Bedtime Battles


Dah lama aku terfikir nak tanya korang tentang hal nie. 

Macam mana korang tido malam dengan anak eh? Tido bertiga berhimpit dengan suami ker. Tido berdua dengan anak & suami tido kat tilam bawah ker. Or tido berdua dengan suami & anak dalam katil dia sendiri.

Aku envy sangat dengan cara org Barat yang dari kecil dah tidur asing dengan anak. In fact letak dalam bilik berasingan lagi. Anak menangis, baru diorang attend samada bg breastfeed or milk bottle. Then anak dah tido, tinggal semula.

Masa Naurah kecik, maybe sampai dia 6 bulan gitulah, memang Naurah tido asing dalam cot dia. Tapi since dia dah memanjang & tido lasak guling-guling, cot sudah sempit bagi dia. So, aku pon tidolah bertiga himpit-himpit atas katil queen tuh. Menyesal tak bertegas dengan habi nak beli katil king masa beli bedroom set dulu =.=

Aku terpanggil utk berdiskusi tentang tido dengan anak nie bila aku beli buku Bagaimana Mendidik Anak Perempuan Di dalam Islam.

Nak tau cara yang paling bagus Islam anjurkan dalam hal nie?

Dalam Islam, cara orang Barat amalkan adalah yang paling bagus sekali yer. Kita ibu bapa tak digalakkan tidur sebilik dengan anak-anak. Ini utk mendidik anak supaya hormat pada privacy ibu bapa. Juga tak mahu minda luar sedar (semasa anak tido) peka terhadap 'aktiviti' dalam bilik tidur ibu bapa. Paham-paham sendiri la yek. Huhuh.

Sebenarnya aku dah beberapa kali cuba nak pisahkan Naurah tido drp kami. Malangnya Naurah resah gelisah & asyik terbangun mencari aku. Lama-lama aku kesian bila rasa tidurnya terganggu. Maklumlah dah biasa tido berpeluk hampir setahun.

Tido yang paling tak digalakkan adalah suami isteri berpisah tidur yer. Contohnya ibu tido dengan anak berdua. Suami tempat lain. Sebab lumrahnya hidup suami isteri, perlulah tidur sekatil. Akan beri kesan secara psikologinya. Memanglah kita suami isteri tak kisah. Tapi, ada kesan jangka panjangnya. Itu yang kita tak mahu.

Now aku nak cuba lagi pisahkan Naurah tido dari kami. At least berperingkat-peringkat. Mula-mula kena beli katil toddler utk dia & letak katil sebilik dulu. Aku kesian tengok dia tido bertilam takde katil. Kami diatas, dia dibawah. Kalau 1 level maybe aku ok sket kot. Kena cuba dulu.

Then masa Naurah genap 2 tahun, aku nak try biar dia tidur dalam bilik sendiri pulak. Ker time dia 3 tahun? Or 4? Hisss...susah betol nak made up my mind on this T_T

Pernah aku baca permasalahan ini diajukan pd seorang ustaz oleh seorang ibu. Kata ustaz tu, eventho Islam tak tulis berapa exactly umur yang sesuai utk anak tidur separate dengan parents, lagi cepat dipisahkan sebenarnya lagi bagus. Ini supaya dapat membentuk sahsiah & personaliti anak supaya lebih berdikari & yakin diri.

Aku teringat pernah terbaca dalam hadis atau Al Quran tentang adab anak-anak masuk dalam bilik parents. Kena ketuk & bagi salam. Pastu ada waktu-waktu yang dilarang mengganggu parents. Contohnya kalau tak silap aku selepas waktu Isya' & sebelum Subuh or nak dekat-dekat Subuh. Ishh..lupa dah T_T

Tapi kalo dah tido sebilik dengan parents, semua adab-adab kompem sudah dilanggar. Tak gitu?

Korang jugak mesti aware tentang saranan Islam tentang pemisahan tidur antara anak lelaki & perempuan after berusia 7 years kan? Tapi ditulis juga lagi cepat lagi bagus. Pun ada hikmahnya.

So, korang pulak macam mana? Lets share.

p/s: media barat masih bertelagah sampai skrg tentang tidur asing parents & child nih. ada yang kata bagus, ada kata tak bagus. tp aku lebih suka percaya pd pendekatan Islam. krn stp larangan itu ada hikmahnya.

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat