Pillow Talk Story

Itulah bantal bushuk yang aku wariskan pd Naurah =P
Sape perasan hari nie hari Jumaat pertama tahun ini?? Hek eleh....pagi-pagi lagi ramai yang dah noticed padahal. Kehkehkeh. Orang takde idea mmg gini lah permulaan ayat dalam n3 dia. Merapu meraban tak tentu hala. Tapi kalo ada yang tak noticed, baca n3 aku neh, kan dah dapat tawu tu kan? So, ape ada dgn Jumaat pertama pd tahun ini? Hentah! Bwahahaha. Tak membina minda lansong la korang yang baca n3 aku yang ini. Sila pasrah ajelah yerp sebab aku dalam mood malas buat keje tapi nak menaip ajo kojonya =B

Meh aku nak citer tentang pillow talk aku dgn habi malam tadi. Dah lama tak buat xtvt mengikat kasih sayang nie sejak masing-masing manjang kepenatan cecah kepala kat bantal aje teros krohhh..krohhhss...tak sedo ape. Hehehe. Entahkan pillow talk yang bermanfaat entah mengumpat orang. Aku tak pasti la cerita nie masok dalam kategori mana. Korang judge la sendiri bila baca nanti & yang baik jadikan tauladan, yg buruk buang jaoh-jaoh dalam paya sana! =P

Kisahnya begini. Sparring partner habi merupakan seorang lelaki yang suka berkongsi ilmu tentang agama. Nampaknya dia jg spt seorang yang menjaga solatnya juga. Dia jg selalu menasihati kawan-kawannya spy menjaga solat & dalam bbrp hal agama yang lainnya. Senang kata tak nampak apa yang salah sangat lah pd dirinya. Dia ada sorang anak perempuan & seorang anak lelaki. Anak perempuannya seorang pelajar yg cemerlang & bijak. Dia menghantar si anak ke bermacam kelas spt kelas piano, kelas bahasa mandarin & kelas menyanyi. Takde salahnya pon lagi. Dia jg ada sorang isteri. Isterinya memakai tudung seperti wanita Islam yang lain juga. Takde salahnya pon lagi disitu.

Masalahnya di sini, lelaki ini selalu menasihati kawan-kawan & orang sekelilingnya tentang hal-hal berkaitan agama. Tapi bila tengok dia dgn ahli keluarga dia, nampak mcm ada yg tak kena. Cthnya dlm hal anak ppn dia, kelas mengaji lansung tak di selitkn dalam jadual harian. Wifenya pula bila ada sst majlis, kadang kala tidak pakai tudung. So kawan-kawan lelaki nie macam musykil la pulak. Kat diorang bukan main dia bersyarah itu ini. Tapi hal-hal ttg keluarga dia, macam tak kena pulak. Kenapa macam tu?

Sparring partner habi yang sorang lagi, dia nie solat cam tuang-tuang sikitlah. Tak bape nak cantik. Tapi anak-anaknya elok dia nak hantar masok sekolah agama pulak semuanya. Maybe pd fikiran dia, takpelah aku dah mmg tak molek gini. Tapi anak-anak aku harapnya sok tidaklah jadi macam aku jugak.

Moral of the story.....aku pon tawu nak tulis apa. Korang fikir-fikirlah sendiri yerp. Hampeh punye n3. Ada yang menyumpah aku sat lagi nie kang. HAHAHA....

Dunia memang pelik. Atau manusia memang pelik?

Aku pon terfikir, macam aku nie hah. Aurat takdelah molek sangat sempurnya tutupnya. Solat pon kadang-kadang ada jugak tuangnya. Tidaklah bagus mana. Aku rasa aku tak special pon. Sama aje lebih kurang macam orang lain. Normal people. Ramai aje aku rasa org Islam yg macam aku kt dunia skrg neh. Tapi entah kenapa aku sangat berminat dgn buku-buku keagamaan. Addicted membacanya. Aku seperti sedang mencari sesuatu melalui buku-buku itu utk memperbaiki diri aku. Mungkin masih belum jumpa. Sebab tu masih begini. Aku berusaha utk mendapat hidayah dari Allah tapi nampaknya masih belum berjaya. Pd aku, yg penting aku berusaha mencarinya. Tidaklah ddk diam menunggu saja tanpa berbuat apa-apa.

Berkeluh kesah sampai sakit otak menanyakan diri sndiri, bilakah aku nak berubah? Itu memang kerja bodoh namanya. Tak gitu?

Sampai bila aku nak jadik orang 'biasa' aje ehhh? Cukupkah dgn usaha mencari hidayah Allah ini saja? Dapat ke masok Syurga kalo gini aje? OK. Dah mula susah hati.....sekian, terima kasih.


p/s: sebelum masing-masing tido, sempat aku kata ' kite ngata kt orang gini, orang lain pon ngata kita jgk. kite aje yang tak tawu'. kohhkehkofff  =.=



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Umrah 2022 - Ujian Sebelum