Mungkin Sudah Tiba Masanya Lagi...

Malam tadi aku tidur di atas katil bersama habi & Naurah. Aku tidur tanpa menunaikan solat Isya' terlebih dahulu seperti kebiasaannya. Sudah beberapa kali aku berani berbuat begitu. Kerana aku yakin sebelum masuknya waktu solat Subuh, aku pasti akan terjaga dari tidur beberapa kali kerana resah masih belum menunaikan kewajipan yang satu itu.

Ada 1 peringkat aku sudah mula tidak kisah sekiranya aku terus tidur & tidak solat. Ya. Aku pernah sampai ke tahap itu. Maafkan aku ya rabb. Tetapi selepas langkah pertama penghijrahan berpakaian ketika keluar dr rumah, hati terpanggil lagi utk berusaha memulakan langkah yang kedua. Insyallah.

Solat Isya' malam tadi aku lakukan diwaktu jam menghampiri pukul 3 pagi. Selepas solat aku berteleku kaku. Teringat tentang suatu waktu dahulu aku juga pernah berteleku begitu. Merintih mengharap belas kasihan Pencipta. Bezanya pd waktu itu aku berteleku seusai dari melakukan solat sunat. Bukan solat yang wajib.

Sunyi dan hening di sepertiga malam adalah sangat menenangkan. Aku memandang Naurah & habi yang sedang lena di ulit mimpi. Waktu dulu bilik air adalah di luar bilik tidur. Bilik air yang sempit & perlu menempuh ruang tamu yang hitam sebelum sampai kepadanya. Tetapi aku masih mampu. Atas niat yang satu. Atas tekad yang padu.

Sekarang bilik air adalah di dalam bilik tidur bertemankan penghawa dingin yang menyamankan. Tetapi aku tidak mampu. Tiada tekad yang jitu.

Aku nekad untuk berusaha melakukan langkah yang kedua. Tetapi sebelum itu aku perlu mendapatkan buku yang sesuai. Sebagai pembimbing kepada permulaan rutin hidup yang baru.

Aku mohon kekuatan dari Allah. Permudahkanlah bagi aku Ya Allah. Berkatilah orang yang sentiasa berusaha mencari redha-Mu.

Mungkin sudah tiba masanya lagi.....


p/s: bila kita di dalam kesedihan, sangat mudah utk sentiasa mengingati Allah. dugaan yang sebenar ialah apb kita dlm kegembiraan. mampukah kita ingat jua selalu pada-Nya? inilah yang aku cuba utk gapai.....moga perubahan kali ini adalah hingga ke hujung nyawa. amin.

p/s2: pernahkan anda rasa bersalah kerana banyak memikirkan tentang hal dunia? kebelakangan ini aku semakin dihantui rasa bersalah itu....hurm.....





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat