Ilmu Tanpa Pengiktirafan

Na, itulah bendanya yg di dalam bekal. Jemput-jemput udang. Bkn aku buat tp bini sparring partner laki aku. Kami anak-beranak tumpang makan aje =P
Berkobar-kobar semangat aku semalam ajak habi pergi ke Giant. Niat di hati mahu beli buku himpunan solat-solat sunat. Sebelum nie manjang beli buku utk menakutkan & memotivasikan diri. Sekarang bila dah bermotivasi, kenalah beli buku panduan utk merealisasikan hajat di hati pulak.

Sampai Giant, nampak kedai buku Popular kat tingkat atas sana. Ok. Kita singgah sana dulu tengok ada tak buku yang dicari. Naurah kan, masok kedai buku dia punya happy macam jumpa playground jugak. Aku tinggalkan Naurah dengan habi sebab nak cari buku aku tuh. Manjang dengar suara budak tu pot pet dok tanya ayahnya ' ini apa...ini apa???'. Pastu dengar pulak dia jwb sendiri ' ini elephant....ini lion....'. Hahahaha. Kelakar.

Section agama memang ada. Tapi buku-bukunya kurang menyelerakan bagi aku. Takde pon yang menepati piawaian diri. Tapi tertarik dengan 1 buku bertajuk " Kisah-Kisah Inspirasi Para Mualaf Dunia" hasil tulisan Nisrina Lubis. So rembat ajelah 1 buku yang berharga RM15 tuh. Boleh memotivasikan diri lagi harapnya. InsyaAllah =)

Teringat kat dalam bangunan Giant ada 1 tempat jual buku-buku lagi. Dia macam booth aje. Kali nie ajak habi tolong carikkan sekali & dia yang jumpa buku bertajuk Solat Sunat Pilihan 1. Ada bukunya yang nombor 2 tapi itu utk lain kali punya. Jangan tamak haloba sangat okeh. Hehe. Ini adalah hasil penulisan Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri.

Buku-buku nie semua adalah makanan utk jiwa aku. Tanpa buku, aku rasa kosong. Tak ada pengisian rohani. Sama juga macam membaca al Quran. Bila sudah lama ditinggalkan, hati akan terasa kosong tidak berisi. Something wrong somewhere and I know because of what. It just that sometimes MALAS tu lebih besar T_T Setan punya setan!grrrrrr....

Mungkin aku memang tidak akan sambung belajar ambil Master whatsoever krn mahu fokus pada suami & anak-anak. Tapi itu tidak bermakna aku akan berhenti dari mencari ilmu. Bezanya ilmu ini tanpa ijazah atau sebarang pengiktirafan. Ianya khas utk kehidupan yang lebih bermakna di dunia dan sebagai bekalan utk kehidupan di akhirat kelak. Moga Allah permudah...amin.



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat