Signifikan Berkuda, Berenang & Memanah

Rasulullah SAW pernah bersabda tentang menyuruh anak-anak kita utk pandai berenang, berkuda & memanah. Mesti ramai yang berfikir apa signifikannya ketiga-tiga sukan tu pada zaman skrg nih kan? Semua tu cuma sekadar sukan. Bukan macam zaman dulu yang berperang menggunakan kuda & memanah musuh dengan busur. Apatah lagi dengan berenang? Siginifikan apa yang ada padanya?

Baru-baru ini aku membaca buku bertajuk Tanda-Tanda Besar Hari Kiamat (TTBHK). Karangan seorang sheikh dari universiti di Saudi Arabia. Buku-bukunya bercorak ensiklopedia yang dibukukan mengikut tajuk yang besar. So ini adalah salah 1 dari 1 lagi bukunya yang ada dalam simpanan aku iaitu Huru Hara Hari Kiamat.

Dalam buku TTBHK, baru aku ketahui signifikan Rasulullah menyuruh kita mempelajari ilu berenang, berkuda & memanah. Di ramalkan sebelum hari Kiamat benar-benar berlalu, mungkin bumi akan dilanda musibah yang besar. Sebesar mungkin berlakunya perlanggaran bumi dengan planet lain atau asteroid menghentam bumi sehingga hampir segalanya teknologi yang canggih spt skrg ini hancur pupus lupus. Gone. Hilang. Habis macam tu sahaja. Tapi masih ada penduduk bumi yang masih hidup. It just that masa tu keadaan kembali spt zaman batu or zaman kuno whatsoever lah kita nak panggil.

Dalam Al Quran juga seingat aku pernah juga terbaca terjemahan ayat dari surah yg aku juga sudah lupa tentang Allah pernah memberi peringatan tentang adanya 1 kaum (kaum Madyan kalo tak salah) yang maju di dalam satu negeri pd satu ketika dulu, maybe majunya spt kita di zaman ini skrg. Who knows right? Tapi dalam sekelip mata Allah musnahkan segala kemajuan itu krn penduduknya yang kufur pd perintah Allah. Mungkin itu juga yang akan berlalu pd kita satu ketika nanti wallahualam.

Aku cuma nak share bahawa situasi segala kecanggihan yang ada pd masa kini belum tentu akan berkekalan sampai hari Kiamat. Allah pernah melenyapkan segala kemodenan sebuah negeri pd satu ketika dahulu. Maka tidak mustahil ianya juga boleh berlaku pada zaman kita ini. Tak gitu?

So katakanlah memang betul akan terjadinya pelanggaran bumi dgn planet yang menyebabkan ramai umat manusia lenyap, saki baki yang tinggal pastinya dlm keadaan yang serba daif. Masa itulah akan ada gunanya segala kemahiran spt yang baginda Rasulullah sarankan utk dipraktik oleh anak-anak kita iaitu berkuda, memanah & berenang. Logik kan? Sebab masa tu kereta semua dah tade, pistol apetah lagi.

Tentang berenang pulak, mungkin juga setelah pelanggaran dahsyat bumi dgn planet, tanah bumi akan ditenggelami air & ramai umat manusia mati krn tidak pandai berenang. Kalo anak-anak kita pandai, mereka akan selamat. Begitulah teori yang aku baca dalam buku TTBHK. 

Wallahualam.

1 sessi pembelajaran jugak neh hehehe ^_^


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat