yang mampu. Yang Allah kuatkan hatinya utk sentiasa berada di jalan taqwa.

Kadang-kadang aku takut apabila melihat manusia yang sentiasa berada dalam kelalaian. Yang solatnya di tinggal-tinggal, rongak bab buah epal di makan ulat. Atas alasan kesibukan bekerja atau was-was dengan kebersihan diri dan sebagainya. 

Bagaimana manusia sanggup mendahulukan benda lain selain daripada suruhan Allah? Sedangkan kita mengaku sebagai orang Islam yang juga mengaku bahawa Allah adalah pencipta kita. Tanpa Allah, akan wujudkah kita?

Banyak juga aku melihat manusia yang peribadinya baik & elok. Di senangi orang ramai kerana sentiasa berbaik sesama manusia. Tetapi solatnya pula sentiasa tidak cukup.  Ada juga manusia yang suka berpuasa sunat. Tetapi solatnya pula tidak di jaga. Kadang-kadang buat, kadang-kadang tidak.

Siapalah aku untuk menghakimi seseorang manusia. Kerana aku sendiri tidak lah bagus keseluruhannya. Di pejabat, sedaya mungkin aku berusaha utk solat di awal waktu. Tetapi di rumah, aku selalu juga kalah dengan hiburan di tv, kesibukan membuat kerja rumah, mahupun melayan karenah anak. 

Puasa sunat juga sudah lama aku tinggalkan sejak bersalinkan Naurah. Ini kerana aku tidak mampu utk berpuasa tanpa bersahur makanan yang berat spt nasi. Masa aku bujang, aku selalu berpuasa dgn meneguk air masak saja di waktu bersahur. Kerana malas utk bangun bersahur atau krn tiada makanan utk bersahur, aku tidak berpuasa sunat. Alasan apekah itu?

Solat di waktu malam juga sudah sekian lama aku tinggalkan. Dek kerana tidur yang selalu terganggu apb anak merengek mahukan susu. Maka waktu tidur yang tidak di ganggu, amatlah sayang utk di sia-siakan. Alasan apekah itu?

Membaca al Quran juga sudah jarang-jarang. Selalu rongak juga spt durian di tebuk tupai. Alasan anak lagi di gunapakai. Anak yg merengek mahukan ibunya saja. Tidak orang lain. Anak yang sering mengacau dengan mengoyak helaian mushaf, juga sentiasa mematikan niat utk meneruskan bacaan. Alasan apakah itu?

Di saat kesedaran timbul utk memperbaiki amal ibadat pd Allah sebagai belakan di dunia akhirat nanti, pelbagai alasan masih juga mengiringi. Aku tak rasa pd waktu aku bersungguh-sungguh mengejar pahala dr Allah pada satu ketika dahulu itu, sudah mencukupi sbg bekalan di akhirat nanti.

Nak dibandingkan dgn umur aku yang akan mencecah 29 tahun bbrp bulan saja lagi, amal ibadat itu tersangatlah tidak cukup. Alasan-alasan aku tuh takkan pernah hilang. Ia akan sentiasa ada kerana ia sebahagian dari hidup aku sehari-harian.

Apa yang aku perlukan skrg adalah ketabahan hati & kesungguhan tekad utk mengatasi semua alasan yang aku ciptakan. Aku mohon kekuatan hati dari Allah utk mengubah diri menjadi khalifah yang lebih baik di muka bumi ini. Amin ya rabbal alamin.



Allah pernah berfirman dalam kitab-Nya kpd orang-orang kafir. Sekiranya kamu mahukan dunia, Aku akan beri. Tetapi di akhirat kelak, kamu tidak akan mendapat apa-apa.

Aku rasa kata-kata Allah tu bukan hanya sesuai di guna pakai pd org kafir. Org Islam sekrang pon ramai yang mengejar harta dunia. Kemewahan & pangkat. Itulah yg di kejar-kejar. 

Bila berniaga, di api-api manusia supaya tertarik dengan kemewahan. Keluar lah hadis dr Nabi SAW yang mengatakan 90% punca rezeki adalah dr perniagaan. Itu memanglah tidak di nafikan. Tapi apakah perlunya di tunjukkan gambar barangan berjenama, percutian di luar negara dan sebagainya itu? Adakah Nabi SAW hidup bermewah-mewah sewaktu baginda berdagang dahulu?

Orang yang tidak mahu masuk perniagaan yang di canang, di katakan tidak mahu mengubah nasib diri sendiri. Adakah salah untuk kita mengimpikan kehidupan yang sederhana saja? Yang ingin menjalani kehidupan dengan tenang & tidak terkejar-kejar mencari kemewahan dunia? Yang bersyukur saja dgn rezeki sedia ada. Yang mahu menghabiskan masa 2 hari berehat setelah 5 hari bekerja di rumah bersama anak dan suami?

Setiap orang ada pandangan hidup mereka sendiri. Aku pernah masok U. Aku ada degree. Tapi wajibkah utk aku ada kerja yang bagus or setaraf dengan kelulusan yang aku ada. Perlukah utk aku berkemampuan membeli kereta Honda Civic? Aku selalu dipersoalkan tentang kelulusan & kerja aku skrg yang dikatakan di bawah tahap pendidikan yang aku ada. Kenapa?

Aku suka dengan kerja aku sekarang kerana ianya stress free. Of course, 5 years+ working here, boring tu kadang-kadang muncul juga. So pandai-pandai la cari hiburan camne taknak bagi boring tu yer. But i really hate being stress out ok! Kerja pd aku sebab nak cari rezeki. Bukan utk di bawa balik ke rumah & runsing-runsing fikir every night setiap kali nak tidur. Kat pejabat, kerja. Kat rumah, I'm a wife & a mom.

Dari segi gaji pula, Alhamdulillah cukup makan pakai, dapat bayar kereta bulan-bulan, dapat potong gaji siap-siap bayar PTPTN, dapat pergi holiday every year, dapat buat saving potong gaji tiap bulan. What more do I want?

Lumrah manusia, kita takkan pernah puas dengan apa yang kita ada. Tapi aku cuba utk memuaskan hati aku dengan apa yang sudah ada. Aku adjust perbelanjaan aku mengikut kemampuan yg ada. Result = HAPPY

Susah sangat ke nak faham cara aku berfikir? Hmphh...

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat