Thursday Blues

Thursday blues today for me. Menyampah menanti pukul 10am. Appraisal time. This year cincai mancai aje aku isi form tuh. Ada yang aku tak isi tempat kosong. Gasak lah. For 6 years aku keje kat sini, appraisal form nie macam takde bagi impak apa-apa pong pd increment or bonus. Orang yang dapat warning letter dalam apa-apa hal pong tetap dapat increment & bonus yang sama dgn orang yang clean macam aku neh. So, buat apa nak beriya sangat mintak itu mintak ini. Tulis aku buat itu, buat ini. At the end, habok pon tarak. Stress taw! Stressssss!!!!!

Takdelah stress masa pong sebenarnya. Hehe. Saje over sket. Sebab aku nie suke mengingatkan diri. Bila rasa kitalah orang yang paling susah, paling miskin, paling takde duit, paling gaji kecik, tengok-tengoklah gardener yang tengah cabot rumpot kat luor tue. Cer aku compare diri aku dgn dia. Siapa lagi bertuah? Siapa lagi susah? So cepatlah timbul rasa insaf dalam diri. Nak compare dgn orang yang lebih senang, memanglah manjang stress. Yer dop?

Bukankah kita, manusia mempunyai pilihan dalam segala hal? Beribu malah berjuta agaknya pilihan yang kita pernah buat sepanjang kita hidup kat dunia neh. Hingga inilah dia, kita pd hari ini yang berdasarkan semua pilihan-pilihan yang kita pernah buat. Ada pilihan yang tepat, ada jugak pilihan yang kurang tepat malah pilihan yg salah pon ada. Tapi semua pilihan tu telah pon menjadikan kita pd hari ini. Adakah kita rasa menyesal & tak suka dgn diri pd hari ini? Tak pernah ada perkataan 'terlewat' utk melakukan perubahan. You can always make a change now or tomorrow or next year. The choice is ours.

It just that sometimes, bila dah membuat keputusan utk melakukan perubahan, sila jangan bertangguh. Maklumlah, kita hidup kat dunia nie bukanlah lama mana. Mati tu boleh berlaku pd bila-bila masa. Tak dan nak buat perubahan, tetibe dah ajal. Apo nak dikato? Hohoho. So lu pk la sendiri ok!

Bukan semua yang kita nak, kita akan dapat. Orang macam aku nie. Duit tak banyak mana. Tapi dikelilingi dgn manusia yang sangat berkasih sayang. So aku rasa happy. Takpelah duit tak banyak mana, asal kita sentiasa rasa disayangi. Bukanlah wasatiah dalam kehidupan itu sesuatu yang dituntut dalam Islam? So, itulah life aku. Tak susah mana, tak senang mana. Sederhana. Tak banyak benda yang selalu aku runsingkan. Alhamdulillah. Yang selalu runsing cuma tentang hubungan aku dgn Pencipta. Itu memang selalu membuat aku termenung & berfikir. Asyik menung ngan fikir, entah bila nak berubah jadik better nye yerp? Haihh...itulah aku....

Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka berusaha utk mengubahnya sendiri. Memang kena sejibik atas batang idung aku ayat yang dipetik dari al-Quran itu. Ini memang wishlist sepanjang masa. Tak mengira tahun dah. To be a better muslimah. Sape yang tak takot dgn seksa kubur & kat akhirat sok? Sila angkat tangan! Ada mehhh??? Bukankah ini perkara yang sangat merunsingkan? Hari-hari aku runsing. Tapi masih belom ada perubahan. Tambah lagi runsing. Haihh....

Oklah. Doakan appraisal aku nanti okay yerp! Dah sudah nanti aku update sini. Daaa...



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat