Tentang Puasa Ganti & Puasa 6


Lambat aku post entry hari nie kan? Dah petang baru ade mood sikit. Sbnrnya aku tak berapa sihat skrg nie. Flu & tekak pon x bape nak sedap. Ditambah lagi dgn ulser bibir yang besar bagak nie hah. Dah nak dekat seminggu tak baik-baik lagi. Tapi hari nie rasa better la tak pedih sangat macam hari-hari yang sebelum nie. Sampai nak makan pon payah benar weh!

Ada jugaklah hikmahnya dapat ulser nie. Takdelah aku melantak sesedap rasa aje bila nampak makanan depan mata. Itu pon rasa macam nak naik berat badan barang sekilo dua. Hampeh sungguh. Nak naik berat senang bebenor. Cer tang nak turunkan berat. Liatnya lemak tu bukan main. Nyampah! T_T

Thats y kena control napsu makan dgn berpuasa ganti awal time bulan Syawal nih. Since aku kena ganti puasa cuma 3 hari aje tahun nie, makanya takdelah rasa berat sangat nak buat puasa 6 sekali. Itu pon aku plan nak buat time hari bekerja saje. Kalo weekend maybe nak kena pergi beraya rumah orang or ada tetamu yang nak datang berziarah. Tak elok la pulak kalo berpuasa kan? Lebih-lebih lagi kalo cuma berpuasa sunat. Kalo puasa ganti tu tak apelah sebab wajib.

Sebab utama aku buat puasa ganti awal nie sebab puasa nie wajib kita ganti. So bila ada peluang utk berpuasa, aku rasa eloklah di awalkan mengganti puasa nih. Sebabnya kita pon tak tahu bila nyawa kita nie akan ditarik oleh Allah bukan? Taknaklah nanti kita dipersoalkan di mahkhamah akhirat kelak kenapa tak ganti puasa bila ada peluang? Berhutang pula jadinya kita dengan Allah. Sudahlah hutang-hutang lain pon dah tak terkira banyaknya. Makanya bila timbul kesedaran tentang hal ini, aku cuba jugalah sedaya upaya utk mengganti puasa yang ditinggal pd bulan Ramadhan pd bulan Syawal.

Begitu juga halnya dalam kaedah solat 5 waktu. Let say sebaik saja masuk waktu Zohor, kemudian kita menangguhkan solat Zohor atas sebab yang disengajakan. Contoh macam tengok sinetron la kan. Then habis je sinetron, nak pegi solat, tengok-tengok period dah mari. Kalo tak lengah tadi memang boleh solat Zohor sbnrnya. Tapi sbb lebih pentingkan sinetron, tak pasal-pasal dah tak boleh solat. Rasa macam hepi ek sbb x payah solat? Hepi ape kebendanya! Solat Zohor tu kita kena qada' balik ok! Ingat boleh tinggal macam tu je ke? Sbb kealphaan kita, tak pasal-pasal kena qada' solat. Ada orang yang tak tahu or ambil ringan aje tentang benda nie. Aku dulu pon sama jugak. Tapi bila kita mencari ilmu, Insyallah benda-benda yang kita terlepas pandang, akan Allah tunjukkan pd kita.

Dan jangan lupa pula yang eventho kita dah qada' solat yang tertinggal tu, kat mahkhamah Allah sok akan dipersoalkan kembali kenapa boleh jd begitu. Kenapa pentingkan sinetron daripada Allah? Apa nak jawab yer waktu tu nanti? Aku nie pon manusia biasa macam korang-korang jugak. Selalu lalai dgn urusan dunia sampai mengabaikan Allah. So sama-samalah kita beringat yerp. Insyallah.

Tradisi berpuasa ganti awal bagi diri aku nie dah di lakukan selama bertahun-tahun jugalah. Aku rasa lebih banyak kebaikan bila berbuat macam tue. Harap dapatlah aku teruskan sampai bila-bila. Disebabkan aku datang period 3 hari sebelum Syawal menjelma, makanya tak dapat nak start puasa ganti lebih awal. Bila balik ke Semenyih pulak, banyak berjalan ke rumah saudara mara belah habi pulak. So tak elok sangatlah kalo pergi rumah orang dalam keadaan kita berpuasa kan? So hari nie jugalah aku start puasa ganti. After dah terlepas dari beberapa halangan. Alhamdulillah. Hrpnya tekun lah sampai hari Jumaat nanti. Amin.

Puasa ganti & puasa 6 nie ada orang buat sekaligus. Bermakna dia niat puasa ganti, if kena ganti 3 hari, dia cuma tambah lagi 3 hari dgn niat puasa 6 pulak selepas habis 3 hari dgn niat puasa ganti tuh. Dulu aku pon pernah bertahun-tahun buat macam tue. Tapi bila aku dapat tahu pula pendapat tentang asingkan puasa ganti & puasa sunat, aku pilih utk buat asing-asing. Habiskan yang wajib dulu, kemudian cuba teruskan utk yang sunat pulak. Kaedah dia macam solat jugalah. Cukupkan dulu solat 5 waktu kita. Cuba sempurnakan yang wajib spt solat di awal waktu. Kemudian barulah kita hiasi dengan solat sunat pula. Bagi mengisi kekurangan-kekurangan yang mungkin wujud dr solat wajib kita.

Ini kalo solat wajib pon tunggang langgang, pastu dok sebok-sebok nak kejar solat sunat pulak. Tak rasa macam something wrong somewhere ker gitu? Sebab itulah pentingnya istiqomah bila kita buat sesuatu amal ibadat. Jaga elok-elok yang wajib dulu. If rasa dah ok, yakin, cuba tambah sikit-skit dengan yang sunat pulak. Let say boleh mulakan dgn solat sunat dhuha. Bila dah rasa ok lagi, yakin, cuba buat tahajjud pulak. Rasanya macam tu lagi bagus kan? Dari kita dok gesa-gesa kejar semua solat sunat yang ada sampai rasa terbeban pula 1 waktu di kemudian harinya. Last-last solat wajib ntah kemana, yang sunat pon ntah kemana. Nauzubillah.

Tapi kalo asek tak yakin dgn yang wajib, sampai bila pulak nak cuba yang sunat yerp? T_T haihh...itulah masalah yang aku tengah alami skrg nieh. Tengah cari formula terbaik macam mana nak istiqomah bila dah start buat yg sunat. Maybe boleh start buat bbrp hari saja dulu di ofis. Tetapkan maybe stp hari Isnin & Khanis let say. Jgn gesa-gesa sangat. Itulah yang aku dok fikirkan dlm otak nie dah sekian lamanya. Nak start masih takut & tak kompiden pd diri pulak. Hrp ada berita baik di bulan Syawal nih. Bab nie nanti-nantilah aku cerita yerp! Di entry yang lain. Yang khas gitu. Hehe.

Tentang open house hari raya pulak, rumah aku sepanjang bulan Syawal, di setiap weekend mmg sentiasa terbuka utk semua yer. Kalo aku tak pegi beraya rumah orang or balik Semenyih, mmg silakan jemput datang. Tapi ingat! Sila roger dulu samada sms or call or fb pon ok if dah decide nak dtg rmh den. Takot aku takde kat rumah or rumah bersepah & tak sesuai utk dikunjungi. Tak syok ah gitu kan?

Kalo betol² memang nak buat open house kami scr kecil-kecilan dimana ada jemput office & blogger friends, aku rasa nak tetapkan pd 17hb Sept bersamaan Sabtu lagi satu nanti yerp kawan-kawan. Ini kena diskas sama habi dulu lah. Belom confirm lagi ok. Nanti aku akan update jadi ker tidak membuatnya. Kalo rasa nak datang rumah aku, silalah booked dulu tarikh itu ok! Hehe. Insyallah =)

Gambo raya tak banyak sangat kot. Mood takde pulak nk snap bbyk hari tu. Ntah pape je kan? Hahha. Esok Insyallah aku upload kat sini. Terlupa lak bawak camera hari nie. Ok guys...till then...

p/s: happy belated 31st birthday to my dearest hubby, Mohd Izhar yesterday on 4th Sept. i love u dear =)




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat