Ramadhan 2011

Tak berapa jam jer lagi nak balik kerja. Dan tak berapa jam je lagi nak memulakan perjalanan balik ke Johor tanah tumpah darahku. Aku happy. Sungguh! Tapi mood aku masih swing. Badan terasa sakit & lenguh disana sini. Perut rasa semacam. Kepala pon sesekali datang senonengnya. Oh my. Dugaan apakah ini di akhir-akhir Ramadhan?

Usai solat Zohor di surau office tadi, tiba-tiba hati jadi sayu. Sebak. Bulan Ramadhan sudah mahu pergi lagi. Tahun ini ibadah di bulan ramadhan hanya ala kadar. Kenapa jadi begitu ya? T_T Aku hanya meneruskan rutin biasa amalan seharian seperti dibulan-bulan yang lain. Cuma lebih gigih utk tidak meninggalkan bacaan al Quran pada setiap hari. Itu saja. Aku terfikir, bagaimanakah sekiranya ini merupakan ramadhan yang terakhir utk aku? Alangkah ruginya ko Sharena. 

Iman itu boleh menjadi nipis dah tebal tak mengira waktu. Sama seperti air di lautan yang ada pasang dan surutnya. Dulu, iman aku pernah nipis. Kemudian pernah menjadi tebal. Tapi ia hanya menebal dalam 1 jangka masa yang singkat. Hanya beberapa bulan to be exact. Walaupun masih ada kebaikan dari ketebalan iman yang masih bersisa dalam diri, tapi ia tidak cukup utk aku menikmati kemanisan iman yang hakiki seperti 1 ketika dahulu. Aku terlalu rindukan perasaan itu. Perasaan di mana Allah sentiasa menjadi yang No.1 dalam hati ini. Perasaan yang sukar utk digambarkan melalui penulisan mahupun kata-kata.

Hidup sewaktu itu adalah tenang seperti air di kolam yang jauh dari hiruk pikuk manusia. Pandangan aku terhadap dunia adalah sangat berbeza. Aku melihat dunia dari sisi yang lain. Dunia yang tiada apa-apa. Kosong. Tiada apa yang menarik dari kacamata aku pd waktu itu. Dan ianya adalah 1 perasaan yang sangat berlainan. Tiada kehendak kpd segala apa yang wujud di dunia. Perasaan yang sangat susah utk dirasai skrg.

Aku sekarang sudah menjadi aku yang dulu. Aku yang imannya nipis. Aku menjadi manusia yang biasa-biasa semula. Mungkin lansung tidak mendapat perhatian dari Tuhan yang esa. Tiada keistimewaanya lagi aku sekarang. Aku jadi malu pada Mu ya Allah. Kepala ini seakan tidak bisa lagi didongakkan utk menghadap 'wajah Mu'. Aku manusia yang lemah & hina. Aku akuinya. Aku tidak kuat utk mempertahankan iman itu. Aku lalai lagi dengan dunia. Dgn pinjaman suami & anak dari Mu. Sungguh, aku tiada daya ya Allah. Dugaan Mu ini terlalu hebat. Tidak mampu aku mengekangnya...
Ya Allah, masih adakah peluang utk aku kembali menjadi manusia yang tebal imannya? Aku mohon Kau berikan aku kekuatan Ya Allah. Untuk mencari diri sendiri yang semakin hilang di dalam kerakusan dunia.


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat