Hati Kosong Tiada Iman

Hari nie besday Siti Z. So dia belanja nasi lemak, kuih donut & teh tarik. Aku makan nasi lemak & kuih donut sebiji. Pastu Kak B hulur jemput-jemput dia bwk dr rumah. So amek jugaklah sebijik. Thats my breakfast & lunch for today. Kecuali kalo ada orang nak belanja makan lagi lunch nanti =B Ker merangkap dinner sekali? Ohh..aku tidak se'desperate' itu utk menurunkan berat badan =P

Hari nie pakai blouse oren, tudung cakor rimau & skirt panjang kelabu. Ramai yang tegur ckp aku nampak muda. Its a compliment but not the compliment that I want. Wuwuwu. Thanks anyway. Sebelum nie dress up macam makcik-makcik yerp? Usually on Friday aku pakai jubah. Tp jubah dah habis rotation. So kena pakai something different pulak. Nampak muda kalo aurat tak bape sempurna pon tak syok jugak. Pandangan Allah kpd kita yang lebih penting atau pandangan dr sesama manusia? Jawapannya ada pd diri kita =)


Aku nak share yang semalam aku ada ber chit chat dgn seorang ppn melayu Singapura. Entah macam mana ada accept aje friend request dr dia eventho tak kenal. Aku mmg macam tu. Kat FB kalo ade orang request friend, asal tgk pompuan, pastu mutual friends dia antara kengkawan yg aku kenal, aku add aje. So far tak pernah ada masalah. Sokay la kot. Tetibe dia say Hi & aku pon balas dgn =). Dia tnya aku dah kawen ker? Aku ckp yup with 1 daughter. Dia tulis kesian. Dah tak free. Aku tanya apa yg kesian? Dia kata diri dia yg kesian sbb dia 'suka' aku. Tp aku dah tak free. Cepat aje aku dpt tangkap maksudnya. Tp aku berlakon aje mcm biasa. Purak-purak tak tahu. Haha.

Then bersembang byk jugaklah. Aku tanya ttg life dia yg suka pd ppn tu best ker? Dia nie dgn laki pon boleh jugak. Kira biseksual la. Ntah betol ntah tak term aku guna ni. Hehe. But u guys know what I meant right? Sesekali aku tazkirah jugak bdk ppn tu. Yelah. Since she's Malay & a Muslim. Sampai dia ada rasa segan pd aku. Tp aku guna bahasa yang santai. Jgn sampai dia terlalu terasa. Aku tak suka nak condemn orang sesuka hati aku. Siapalah aku kan?

Aku nie nampak aje macam nie. But I'm a very open minded person. For those yang quite close dgn aku, pasti tahu & faham. Mula-mula aku macam malas jugak nak layan bdk ppn tu. Tp kalo dapat tazkirah serba sedikit, show her the beauty of being a true muslim, mana tahu dia nak berubah. Who knows kan? Tak cuba tak tahu. Sebab bila dia kata dia rasa agak segan bila aku cerita ttg life aku, aku pasti jauh di sudut hati dia, masih ada cahaya Islam. Siapa kata being a muslim woman, kita terkongkong? Siapa kata tak enjoy life bila mengikut syariat Islam? 

Well, I'm enjoying my life to the fullest right now. Memanglah aku tidak sempurna sangat sbg seorang wanita muslim. Tapi aku masih lagi menjaga maruah aku sbg wanita. Aku mengikut sunnah Nabi SAW dgn berkahwin. Menyerahkan seluruh jiwa & raga hanya pd lelaki yang bergelar suami. Mempunyai anak yang lahir dr ikatan yang sah. I am happy. At the end of the day, jiwa ini terisi & tenang bila 'berdepan' dgn Allah. Tiada rasa kosong. Aku pasti orang yang terlalu menyimpang dr ajaran Islam, pasti di hatinya akan ada rasa 'kekosongan'. Kekosongan yang dia tidak tahu dapat diisi dgn apa sedangkan dia enjoy pergi ke kelab, minum arak & bergaul bebas lelaki dan perempuan.

Dia berasa seperti hidupnya telah sempurna. Tetapi masih ada yang kurang. Apakah ia? It must be IMAN. Dia tiada iman. Maka tiada kesempurnaan dalam diri dia. Wallahualam.

p/s: tp kalo that girl pm aku lagi nanti, rasa macam taknak layan dah. sbb byk merapu jer dr dpt ilmu. huhuh



Popular Posts