Palestine, Solat Jemaah & Kiamat

As usual bila Naurah duduk dalam kereta, dia akan request lagu-lagu dari Maher Zain. Pandai dah budak tu sebut nama penyanyi kegemaran dia tuh. "Mahe Jen" katanya. Wahahaha. Gasak! So sambil aku pon menghayati lirik lagu & melodi yang indah tu, hati aku tersentuh dengan lirik lagu Palestine Will Be Free. Memang sedih kan sampai sekarang saudara-saudara seIslam kita kat sana menderita di bawah cengkaman Yahudi laknatullah tuh.

Jangan tak tawu kalo korang ada baca terjemahan al Quran, begitu banyak sekali ayat-ayat dari Allah yang mengingatkan kita tentang kekufuran orang Yahudi neh. In fact turut di nyatakan kaum yang masih boleh berkasih sayang dengan kita adalah kaum Nasrani. Senang kata org Kristian lah. Zaman dulu pendeta Nasrani ramai juga yang beriman dengan Allah. Di panggil mereka ini ahli kitab. Zaman dulu orang Islam boleh aje kahwin dengan ahli kitab. Tapi zaman sekarang dah tak boleh sebab semakin lama semakin terpesong agama Kristian neh. Tak sama macam ahli kitab pd zaman nabi kita dulu. Wallahualam.

Sekarang aku dah sampai pada terjemahan Surah Al Ma'idah. So terjemahan malam tadi adalah tentang hukum. Hukum bersumpah dgn nama Allah. Hukum bernazar. Kaffarah dan sebagainya. Senang kata kalo kat sekolah agama dulu termasuk dalam mata pelajaran Ibadat. Ibadat nie kalo sekolah agama dulu, tak lulus subjek nie tak boleh naik kelas taw! Scary sangat masa tu takot gila kalo tak lulus. Kena duduk setahun lagi belajar di kelas yang sama. Malu okeh! Huhu. Alhamdulillah aku tak pernah fail subjek Ibadat & Tauhid. Dua subjek nie tak boleh buat main-main. Sebab ianya berkenaan dengan akidah kita sebagai orang Islam. Thats y kalo tak lulus, tak boleh naik kelas. Gerun. Hehehe.

Aku pernah baca buku tentang konflik Palestine-Israel neh. Ada a few books kat rumah sana. Kalo tak tawu, aku nak bagitawu tentang apa yang terjadi kat sana sekarang nih pernah di sebut oleh Allah di dalam al Quran. Selain itu, Allah juga menjanjikan akan tiba masanya Palestine akan bebas dari cengkaman orang Yahudi dimana akan muncul sekumpulan pejuang yang berjaya membebaskan seluruh umat muslimin di sana. Wallahualam. Janji Allah itu pasti. Hanya masa yang akan menentukannya....

Umat Islam di zaman kita nie tidaklah sekuat umat Islam di zaman Rasulullah SAW. Sungguh jauh bezanya. Pd zaman Rasulullah, solat berjemaah sangat dituntut. Ketika solat berjemaah, hati umat Islam menjadi 1. Mengapa Nabi sangat menekankan tentang kerapatan saf? Kerana apb bahu-bahu orang Islam bersentuhan sambil kita mengingati Allah, akan wujudnya satu gelombang bersatu hati oleh seluruh kaum muslimin. Its like a theraphy actually. Bila hati kita 1, kita akan kuat. Bila kita kuat, kaum kafir takkan boleh mengalahkan kita dalam segala hal.

Solat jemaah skrg sudah dipandang sangat enteng. Makanya hati yang 1 memang tak wujud. Sebab itulah kita orang-orang muslim dipandang rendah oleh orang kafir. Kita lemah & tidak bersatu. Semuanya kerana kita lalai dalam mengerjakan perintah Allah. Itu aje puncanya. Tapi Allah sudah berjanji bahawa sebelum datangnya Kiamat, umat Islam akan kembali gemilang. Cuma mungkin bukan di masa aku masih hidup. Wallahualam.

Bila bercerita pasal Kiamat, aku teringat tentang ayat Allah yang menyatakan lebih kurang begini. Kiamat itu akan berlaku semasa orang sedang berjual beli, tapi tidak sempat meneruskan urusan jual belinya. Kiamat itu akan berlaku semasa seorang ibu sedang menyusukan anaknya, sehingga anak itu dicampak oleh si ibu kerana takut & berlari utk menyelamatkan dirinya. Kiamat juga akan berlaku semasa seorang itu sedang makan, sehingga tidak sempat dia menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

Wallahualam.



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat